Bab 20

22.9K 235 10
                                    

”Fazila... Fazila…Fazila..”

Taysha yang tadinya tertidur disisi suaminya itu terbangun apabila terdengar suaminya sedang meracau-racau menyebut nama seorang wanita yang bernama Fazila. Taysha lantas menyentuh-nyentuh kedua belah pipi suaminya itu.

“ abang bangun…bangun bang”

Daniel lantas terbangun dari tidurnya lalu menarik nafasnya dalam-dalam. Taysha lalu mengelap peluh yang ada didahi suaminya itu dengan mengunakan tangannya.

“abang… kenapa ni? kalau abang ada masalah cerita dekat saya. Saya sudi mendengar.”

Jari jemari Taysha membelai lembut rambut suaminya itu. Anak matanya yang bulat bagaikan rembulan terus menatap suaminya yang baru sahaja bangun dari tidur.

“saya tak apa-apa. Awak sambunglah tidur dulu masih awal ni.”

“saya tak dapat tidur kalau abang pun tak dapat tidur. Abang boleh cerita dekat saya kalau ada sebarang masalah. Saya siap membantu abang kalau ada sebarang masalah. Saya taknak tengok abang macam ni”

“saya tak apa-apa. Awak tidurlah. Saya nak mandi dulu.”

Daniel lantas mengambil tuala mandi yang berada di almarinya lalu melangkah masuk ke bilik mandinya yang serba mewah. Sebelum itu sempat juga Daniel menghadiahkan sebuah kucupan yang hangat di pipi isterinya itu menyebabkan Daniel menjadi salah tingkah.

“  awal-awal pagi kena kiss…bestnya…kalaulah setiap hari abang buat macam ni.Aman damai hidup ini. Nak juga macam hidup suami isteri yang lain. Sekejap..sejak bila abang panggil saya dengan panggilan yang sungguh sopan dan merdu didengari. Cair hati adinda mendengar kekandaku memanggil dengan sebutan awak. Tak apa,  Taysha mula-mula abang panggil dengan panggilan kau, lepas tu awak lepas tu mana tahu dia panggil sayang…yihaaaa… ada kemajuan. Tapi siapa Fazila? Kenapa abang panggil nama Fazila dalam tidurnya. Why Fazila not Taysha? Ehhh taknaklah…tadi bukan main seram dia panggil nama Fazila.”

***

“Kenapa aku boleh ingat pasal perempuan tak guna tu. Kenapa harus aku ingat kisah silam aku dengan dia. Kenapa harus dia? Dia yang buat hidup aku merana. Dia juga buat hidup aku sengsara sampai ke hari ini.”

Daniel menghentakkan fail yang berada di atas meja pejabatnya itu dengan kuat menyebabkan ada beberapa fail penting yang berada di sisi mejanya itu terjatuh bertaburan di atas lantai. Peristiwa 5 tahun yang lalu mengingatkan sejarah hitam yang telah tercatat dalam kisah hidupnya yang banyak meninggalkan kesan yang mendalam di dalam hidupnya.

“kalau saja ada Qhaisarah dengan papa. Sudah pasti papa tak akan jadi macam ni sayang. Papa memang tak berguna. Papa langsung tak dapat tolong anak papa. Papa minta maaf sayang.”

Tanpa disedari air matanya berlinang mengingat kembali anaknya yang sudah lama tiada. Kehadiran bidadari kecil yang bernama Qhaisarah adalah salah satu anugerah yang terindah dalam hidupnya. Tapi malaikat kecil titipan tuhan kepadanya telah dijemput dalam jangka masa yang amat singkat sehingga belum sempat dia menghabiskan setiap waktunya untuk si kecil itu kerana sibuk mengejar duniawi.

***

“Ting-Tong!”

Taysha bergegas membuka pintu rumah apabila terdengar bunyi loceng rumah.

“selamat pagi cik.”

“selamat pagi ”

“ ini ada penghantaran bunga mawar atas nama Taysha yang ditempah khas beserta hadiah.”

“ehh..untuk saya ke? Okay terima kasih”

Taysha lalu menutup kembali pintu rumahnya.

“ siapa pula yang hantar bunga dan hadiah awal-awal pagi ni. kalau nak kata birthday saya dah lepas dah. Sapa pula yang bagi. Check dulu mana tahu ada kertas ke apa?”

Taysha mula membuka kotak hadiah tersebut yang berisi coklat berbentuk hati. Ada sebuah kad kecil yang berwarna merah berada di dalam kotak tersebut yang berbentuk hati juga. Taysha lantas membuka kad tersebut lalu membacanya.

“ Taysha I’m still love you and I want you back sayang. From your true love. Rezza. Whatttt???!!! Rezza????”

Taysha lantas membuang bunga dan hadiah tersebut ke dalam tong sampah di dapur.

“ sampah perlu berada di tong sampah. Kau ingat aku barang nak ambik nak buang macam tu saja. Senang-senang kau tinggalkan aku, senang-senang kau nak balik. I love you konon. Pergi mati dengan I love you kau tu. Dasar sampah. Orang kitar semula pun takkan terima kau apalagi aku ni. No Thanks.”

Hanya Pelacur BagimuWhere stories live. Discover now