Bab 6

479 29 1
                                    

Elina duduk termenung di sofa ruang tamu. Cincin belah rotan di jari manisnya dipusing-pusingkan diluar sedar. Dia bersendirian di rumah kerana kedua ibu dan ayahnya baru sahaja keluar melawat jiran mereka yang dimasukkan ke hospital.

Novel karya Sara Aisha yang baru dibeli dua hari lepas hanya diletakkan di atas riba dan dia langsung tidak mempunyai mood untuk membaca.

Sara Aisha ni salah satu penulis favourite Elina kut!

Telefon Samsung tiba-tiba berbunyi mengejutkan Elina yang sedang menggelamun. Tangan segera menggapai telefon di meja kopi. Keningnya bertaut. "Siapa pula call ni?" Dia bermonolog sendirian sebaik melihat nombor yang tidak dikenali yang menghubunginya.

Skrin dipandang sepi sebelum deringan itu mati. Elina sememangnya tidak gemar mengangkat panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Sering saja dia menerima panggilan sebelum ini dan apabila diangkat, panggilan langsung diputuskan.

"Kalau penting dia call balik la nanti." Gumam Elina perlahan.

Entah kenapa hatinya merasa bersalah kerana membiarkan sahaja panggilan itu tidak berjawab.

Sekali lagi telefon berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Elina berdecit sebelum melihat nama pemanggil. Nombor yang sama. Mungkin betul-betul penting...

"Ehem." Dehem Elina sebelum menerima panggilan tersebut. "Hello." Sapanya. Karang bagi salam, cina ke india yang salah call. Jadi mengucapkan hello adalah lebih selamat.

"Elina?" Soal pemanggil sepatah.

Serta-merta jantung Elina berdegup pantas. Dia kenal suara itu!

Emeriz Mifzal..

Peluh mulai merenik di dahi. Dia seolah-olah kehilangan oksigen.

"Are you there?" Soal Emir sebaik talian sepi beberapa saat. Telefon dijauhkan dari telinga beberapa saat. Talian masih bersambung namun dia pelik apabila Elina cuma diam.

"Ya saya." Balas Elina sedikit kalut. Nafas diatur supaya dirinya lebih tenang.

"You busy ke? Tengah buat apa tu?" Soal Emir sebaik Elina memberikan respon. Namun Emir ketap bibir kemudiannya. Soalan apa ni Emir?

Elina kerutkan dahi mendengarkan soalan tersebut. Emir ni call sebab nak tanya aku buat apa je ke?

"Tak. Tengah tengok tv je. Kenapa?"

"Tanya je. I ada benda nak cakap dengan you. So nak make sure yang you free je." Balas Emir sempat cover line. Fuhh. Nasib baik.

"Pasal apa eh?" Soal Elina tidak sabar.

"I call you kan. Mestilah nak cakap pasal kita." Jawab Emir selamba.

Menyedari akan ketelanjuran katanya, Emir merasa seperti mahu menampar mulutnya. Dia mengeluh perlahan. "What's wrong with me?" Soalnya kepada diri sendiri di dalam hati.

Elina terdiam beberapa ketika. Emir kata nak cakap pasal kita? Separuh hatinya tidak mempercayai apa yang didengarinya.

"Elina.." Panggil Emir sedikit kaget. Risau sekiranya Elina menganggap dia melebih-lebih pula.

"Cakap je. Saya dengar ni." Balas Elina cuba berlagak selamba.

"You terima lamaran mama I?" Soal Emir akhirnya menyuarakan niat sebenar dia menelefon Elina.

Elina ketap bibir. "Saya.. Saya tak pasti lagi... Saya tak sampai hari nak hampakan ibu dan ayah. Diorang pun dah tua dan ibu kata saya kena ada seseorang untuk jaga saya kalau apa-apa jadi dekat mereka nanti. Tapi saya takut.." Jawab Elina jujur.

Dejavu Semusim CintaWhere stories live. Discover now