Chapter 20

1.1K 141 17
                                    

---

7.45 p.m.

Yunhyeong menapak keluar dari bilik air bersama selehai tuala yang dililit kemas di sekeliling pinggangnya selesai sahaja menyegarkan badan dengan rendaman air panas di dalam tab mandinya sebentar tadi.

Otot badannya yang sengal-sengal tadi sudah kembali renggang dengan baik. Mandian air panas sememangnya amat membantu , fikir Yunhyeong.

Telefon milik lelaki itu berdering ㅡ mengejutkan Yunhyeong dari lamunannya. Tuala kecil yang digunakan bagi mengeringkan rambutnya disidai pada kerusi sebelum mengangkat telefon itu dari meja. ID pemanggil pada ketika itu mendatangkan banyak persoalan di dalam diri Yunhyeong.

'Kim Jiwon?'

Tanpa menunggu lama , Yunhyeong segera mengangkat panggilan tersebut. Mungkin Jiwon hendak memberitahu perkara penting berkenaan pencarian yang telah mereka persetujui untuk lakukan bersama.

"Hei , dude.."

"Hei.. aku dapat tahu sesuatu yang mungkin akan buat kau terkejut."

Kenyataan Jiwon membuatkan niat Yunhyeong untuk menyarungkan baju ke badannya terbantut buat seketika. Punggung lelaki itu dilabuhkan ke atas katil empuk di belakangnya.

"Apa dia? Cakaplah."

Jiwon menarik nafas dalam sebelum menceritakan pencarian yang dibuatnya.

"Aku dah buat research tentang keluarga Yoohee. Ibu bapa dia terlibat dalam kemalangan jalan raya kira-kira setahun lepas. Mereka disahkan mati di tempat kejadian. Punca kematian pula tak dinyatakan."

Dahi Yunhyeong berkerut.

"Tunggu.. Yoojung kata mereka di England atas urusan kerja. Macam mana mereka bolehㅡ"

"Itulah yang aku pelik. Tapi kau tak fikir ke? Takkan ibu bapa Yoohee langsung tak ambil peduli pasal anak dia yang tengah sakit sekarang ni?"

Yunhyeong meraup wajahnya. Jiwon disuruhnya untuk meneruskan bicara. Dia perlu tahu lebih lanjut lagi.

"Melalui rakaman kamera pengawasan CCTV yang secara kebetulannya ada di jalan raya tu , mangsa atau ayah Yoohee seolah-olah cuba untuk mengelak sesuatu. Tapi pada waktu tu jugalah kamera pengawasan tak berfungsi. Kalau diikutkan , tiada sesiapa pun dalam keluarga Yoohee yang ada penyakit atau menjadi pembawa kepada penyakit Yoohee sekarang. Itu je yang sempat aku cari. Kalau nak tanya apa-apa , e-mel aku. I'm busy right now.."

Panggilan terputus. Yunhyeong masih tidak percaya dengan berita yang baru diterimanya. Segala yang berlaku seakan tidak masuk akal langsung!

"Kenapa Yoojung perlu menipu?"

Kedengaran nada kekecewaan pada suara Yunhyeong.

---



Walking Dead [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now