Riyadh mengangguk faham.Walaupun Aurell ketawa di hujung ayatnya,tapi dia tahu gadis itu menghadapi masa kecil yang sukar.Ketika dia dan ahli keluarganya makan lauk-pauk yang sedap,tapi gadis sebaik Aurell ini terpaksa berlapar dan hanya menjamah biskut kering saja.

"Ell,awak akan jadi isteri saya tak lama lagi.Tapi saya banyak tak tahu pasal awak.Boleh awak cerita dekat saya pasal awak?" Riyadh meletakkan tangannya di atas meja.Tubuhnya juga rapat dengan meja agar dia lebih senang mendengar cerita Aurell.

Aurell gigit bibirnya."Kena ya?"

"Ya.. wajib",

Aurell tersengih."Tak ada apa pun yang menarik dengan cerita saya", Aurell menyisip air milo dari cawannya.

"I don't care.. saya nak tahu jugak.Tell me..",

Aurell memandang Riyadh.Lama.Tak berkelip matanya.

" I'm still waiting for you..", Riyadh memandang jam dinding di dapur itu.

"Ye laa.. ye laa.Awak nak tahu pasal apa?"

"Everything about you.."

"Aik,takkan masa saya dalam perut mak saya pun awak nak tahu?" seloroh Aurell.Dia mahu ketawa tapi melihatkan reaksi beku Riyadh,dia simpan tawanya.

"Okey.. okey.. saya bagitahu",

Tahu pun takut.Riyadh ketawa dalam hati.

"Saya Aurell Latisha.Umur saya 24 tahun.Saya lahir dekat Selangor je.Saya tahun akhir dalam fakulti perubatan dekat UiTM Shah Alam.Saya tak suka shopping tapi saya suka makan.Tu je laa.. awak nak tahu apa lagi?" Aurell menongkat dagu.Terkelip-kelip dia memandang Riyadh.

"Pasal famili awak? I need to know about them too", kata Riyadh.Lain yang ditanya,lain pulak yang Aurell jawab.

" Ohhh.. pasal tu.." Aurell diam seketika.

"Mind to share?"

Aurell tersenyum kecil."Ya.. emm.. saya pernah rasa bahagia dulu.Saya ada keluarga besar.Saya hidup bahagia dengan mereka selama lebih kurang 12 tahun.Mak saya periang orangnya.Ayah saya pulak garang tapi dia manjakan saya.Tapi pada satu malam.." Aurell menarik nafasnya panjang.Terasa sekat suaranya untuk meneruskan perbualan.

"Pada satu malam.. masa tu saya tengah belajar dalam bilik.Mak saya dapat panggilan telefon dari.. ab.. abang saya", Aurell menundukkan wajah.

" Awak ada abang?" Riyadh menyoal.Terkejut dia dengar.Selama ni Aurell tak pernah cakap pun pasal abang dia.Dia ingatkan Aurell ni anak tunggal.

Lambat-lambat Aurell mengangguk.
Dia memalingkan mukanya ke tempat lain.Dah berair dah ni matanya.

"Panggilan tu dari abang saya.Masa tu dia 17 tahun dan dia duduk dekat SBP.Dia telefon mak saya sebab dia nak balik rumah.Dia kata kawan dia semua balik rumah tapi mak saya cakap tak payahlah sebab mak dengan ayah tak ada duit.Tapi abang saya berkeras jugak nak balik malam tu dan kami terpaksa bersiap nak ambil dia dekat Pahang.

Masa tu.. saya tak tahu macam mana tapi tahu-tahu je kereta saya dilanggar.Saya tak sedar sangat apa yang sebenarnya berlaku tapi yang saya tahu,saya tercampak keluar dari kereta.Mak dan ayah saya tersepit dalam kereta tu.Saya luka teruk masa tu.. ", Aurell tidak dapat menahan air matanya.Perit rasanya bila mengingat kembali peristiwa sebelas tahun yang lalu.Dia sudah menangis di situ.

"Tapi saya gagahkan diri jugak untuk pergi dekat mak dengan ayah saya.Saya jerit panggil diorang.. tapi diorang tak dengar.Saya cuba bukak pintu dan saya jerit lagi tapi masih sama.Saya masukkan tangan saya ikut tingkap yang pecah tu,saya capai tangan mak saya.Saya pegang tangan dia.. sambil saya cakap.."

"Mak,bangunlah! Kepala mak berdarah.Bangunlah.. mak sakit tu"

"Saya pergi dekat ayah saya pulak.Saya buat benda yang sama.Sampailah ada beberapa orang datang dekat situ.Tapi dia bawak saya jauh dari situ.Saya nak pergi tapi diorang halang saya.Saya tunggu situ sampailah bomba datang dan keluarkan mak ayah saya.Tapi.. dia tutup mak dan ayah saya dengan plastik hitam..", Aurell menggigit bibirnya.Hampir saja dia teresak di situ.

" Saya tanya,kenapa tutup mak dan ayah saya? Dia kata,mak dan ayah saya dah tak ada.Allah je yang tahu perasaan saya masa tu.Walaupun sebenarnya saya dah tahu mak dan ayah saya dah tak ada masa saya pegang tangan diorang lagi.Tapi saya anggap tu semua tak betul.Saya yakin diorang masih hidup.Lepastu,hanya Allah saja yang tahu apa yang saya rasa masa tu",

Riyadh terkelu.Sungguh menyedihkan kisah Aurell.Lagi sedih bila dia lihat Aurell menangis seperti ini.Dia pasti,kehilangan kedua ibu bapa di usia muda memang teramat memeritkan.Kalau ikutkan,mahu saja dia memeluk Aurell sekarang ini.

"Abang.. awak? Dia dekat mana sekarang?"

Aurell mengesat air matanya kasar.

"Entahlah.. saya tak pernah nak ambil tahu dah pasal dia lepas mak dan ayah saya meninggal.Sebab dialah mak dan ayah saya mati! Saya tak tahu dia dekat mana sekarang dan saya malas nak ambil tahu",

Riyadh terdiam.Dia mahu bersuara tapi lebih baik dia diam dulu.Dia hanya memandang wajah Aurell yang sudah basah dengan air mata.

Gadis ini sudah melalui banyak duka dalam hidupnya.Banyak air matanya tumpah selama dia hidup.Gadis ini tidak pernah rasa bahagia selepas daripada peristiwa pahit itu.Aurell seorang gadis yang kuat.

Ell,mungkin saya mengahwini awak bukan atas dasar cinta.Tapi saya ikhlas memperisterikan awak.Saya akan jaga awak sebaik mungkin.Saya takkan biarkan lagi air mata tu menemani awak.Saya akan bahagiakan awak sampai akhir nafas saya.Itu janji saya.

*Hm.. bertakung air mata menaip😢 ok btw,so far macam mana dgn cerita ni? Memuaskan?

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now