Chapter 38

733 71 29
                                    

---

Yoojung menggigil ketakutan. Lututnya ditarik rapat ke dada lalu dipeluk kuat dengan kedua-dua belah tangannya yang telahpun digari.

Dua orang anggota polis yang turut bersama Yoojung di dalam kenderaan berwarna hitam itu saling berpandangan. Salah seorang dari mereka hanya mampu menjungkitkan bahu.

Barangkali wanita ini mengalami masalah mental selepas melakukan jenayah , fikir mereka.

Ketakutan Yoojung semakin menjadi-jadi. Dada wanita itu naik dan turun dengan pantas apabila pandangan anak matanya jatuh pada perut sendiri. Bahagian perutnya yang dihujani pancutan darah ditekup dengan tapak tangan.

Seketika kemudian , tangan Yoojung dialihkan. Membuntang luas mata wanita itu melihat sejumlah rambut yang menjalar keluar dari perutnya.

Tangan Yoojung bertindak menarik keluar rambut itu. Air matanya turut mengalir laju.

"Cik.. cik okay?"

Yoojung kembali mengangkat wajah ㅡ memandang anggota polis yang sedang duduk bertentangan dengannya. Dia kekal membisu sepanjang perjalanan ke penjara wanita Seodaemun.

---

Yoojung meraung dengan kesakitan yang dapat dia rasakan umpama sedang menikam-nikam perutnya. Kesakitan itu kemudiannya beransur-ansur ke pangkal rahimnya.

Tangisan Yoojung terus kedengaran. Lubuk pembiakannya kini terasa pedih seakan-akan ada sesuatu yang ingin keluar dari sana.

Cecair merah pekat dilihat mengalir keluar dari celahan paha Yoojung. Besi katil di dalam sel sempit itu menjadi tempat dia berpegang.

Sebuah patung voodoo yang diperbuat daripada jerami berjaya ditarik keluar olehnya. Patung itu dilumuri darah. Yoojung terbaring lemah.

Rintihan Yoohee semasa dia cuba untuk menggugurkan zuriat hasil hubungan adiknya dengan Chanwoo terus mengiang-iang di gegendang telinganya. Rayuan Yoohee langsung tidak dipedulikannya pada saat itu.

Mata Yoojung kini beralih pada lembaga berambut panjang yang sedang tersenyum melihat kesengsaraan yang dia tanggung. Lembaga itu kemudiannya merangkak merapati Yoojung. Dapat dia rasakan kulit perutnya dicarik-carik.

Yoojung mati dalam keadaan yang begitu mengaibkan.

- END -

So , puas hati tak dengan ending?

Nampaknya fanfic ni pun dah labuhkan tirainya :( masih ada yang tertanya-tanya? Don't worry sebab Nani akan publish slot Q&A lepas ni.

Walking Dead [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now