OLVK2[5]

1.7K 50 0
                                    

MIA melihat sekeliling. Siapa yang bagi ni? Dia pantas berdiri. Kertas yang diterima dipegang erat.

Kelibat seseorang yang seakan mencurigakan didekati. Pantas lengan lekaki itu ditarik kasar apabila lelaki itu sudah berura-ura mahu melangkah.

Mia terpaku disitu, matanya terkedip memandang. Zaq?

MIA POV

"Kau kenapa Mia? Kau okay tak?!"

Erin terus meluru kearah ku yang berada di meja makan. Tangan ku yang ditekup di muka di alih kasar.

Aku mendongak memandang Erin. Aku tergelak kecil melihat riak wajahnya yang cukup risau.

"Mia, kau kenapa?"

Pasti dia risau tengok aku yang tengah menangis pastu gelak.

"Sayang jugak kau dekat aku kan"

Erin menghela nafas berat seraya mengambil tempat dihadapanku. Dia seperti menahan geram melihat tisu yang bertaburan diatas lantai.

"Kau kenapa Mia? Kau tahu tak aku risau bagai nak mampus bila kau call sambil nangis. Nasib tak accident kau tahu"

Aku tersenyum kecil.

"Aku mintak maaf buat kau risau"

"Hmm, kau kenapa sebenarnya?"

Aku tidak menjawab sebaliknya menunjukkan kertas yang sudah digumpal di tangan. Diletakkan kertas itu dihadapan Erin.

"Apa ni? " Erin pantas membuka gumpalan itu. Aku hanya memerhati sambil meletakkan kepala di meja.

"Siapa bagi ni?" soalnya agak lama berdiam. Tulisan dikertas itu ditunjuk. Aku hanya mengangkat bahu.

"Kau tahu, Irash dah ada anak. Dia dah jadi papa" ujar ku kecewa tanpa memandang Erin. Aku pasti sekarang Erin tengah buat muka tak percaya.

"Kau mengarut apa ni?"

Terus aku cerita apa yang terjadi tadi. Erin bagai tidak percaya. Kau tahu Erin, aku pun kalau boleh tak nak percaya. Dan kalau boleh aku harap apa yang aku nampak tadi tu mimpi.

"Ouh yeah, yang bagi surat tu, Zaq. Zaq Isyar"

AKU betul-betul nak lupakan semua ini. Aku nak lupakan segala kenangan buruk ni. Aku nak teruskan hidup aku, tanpa bayangan. Tanpa bayangan dia. Dan aku akan anggap aku dengan dia tak ditakdirkan.

Yes, you can do it, Mia!

Baru cakap nak lupakan dia, nak lupakan bayangan dia, tapi sekarang apa?

Aku terkedip-kedip memandang wajah itu. Perlahan-lahan aku menggeleng. Tu bayangan kau je Mia! Sambil mata terpejam, aku membuka langkah untuk pergi dari situ.

Namun langkah aku dihalang lagi. Pantas aku membuka mata. Teruknya bayangan ni!

Apabila terdengar ketawa darinya, sah! Ni bukan bayangan dan sekarang ni, aku macam tak percaya.

"Awak--"

"Papa!"

Kanak -kanak yang aku lihat di cafe haritu tiba-tiba berlari dan mendakap kaki Irash.

Aku memejam mata rapat. Peritnya dan hadap semua ni!

"Sayang" Irash terus mendukung budak itu sambil memandang kearah ku. Aku membalas pandangannya.

"Siapa ni papa? Mama baru Maya ke?"

Aku membulat mendengar budak itu berkata sedemikian seraya memandang ku dengan matanya yang bulat. Emm kalau papa awak kahwin dengan akak, mungkin ye. Apa kau cakap ni Mia?

"Mia Qaysara"

Sekali lagi aku dikejutkan dengan sesuatu yang tak pernah kuduga. Aku melihat Irash. Dia ke yang kata tadi?

Dia tersenyum kecil.

"Sorry, buat awak lama tunggu dan terpaksa tipu awak at first. My bad, I'm really sorry"

Aku tak perlukan maaf kau Irash! Apa yang kau cakap ni! Jelas aku terpempan dengan kenyataan itu. Wajah Maya dan Irash aku pandang bergilir. Gigiku diketap. Buku lima ku digengam. Tanganku menggigil. Dasar penipu! Penipu selamanya penipu!

"Awak tipu saya Irash selama ni? Saya mati-mati ingat awak tak ingat saya. Awak tahu tak betapa sakitnya hati saya dengan tindakan bodoh awak ni? Apa alasan awak kali ni? Tak cukup sakitkan hati dan tipu saya selama ni hah?! Dan awak!" Aku memberhentikan kata. Jari telunjukku lurus menunjuk Maya didalam dukungan Irash.

"Awak mungkir janji!"

Pantas aku berlari, pergi dari situ. Air mata akhirnya gugur. Semalam baru penat menangis. Tadi baru nak bangkit, lupakan semua. Sekarang? Perasaan aku bukan mainan, hati aku bukan mainan. Aku penat. Dasar kejam!

So, next is the last chap. 😢

Only LOVE Kau [C]Where stories live. Discover now