BAB 7

24.9K 1.1K 19
                                    

LIMA jam berada di hospital ini cukup menyeksa diri Riyadh.Puas dia cuba untuk menghilangkan kebosanannya dengan melelapkan mata dan menonton televisyen tapi dia masih rasa bagai dipenjarakan.
Memang dari dulu lagi dia tidak gemar berada di hospital.Kalau boleh dia tak nak langsung masuk ke sini walaupun mengalami kecederaan yang teruk.Dia tak suka.Keadaan di sini terlalu sunyi dan terasa bagai dia membuang masa yang berharga dengan hanya berbaring di atas katil.Dalam tempoh lima jam ni,kalau dia berlatih menembak di ibu pejabat,sudah tentu dapat memperbaiki prestasinya.Ada lah juga faedahnya daripada duduk melanguk saja di sini.

Riyadh yang sedang memeriksa telefon bimbitnya lantas menoleh melihat ke arah daun pintu bila pintu itu tiba-tiba dibuka dari luar.Melihat Aurell yang sedang melangkah masuk,dia kembali memandang skrin telefon.

"Macam mana keadaan encik malam ni?" soal Aurell.Ramah.Ni Doktor Zura yang pesan padanya supaya bersikap lebih terbuka dan mesra dengan pesakit.

"Feeling better", jawab Riyadh sambil sempat menghantar pesanan ringkas kepada Aizat.Setelah itu dia meletakkan telefon bimbitnya di atas meja yang terletak di sebelah katil.

"Bagus,alhamdulillah.. encik pun dah boleh berdiri tu", Aurell tersenyum sambil memandang Riyadh yang sedang berdiri sambil meneguk air masak di dalam gelas.

" Ya.. dah boleh keluar dah pun", Riyadh kembali duduk di atas katil menghadap Aurell.

"Encik tak boleh keluar lagi.Luka pada lengan dan peha encik tu masih belum sembuh sepenuhnya",

" I don't care.. luka sikit je.Saya masih boleh berjalan.Lompat bintang pun boleh", seloroh Riyadh tapi dengan wajah yang masih serius.

Aurell diam.Dia terus mengambil laporan kesihatan di atas meja dan menelitinya sebelum mula memeriksa Riyadh.

Riyadh hanya fokus pada rancangan yang disiarkan di kaca tv semasa Aurell memeriksanya.Tidak langsung mengalihkan mata memandang gadis itu selama beberapa minit.

"Macam mana boleh luka?"

"Pardon?"

"Saya tanya macam mana encik boleh luka? Sebab luka yang encik alami ni bukan luka biasa",

Riyadh diam seketika.Cuba menyusun ayat di kepalanya."Perlu ke tahu?"

"Ya,sebab saya doktor encik.Saya yang bertanggungjawab atas encik dan saya perlu tahu semuanya", terang Aurell.Kini dia sudah selesai memeriksa Riyadh dan sedang memeluk tubuh memandang lelaki itu.

Riyadh diam untuk beberapa saat sebelum dia bersuara kembali.

"Cuma insiden kecil je.Saya kena..samun", bohong Riyadh.Takkan pulak dia nak berterus terang dengan gadis itu.Keanggotaannya sebagai Unit Tindakan Khas adalah satu hal yang sulit dan dia tidak boleh sewenang-wenangnya mendedahkan identiti.

"Ohh.." dia kena samun atau dia yang menyamun? Muka samseng macam ni susah nak percaya.

"Ada apa-apa lagi yang Doktor.. Aurell nak tahu?" soal Riyadh dengan sebelah keningnya diangkat tinggi.

Aurell hanya menggeleng."Rehatlah dulu.Esok pagi saya cuci luka tu", katanya dan terus berlalu keluar dari bilik tersebut.

Beberapa minit selepas Aurell keluar,telefon bimbit Riyadh berbunyi.Dia lantas mengangkat panggilan tersebut."Hello.."

"Kau dah siap ke belum? Aku dah sampai ni", Aizat bersuara di hujung talian.

"Belum lagi.. kau tunggu kejap,aku pergi siap dulu", katanya lalu mematikan talian.Dia mengeluarkan baju t-shirt warna hitam yang dibawa bersama sewaktu ditahan di hospital ini.Dia dah tak kuasa lagi nak duduk dekat sini jadi sebabtu dia mesej Aizat agar lelaki itu datang menjemputnya.Dia lagi rela rehat dekat rumah dari dekat sini.
Sekurang-kurangnya di sana dia bebas buat apa yang dia suka.

KEESOKKAN pagi,Aurell dikejutkan dengan berita pesakitnya di bilik 202 telah melarikan diri.Panik jugak waktu itu.Tak sangka pulak ada perangai manusia yang macam ni.Dia fikir semua tu dalam filem saja.

Aurell meluru ke bilik 202 untuk memastikan khabar tersebut.Namun langkahnya terhenti apabila terserempak dengan Raihana ketika dalam perjalanan.

"Kenapa kelam kabut ni?" soal Raihana.Hairan tengok muka cemas Aurell.Ada kecemasan ke?

"Doktor Hana,tadi ada jururawat bagitahu yang pesakit saya dah larikan diri",

Seperti Aurell tadi,Raihana juga terkejut dengan berita yang diterima.

"Pesakit yang mana satu?"

"Pesakit bilik 202",

Raihana terdiam.Tidak lama kemudian dia tersenyum kecil bersama gelengan di kepalanya.
Haih,abang.. abang.

"Kenapa Doktor Hana senyum?"

"Pesakit tu memang macam tu perangai dia.Tak hairanlah kalau dia larikan diri.Memang tiap kali kalau dia masuk hospital ni,tak pernah nak duduk ikut tempoh masa yang ditetapkan", terang Raihana.

" Tiap kali masuk sini? Maksudnya?
Macam kerap masuk je", hairan Aurell.Cara Doktor Raihana bercakap dah macam pesakitnya itu masuk ke sini hari-hari.

Raihana tersenyum."Nanti ada masa saya bagitahu awak.Tapi awak tak perlu risaulah pasal dia.Dia okey tu", katanya sebelum meninggalkan Aurell yang masih kebingungan di situ.

Kenapa cara Doktor Raihana cakap macam dia tahu semuanya tentang lelaki tu? Mungkin kenalan agaknya.Atau mungkin lelaki tu pernah jadi pesakit dia? Boleh jadi.

"KAU nak aku hantar dekat rumah kau?"

"Yaa.."

Keadaan dalam kereta tersebut diam seketika.

"Betul ke kau tak nak duduk hospital tu? Luka kau tu belum sembuh lagi tau.Buatnya kena jangkitan kuman ke apa,kan dah susah", kata Aizat yang sesekali melihat ke arah cermin pandang belakang.

"Aku okeylaa.. lagipun buat apa nak duduk dekat situ lama-lama? Bukannya aku boleh buat apa pun", rungut Riyadh.Kehidupan di hospital memang tak kena langsung dengan jiwanya yang sentiasa inginkan cabaran ni.

"Habis tu kalau kau duduk dekat rumah tu pun apa je yang kau boleh buat?"

"Sekurang-kurangnya aku boleh bebas ke sana ke mari.Eh,kenapa kau ni macam tak puas hati je aku keluar hospital? Kenapa? Sebab nanti kau dah tak boleh jumpa Hana lagi?" tebak Riyadh sambil tersenyum sinis memandang Aizat yang tersengih.

"Ye laa,kau pun tahu dengan cara kau masuk hospital tu je lah aku dapat kesempatan jumpa Hana.Lepastu usah kata batang hidung,bulu mata dia pun aku tak nampak.Lepas ni aku rasa kau kena kerap cederalah,baru aku dapat jumpa dia selalu", omel Aizat.Tak sedar yang Riyadh di sebelah sudah memandang dengan mata yang mengecil.

"Bertuah betul aku dapat kawan macam kau ni ya? Kau lagi sanggup tengok aku cedera semata nak tengok adik aku? Herh! Apa kata kalau kau je yang cedera? Mana tahu kalau Hana yang akan jaga kau.Nak tak? Aku boleh tolong cederakan kau,hari-hari pun tak apa", Riyadh bersuara lembut Tapi kalau tengok muka,macam tak lama dah tu.Tak lama lagi Aizat akan disiat-siat kulitnya.

Aizat tersengih.Mungkin tadi dia ada tersalah cakap sikit kut."Sarjan marahkan saya ke?"

"Eh,tak ada lah.Gembira je anak buah sendiri dah terbiasa mengutuk depan", sindir Riyadh sambil menjeling Aizat yang sekadar menyengih.Tahu pun takut! Boleh kena darah tinggi lama-lama kalau hadap Aizat ni.

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now