BAB 46

28.6K 996 30
                                    

AIR mata yang mengalir dipipinya dikesat perlahan dengan hujung lengan baju.
Telefon bimbit yang sudah sekian lama berada di tangannya,dipandang lagi untuk kesekian kali.Kemudian dia mendail semula nombor seseorang,tetapi panggilannya tetap tidak berjaya disambungkan.

Aurell menghempaskan telefon tersebut di atas katil.Melepaskan segala perasaan yang bercampur-baur dalam dirinya sekarang ini.Sudah tiga hari semenjak kejadian dia diculik oleh Zakuan,dan tiga hari juga dia tidak berjumpa dengan Riyadh.Usah kata nak jumpa,malah dia sendiri hilang khabar mengenai lelaki itu.Dia langsung tak tahu bagaimana dengan keadaan suaminya selepas tembakan yang dilepaskan.Dia tak pasti sama ada lelaki itu masih hidup atau..

Bukan dia tak usaha untuk mencari Riyadh,bahkan dia juga telah pergi ke Melaka,rumah ibu mentuanya untuk menanyakan hal Riyadh namun tiada seorang pun yang mengetahui keberadaan suaminya itu sekarang ini.Lagi bertambah risau dia dibuatnya! Satu saja yang buat dia takut sekarang ini,dia takut kalau Riyadh masih berada di tangan Zakuan.Dia takut kalau lelaki itu cederakan Riyadh lebih lagi dari apa yang berlaku tiga hari lepas.

"Dik,kenapa tak turun makan?" soal Afeef yang sedang berdiri di hadapan pintu bilik Aurell.Buat sementara waktu ini,dia akan tinggal bersama Aurell.Dia akan jaga Aurell dulu sementara gadis itu masih belum bertemu dengan Riyadh.

"Makan je laa dulu", Aurell mengesat air matanya.Dingin saja suaranya kedengaran.
Memang sekarang ini dia telah bertemu dengan abang kandungnya setelah lebih sepuluh tahun mereka terpisah.Tapi semua itu tidak langsung menggembirakan hatinya.Dia pernah membenci lelaki ini dan amat sukar untuk dia mengubah kembali perasaannya itu.

"Ell tak nak makan sekali ke?" soal Afeef yang masih lagi mencuba peluang untuk makan bersama adik perempuannya.Hanya Allah saja yang tahu betapa gembiranya dia apabila dapat dipertemukan semula dengan adiknya.Selama lebih sepuluh tahun ini,sudah puas dia mencari Aurell.Dan baru tahun ini dia dapat tahu yang adiknya telah dijaga oleh maklongnya di Hulu Langat.

"Abang makan je lah", Aurell menjeling tajam abangnya.Sebenarnya dia pun pelik macam mana Afeef boleh muncul secara tiba-tiba di tempat Zakuan.Bagaimana lelaki itu tahu dia ada di situ?

Afeef mengeluh perlahan."Okeylah kalau macam tu.Nanti kalau Ell lapar,abang simpan makanan bawah saji ya?"

Aurell hanya diam.Afeef sedar begitu sukar untuk dia mengembalikan semula hubungan dia dan Aurell seperti dulu.Aurell menyalahkan dirinya atas kematian kedua ibu bapa mereka sehingga Aurell membuat keputusan untuk terus membencinya selama lebih sepuluh tahun ini.Sejujurnya,rasa bersalah dalam dirinya ini tidak pernah hilang selama 27 tahun dia hidup.Bukan dia yang minta semua ini berlaku.Kalau dia tahu pada malam itu kemalangan itu akan berlaku,dah pasti dia tidak menyuruh ibu bapanya untuk datang mengambil di asrama.Selama sepuluh tahun ini kehidupannya tidak pernah tenang.Dia tiada siapa-siapa lagi dalam dunia ni melainkan Aurell saja.

Sebaik saja Afeef pergi,Aurell kembali termenung.Perlahan-lahan tubir matanya menakung air mata.Dia terlalu merindui Riyadh.Dia terima kalau dia tidak dipertemukan dengan Riyadh buat masa ini tapi pintanya hanya satu.Tolong selamatkan Riyadh walau di mana saja lelaki itu berada.Dia.. dia.. tak sanggup untuk kehilangan lelaki itu.Cukuplah dia begitu sengsara melihat Riyadh dibelasah teruk tempoh hari.

BUKA saja pintu,terkejut dia apabila melihat Aurell berada di hadapan matanya sekarang ini.Wajah gadis itu sembap dan kemerahan.Mukanya juga kelihatan pucat dan tidak bermaya.

"Ell? Kenapa ni?"

Aurell tidak menjawab.Tercebik-cebik mulutnya memandang Raihana di hadapan.

"Kak Hana.." tubuh gadis itu dipeluk erat.Dia sudah tiada tempat untuk mengadu dan berkongsi kesedihan yang dialami sekarang ini.Dia sudah tiada siapa-siapa lagi.Dulu Riyadh pernah berpesan padanya..

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now