BAB 49

33.8K 1K 29
                                    

EMPAT BULAN KEMUDIAN..

Masuk bulan ini,sudah hampir empat bulan selepas kes dia diculik oleh Zakuan yang ternyata selama ini lelaki itu bekerja di bawah Dato' Halim.Masih ingat lelaki tua ini? Lelaki ini merupakan sasaran utama kumpulan Unit Tindak Khas yang diketuai oleh suaminya sendiri,Riyadh Nadif.
Sewaktu kes di rumah lama empat bulan yang lepas,Zakuan telah berjaya diberkas oleh anggota UTK manakala Dato'Halim masih belum berjaya dikesan oleh pihak berkuasa.Tapi itu tak bermakna dia terlepas untuk selamanya.Sekarang ini,semua anggota UTK dengan bantuan PDRM sedang berusaha untuk mengesan suspek berkenaan.

Abang Afeef pula sekarang ini telah berjaya keluar dari kumpulan Dato' Halim.Memang selama ini dia terpaksa bekerja dengan lelaki tua itu kerana memikirkan banyak pertolongan yang telah diberikan kapadanya.Jika bukan kerana Zakuan yang membantu dan membawanya bertemu dengan Dato'Halim sewaktu dia susah dulu,entah-entah sekarang ini dia dah mati akibat dikerjakan lintah darat.

Dan sekarang ini kehidupannya bertambah baik dengan kehadiran adik perempuannya.
Sekarang dia sudah mula membuka perniagaan T-shirt dengan jenamanya sendiri dan semua itu telah dibantu oleh Aurell dan Riyadh.

Dan selama empat bulan ini juga,Riyadh sudah mula sibuk dengan tanggungjawabnya terhadap negara.Mereka berdua boleh dikatakan jarang berjumpa.Lagi pulak sekarang ini Aurell sedang sibuk untuk membuat persediaan bagi peperiksaan akhirnya sebelum dia menamatkan pelajaran di UiTM Shah Alam tidak lama saja lagi.Tapi sesibuk mana pun mereka,Riyadh tetap akan berusaha untuk mencuri masa agar mereka dapat meluangkan masa bersama.Bagi lelaki itu,kerja bukan alasan untuk hubungan suami dan isteri berubah renggang.Malah pada pandangannya,dengan kesibukan kerja tu lah yang membuatkan kasih sayang sesama mereka semakin menebal.

Pintu bilik diketuk beberapa kali.Aurell yang sedang leka membaca buku di dalam bilik terus menoleh memandang ke arah daun pintu yang memang sudah sedia terbuka.Terus bibirnya menguntum senyum manis buat Riyadh yang melangkah masuk bersama segelas susu panas.Itu memang rutin harian Riyadh setiap malam.

Kerusi kosong di sebelahnya ditarik dan dia terus duduk di situ.Gelas susu tadi diletak di tepi meja.

"Tak nak tidur lagi?" soalnya sambil mengerling jam loceng di atas meja belajar.Lima belas minit lagi sebelum pukul satu pagi.

Aurell menggeleng perlahan."Ada sikit lagi nak kena baca ni", dia menarik senyum paksa.Tipulah kalau dia kata tak penat kalau dah tiap-tiap malam terpaksa menahan mata.Lepastu lagi nak dekat final exam,lagi bertambah pulak assigntment yang perlu dia submit sebelum hujung bulan ini.

"Tugasan haritu dah siap?" soal Riyadh.Walaupun dia sibuk,tapi dia sentiasa ada bersama Aurell.Kalau esok hari dia tiada misi yang perlu dilaksanakan,dia akan menemani gadis itu membuat tugasan yang diberikan.

Aurell mengangguk."Dah submit dah pun", jawabnya.Untuk seketika dia menghentikan bacaan.Dia bersandar seketika pada kerusi sambil menggosok belakang badannya.

"Sakit belakang ya?" soal Riyadh.Tanpa disuruh pun laju saja dia berdiri dan membantu menggosok belakang badan Aurell sehingga kesakitan gadis itu berkurangan.Dia duduk semula di tempat tadi.

"Awak okey?" soalnya sekali lagi.Dia paling risau kalau tengok muka Aurell berkerut.
Sejak empat bulan ni Aurell memang selalu berkerut muka.Ada je sakit itah sakit inilah.

Aurell mengangguk lagi.Perutnya yang sedikit membukit itu digosok perlahan.Riyadh tersenyum memandang kelakuan isterinya.

"Baby nakal tak tadi?" Riyadh turut sama menyentuh perut isterinya.
Alhamdulillah,Aurell kini telah hamil empat bulan.

"Emm.. dia baik je tadi sebab dia tahu mama dia tengah study", Aurell tersenyum.Jujur dia akui,tidak mudah untuk belajar ketika berbadan dua ni.Kalau sekarang mungkin kurang sikit seksaan tu tapi sewaktu awal-awal kehamilannya dulu,dia sampai tak boleh nak keluar dari bilik air di UiTM tersebut.Baru nak jalan ke dewan kuliah,mula dia rasa mual.Alahannya dulu memang teruk jugak sampaikan Riyadh takut betul nak lepaskan dia pergi kuliah.

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now