Bab 9

30.1K 292 3
                                    

Bab 9

“ting tong ting tong”

Bunyi loceng rumah berbunyi menghentikan aktivitinya yang lagi sibuk memasak di dapur. Taysha terus berlari dengan pantas ke ruang tamu lalu membuka pintu rumahnya dengan segera kerana takut suaminya itu akan memarahinya bahkan sampai sanggup memukulnya tanpa ada rasa belas kasihan walaupun sekecil zarah kesalahannya itu namun dia tetap diperlakukan seperti binatang.

“apasal kau ni tersemput-semput?”

“saya tadi sibuk memasak di dapur. Tiba-tiba saya dengar loceng berbunyi saya terus cepat-cepat berlari ke ruang tamu untuk buka pintu.”

“owh...”

Daniel berlalu dengan tenang tanpa memaki dan menghina isterinya itu seperti biasanya.

“apasal laki aku ni lain semacam jer? Kenapa tak marah-marah macam selalu ? Pelik-pelik”

Taysha tiba-tiba mengetuk kepalanya dengan kuat.
“apasal kau bodoh sangat Taysha. Nak sangat kena marah setiap hari. Otak udang betul kau ni. Baguslah laki kau tak marah-marah kau macam selalu nak juga kau kena minta marah apalah.”

Taysha yang baru sahaja menyediakan hidangan makan malam naik ke tingkat atas untuk memanggil suaminya itu untuk makan malam bersama dengannya. Taysha dengan perlahan menguak pintu bilik mereka dengan berhati-hati. Secara tiba-tiba Taysha terjerit kecil apabila melihat suaminya itu hanya mengenakan boxer berwarna hitam sambil mengosokkan rambutnya yang basah itu dengan menggunakan tuala yang berwarna putih itu.
Daniel yang tadinya asyik mengosokkan kepalanya menggunakan tuala pantas menutup mulut isterinya itu dengan menggunakan tangannya.

“kau dah kenapa menjerit-jerit macam orang gila ni?”

Daniel menatap tajam wajah isterinya itu sehingga membuat isterinya terpaku dengan tatapan maut suaminya itu pada ketika ini.

“Heyy!!! Perempuan…apasal kau ni macam patung cendana jer time aku sedang serius cakap dengan kau ni?”

Taysha akhirnya tersedar dari lamunannya yang membuatkan dirinya terpaku melihat suaminya itu yang hanya mengenakan boxer sahaja sehingga menampakkan setiap lekuk badan suaminya itu. Dada suaminya yang bidang menampakkan lagi kemaskulinan suaminya itu yang mampu menarik perhatian semua wanita di luar sana.

“eh! Tak ada apa-apalah bang. Saya tadinya nak panggil abang makan malam saja tadi”

“oh! saya dah kenyang. Kau pergilah makan sendiri sana. Dah pergi sana shuuu”

Taysha lalu pergi meninggalkan suaminya itu di dalam bilik sendirian. Sebelum Taysha meninggalkan bilik tersebut Daniel sempat membuat rolling eyes kepadanya tanpa ada sebarang alasan. Terdetik di hati Taysha menyatakan bahawa suaminya itu spesis manusia yang sangat menjengkelkan. Baru beberapa langkah kaki Taysha menurun anak tangga, tiba-tiba suara yang tidak asing baginya itu memanggil namanya.

“Taysha”

Dengan pantasnya Taysha berlari menuju ke arah bilik suaminya itu sekali lagi. Taysha dengan keadaan yang kelam kabut pantas menguak pintu bilik suaminya itu.

“Taysha!!!”

Daniel pantas menatap tajam sekali lagi apabila melihat isterinya itu yang baru sahaja sampai.

“ye abang ada apa?”
“aku nak tanya kau something.”

“tanya apa bang?”

Taysha akhirnya berani menatap wajah suaminya itu yang dari tadi memandangnya dengan pandangan yang sukar untuk diungkapkan.

“Malam ni malam apa?”

“malam ini? malam jumaat.”

“habistu?”

Taysha mempamerkan riak wajah yang seakan tidak mengerti dengan suaminya itu. “dia yang tanya kita apasal kita balik yang dia tanya?” detik hatinya.

“takkan kau tak faham malam jumaat ni malam apa?”

“malam hantu kot?”

“benda apa yang kau merepek ni?!”

“habistu?”

“kalau kau tak tahu kau pergi mandi sekarang lepastu kau pakai benda yang aku letak dekat bilik mandi tu. Awas kalau kau tak pakai.”

“ bila?”

Daniel menatap tajam wajah isterinya itu.

“ NOW!!!”













Hanya Pelacur BagimuWhere stories live. Discover now