~Bab 4

36.7K 282 0
                                    

"Hey bro. Apasal lambat ni? Muka pun tak bersenyum bagai"

Ikhwan mengerutkan dahinya apabila melihat sahabatnya itu datang dengan wajah yang agak benggis. Kelihatan ikhwan sedang meneguk air arak sambil membelai seorang wanita yang berpakaian agak jarang dan ketat di atas pahanya. Wanita itu pula sibuk mengusap lembut dada ikhwan yang bidang itu. Bukan hanya ikhwan berkelakuan seperti itu di khalayak ramai namun banyak lagi segelintir manusia yang masih berkemaruk melakukan maksiat di club yang termuka itu.

"kau tahu tak bro? aku stress betullah bro dengan betina kampung tu. Adakah patut dia cuba sibuk pasal urusan aku. Suka hati aku lah nak pergi mana. Yang betina kampung tu sibuk apasal???"

Ikhwan meletakkan gelas kaca yang masih berisi arak itu di atas meja tersebut lalu mengambil kotak rokok di atas meja tersebut.

"Relaxlah bro. Biasalah tu bro nama pun isteri. Kemana kita nak pergi mesti report 24 jam. Buat apa? Makan apa? Semua kena bagitahu. Sabarlah bro memang hidup berumah tangga macam tu"

"Kepala otak kau rumah tangga bro. Ni tak sampai seminggu jadi bini aku dah nak tunjuk lagak dengan aku. Dia ingat dia siapa? Dasar betina kampung tak sedar diri. "

"eleh bro. Betina kampung pun bini kau bro. Apa boleh buat bro? Dah nasib kau lah. Tapi tak apa bro kau lupakan semua pasal rumahtangga kau tu dulu, kita enjoy!!!"

"betul juga tu bro. Malas betul aku kena hadap muka betina tu 24 jam.  Baik aku enjoy disini. Lagipun banyak awek cun dan hot dalam club ni. Kalau nak dibandingkan dengan perempuan sial tu jauh gila bro."

"tahu tak apa. Kejap bro, tadi aku ada tengok perempuan baru yang  damn hot dalam club ni."

Mata ikhwan memandang sekeliling club mencari kelibat wanita yang dimaksudkannya itu. Tiba-tiba sosok wanita yang dicari itu datang kearah Daniel. Wanita itu mempunyai paras rupa yang menawan. Pakaian yang dikenakan amat ketat sehingga menampakkan setiap lekuk tubuh badannya itu. Dress yang dikenakan menampakkan lurah dadanya yang mampu mengoncang setiap iman lelaki.

"Hai Daniel, awak makin handsomelah sekarang. "

"Tak adalah Dila, saya biasa-biasa saja macam dulu"

Ikhwan memasang wajah terkejut melihat mereka saling mengenali antara satu sama lain.

"jap. Sejak bila korang berdua ni kenal each other?"

Ikhwan mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti.

"bro. ni kawan aku time di university dulu. Budak hot tau. "

"eish tak adalah Daniel, awak tu yang hot time di universiti dulu sampai-sampai banyak perempuan yang terjerit-jerit kalau tengok u "

Ikhwan mempamerkan senyumannya lalu meminta izin nak pulang ke rumah.

"bro aku nak balik dululah. Kamu dua enjoylah "

"ikhwan awal juga kau nak balik ni? Malam pun masih muda."

"bro aku tak tahanlah bro lama-lama disini. Geram betul aku dengan dia ni"

Ikhwan lalu mencium bibir perempuan yang masih duduk di atas pahanya itu tanpa ada rasa malu berkelakuan seperti itu di depan sahabatnya sendiri. Daniel hanya tersenyum lalu mengeleng-gelengkan kepalanya.

"okay bro. aku faham. Enjoylah puas-puas bro. Taburlah benih di ladang banyak- banyak malam ini .hahaha...have fun bro"

Ikhwan lalu mempamerkan senyumannya lalu mengangkat-angkatkan keningnya itu.

"well bro. You know me so well. Thanks bro. enjoy with your partner. Have fun"

"okay bro. you too"

Ikhwan lalu memeluk pinggang wanita itu lantas pergi meninggalkan sahabatnya itu dengan seorang wanita yang seksi bernama Dila. Daniel mempamerkan senyumannya kepada wanita yang ada di depan matanya itu.

"shall we?"

Wanita itu seakan faham dengan isyarat yang diberikan  oleh Daniel lalu didekatkannya lagi badannya dengan badan sasa Daniel sehingga jarak diantara mereka sangat rapat.

"I'm yours"























Hanya Pelacur BagimuWhere stories live. Discover now