Flashback 11

828 91 7
                                    

---

Hari demi hari kian berlalu. Apa yang telah dikatakan oleh Soojin kepada Yoohee semakin jelas lagi nyata. Chanwoo seakan-akan telah melupakan gadis itu. Setiap kali diajak berjumpa , ada sahaja alasannya. Jika diajak berbual ataupun ditanya , sepatah sahaja yang akan dijawab.

Namun , semua itu tidak sedikitpun memudarkan rasa cinta Yoohee terhadapnya.

Yoohee mengusap lembut perutnya yang masih kempis. Walaupun pada awalnya dia telah memutuskan untuk tidak menyimpan bayi yang sedang dikandungkan olehnya , dia akhirnya sedar bahawa anak itu adalah hasil hubungan cinta di antaranya dan Chanwoo.

Yoohee sehinggakan terpaksa memakai jaket ke sekolah bagi menyembunyikan perutnya yang semakin kelihatan. Dia sentiasa kelihatan tidak bermaya. Namun , hal itu langsung tidak disedari oleh Chanwoo.

To : Chan <3
Text : Jumpa saya di bilik simpanan buku sekarang.

Yoohee menarik nafas dalam sebelum melangkah ke perpustakaan. Sebaik sahaja pintu bilik penyimpanan buku itu ditolak , Yoohee dapat melihat dengan jelas bahawa teman lelakinya sedang bercumbuan hangat dengan gadis yang diyakini Yoohee sebagai Soojin.

Yoohee menutup mulut. Kakinya segera mengorak langkah meninggalkan perpustakaan. Akibat terlalu banyak berfikir tentang apa yang telah berlaku di bilik penyimpanan membuatkannya tertekan.

Yoohee takut ditinggalkan Chanwoo pada masa-masa begini. Tambahan , dia sedang membawa bayi hasil hubungan badannya dengan Chanwoo.

Walking Dead [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now