EPILOG I

33.5K 1K 10
                                    

TEPAT jam lima empat puluh minit pagi tadi,Aurell telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki.Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar walaupun hampir tujuh jam juga dia menahan sakit.Tapi mujurlah dia mudah saja mengikut arahan doktor yang bertugas ketika proses melahirkan dijalankan.Bayi pun cepat je keluar.Dalam tiga ke empat kali saja,bayi sulungnya bersama Riyadh telah berjaya melihat bumi Allah ini.

Dia bersyukur kerana Riyadh sentiasa ada bersama ketika dia mengharungi detik-detik pertama dalam hidupnya.Lelaki itu tidak sekali pun meninggalkannya dan tidak berhenti memberi dorongan.Jujur dia katakan,Riyadh adalah sumber kekuatannya.Tanpa lelaki itu,belum tentu dia dapat melakukannya seorang diri.

Dan hari ini,genap seminggu dia melahirkan.Seminggu jugak dia sudah bergelar seorang ibu.Tipulah kalau dia kata tak gembira kan? Cuma kadangkala tu rasa letih sikit.Yalah.. anaknya masih kecil lagi dan doktor berpesan supaya kerap menyusukan si kecil itu.Jadi dia pun harus menyusukannya setiap jam yang telah ditentukan.Kadang-kadang rasa nak menangis pun ada.Ni pertama kali baginya dan pengalaman pertama kali terlalu sukar.Tapi dengan kehadiran seorang suami,dia mampu menghadapi semuanya.

Tengah malam itu,bayi kecil mereka menangis seperti biasa.Tapi Aurell tidak terjaga disebabkan terlalu letih.Riyadh yang tidur di sebelahnya,pantas membuka mata.Dia dah terbiasa kalau dengar bunyi bayi menangis,pasti automatik dia akan terjaga.Bayi lelaki itu ditepuk beberapa kali tapi gagal.Kemudian perlahan-lahan dia mengangkat anak sulungnya tadi ke dalam pangkuannya.

"Muhammad Iqbal Mifzal.. kenapa nangis-nangis ni? Nanti mama terjagalah,sayang", bisik Riyadh perlahan.Entah Iqbal faham atau tidak.Tapi dia memang tak nak tidur isterinya itu terganggu.Tadi pun hampir pukul satu pagi jugalah Aurell baru dapat melelapkan matanya.

Tapi puas dia memujuk sekali pun,Iqbal tetap menangis.Semakin lama semakin kuat tangisannya.Lapar agaknya dia ni.
Disebabkan Aurell tidak sempat untuk mengepam,terpaksa juga dia membangun isterinya.Terpisat-pisat gadis itu membuka mata.

"Sayang,sorry saya terpaksa kejut awak.Iqbal ni tak berhenti nangis dari tadi.Lapar tu agaknya,malam tadi pun awak tak sempat nak pam", Riyadh bersuara perlahan.Jelas di situ wajahnya bersalah kerana terpaksa menganggu tidur Aurell juga.Nak buat macam mana? Susu hanya ada pada Aurell.Kalau dia ada sama,tak perlu susah-susah nak kejut.Dia akan bagi isterinya tidur lena.

Aurell mengangguk perlahan.Dia bangun dan bersandar di kepala katil.Iqbal diaerahkan padanya dan dia mula menyusukan.Kuyu saja matanya saat ini.Tak sangka jadi ibu ni lagi susah dari jadi isteri.Mentaliti memang kena kuat betul.Dia memang respect dengan ibu yang beranak lebih satu tu.Fuh!

"Awak okey? Letih je muka tu",

Aurell tersenyum kelat.Letih tak letih pun kena hadap jugaklah.Pandai buat pandailah tanggung.

"Letih jugaklah.Kalau boleh satu hari saya nak tidur je tak nak bangun-bangun",

"Ehh.. mana boleh tak bangun-bangun.Hm.. Iqbal ni asyik lapar je.Samalah tu macam mamanya jugak,asyik nak makan je tahu", usik Riyadh.Aurell terus menunjuk penumbuk kecilnya.

"Mana ada asyik tau.Dah semua makanan dekat Malaysia ni sedap-sedap,apa boleh saya buat? Makan je lah", Aurell memberi alasan.Padahal memang dah mulut ni asyik nak makan je.Kalau tak mengunyah tu memang tak sah.

Riyadh tersenyum.Menggeleng kepalanya.Tak kisahlah,asalkan itu yang boleh menyenangkan hati isterinya.

"Awak.. aduii.. saya dah gemuklah.Macam manalah nak kurus balik?" Aurell bersuara tiba-tiba.Riyadh yang sedang memicit kaki isterinya tadi,lantas memandang Aurell dari atas ke bawah berulang kali.

"Gemuk tang mana? Okey je saya tengok", soalnya pelik.Tak adalah pulak dia nampak Aurell ni gemuk ke apa.Biasa-biasa saja.Pipi tu nampaklah berisi sikit tapi masih kelihatan biasa di matanya.

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now