Chapter 04

1.3K 170 13
                                    

---

9.10 p.m.

"Awak tahu tak penyebab Yoohee jadi macam ni?"

Yunhyeong memandang sayu gadis berwajah cengkung yang sedang terbaring kaku di atas katilnya. Kedua-dua belah mata Yoohee langsung tidak berkedip. Malah , tiada satu pun anggota badannya yang dilihat bergerak ㅡ sama sahaja seperti mayat.

Urat di tangan kanan Yoohee juga telah disambungkan dengan jarum drip yang membekalkan air untuk keperluan tubuhnya itu.

"Seingat saya , awal bulan Februari tu Yoohee ada kenalkan teman lelaki dia pada saya. Kalau tak silap , nama teman lelaki dia Jung Chanwoo. Masa tu , mereka berdua baru tamat graduasi. Kira-kira dua bulan selepas mereka jadi pasangan kekasih , Chanwoo dah berhenti luangkan masa bersama dia sejak mereka mula bertengkar. Yoohee jadi tertekan dan kerap berkurung di dalam bilik. Dah bermacam-macam cara kami cuba pujuk dia. Masa tu pula , mama dan papa perlu kembali ke England untuk uruskan syarikat. Jadi , hanya tinggal kami berdua dan pembantu-pembantu rumah sahaja di sini. Beberapa hari selepas tu , kami dapat berita mengejutkan tentang Chanwoo. Dia ditemui mati lemas dalam kolam renang di rumahnya sendiri. Pihak polis putuskan yang Chanwoo bunuh diri. Rakaman CCTV , saksi kejadian , semua tak membantu penyiasatan tu. Yoohee tak dapat terima kenyataan sebab dia betul-betul sayangkan Chanwoo. Yoohee asyik salahkan diri dia sendiri. Dan lepas tu , dia jadi macam ni.."

Yunhyeong mengangkat lembut sebelah tangan Yoohee. Kadar nadinya diperiksa. Perlahan dan tidak stabil. Detak jantungnya juga begitu. Yoohee dalam keadaan lemah pada waktu ini. Mungkin kerana kekurangan zat dalam badan.

"Ada buat medical check up?"

Yoojung mengangguk.

"Kira-kira dua kali seminggu."

Yunhyeong melepaskan keluhan halus dari bibirnya. Kelengkapan perubatannya kembali disimpan ke dalam beg.

"Tolong sembuhkan adik saya , doktor.."

Yoojung memegang erat tangan Yunhyeong ㅡ merayu agar lelaki itu punya rasa simpati terhadap adik perempuannya. Namun , tindakan Yoojung itu secara tidak langsung membuatkan Yunhyeong berasa tidak selesa. Dia hanya mampu tersenyum sebagai tanda sokongan.

"Baiklah. Saya akan datang ke sini semula pada hari esok. Jangan risau , ya? Saya janji akan usahakan yang terbaik untuk sembuhkan Yoohee."

Yoojung tersenyum gembira.

---

Untuk jadikan cerita ni makin interesting , Nani akan bold beberapa perkataan dari setiap chapter untuk beri petunjuk. Tapi tak semua chapter akan ada.

Just make sure korang peka dengan perkataan bold yang Nani letak on beberapa chapter. Then , korang fikirlah apa kaitan perkataan-perkataan tu.

At the end of this story , Nani akan cerita apa yang sebenarnya berlaku dari awal sehingga pengakhiran cerita. Fanfic ni banyak plot twist. So , seboleh-bolehnya korang janganlah miss apa-apa yang penting.

Walking Dead [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now