"Aku nak main ultraman tu" pinta mimyana kepada sepupu lakinya.
"Ah,kau prmpuan main lah dgn anak patung kau" Ariel berkata sambil menunding ke arah anak patung milik Mimyana.Anak patung yang mempunyai rambut ikat toncang dicampak ke tepi oleh Mimyana.
"Aku tak mau! bagi jelah!" herdik mimyana serta merampas ultraman pada tangan sepupunya.Mimyana berlalu pergi sambil sempat menjeling ke arah sepupunya.
Tak macam perempuan langsung! Cebik laki itu dalam hatinya.Bukan setakat perangainya yang seakan-akan macam lelaki tetapi perwatakannya yang ganas juga dibenci oleh Ariel.
"Assalamualaikum...ariel oh ariel.." ariel terdengar seperti suara yang familiar memanggil namanya di luar rumah.Terus saja dia berlari anak lalu membuka pintu.Sejuk hatinya apabila ternampak tubuh perempuan yang disukainya berada di hadapannya.
"eh..Qistina..meh lah masuk" pelawa Ariel dengan senyuman manis sampai ke telinga serta mula tersengih dia seorang.Al-maklumlah,dia sangat gembira apabila Qis selalu ada dengannya tetapi yang selalu dia jumpa ialah Mimyana.Tiba-tiba mukanya yang gembira berubah menjadi kelat selepas nama Mimyana muncul dalam kepalanya.
Ariel menghulur sebiji dadu kepada Qis untuk dilontar kerana telah tiba giliran Qis untuk menjalankan penandanya dalam game ular.Penanda Ariel berwarna biru manakala penanda berwarna merah ialah penanda Qis yang dipilih oleh Ariel sendiri.Merah dan biru kan dikatakan sweet gitu.
"Kenapa tak naik2 tangga ni..."rungut Qis sambil memuncungkan mulutnya.Comel lah dia marah,bisik hati ariel kemudian,Ariel mengusap-usap kepala Qis.Rambut Qis yang lurus dan lembut diusap oleh Ariel.
Dush!!
"Aww!!"jerit Qis smbil memegang kepalanya selepas terpukul dengan mainan yang dilempar.Menangis meraung-raung Qis sambil menggosok matanya yang penuh dengan tangisan berulang-kali.
"Woi,kau buat apa hah dengan Qis ,baik kau minta maaf dengan dia
Sekarang!!"Ariel bersuara dengan nada yang tinggi kepada tidak syak lagi suspek yang melempar ultraman sehingga terkena kepala Qis..Bukan apa disebabkan dia meluat mendengar rengetan Qis yang asyik2 kalah,mimyana sengaja acah terbaling ultraman ke arah Qis.
"Tak mau lah aku" Kata Yana sambil berlalu pergi.Dua mata manusia di situ jelas tidak puas hati dengan kelakuan Mimyana.
"Kau keluarlah Mimyana,kacau hidup orang ja" balas Ariel kepada mimyana,jelas kedengaran di cuping telinga Mimyana walaupun jaraknya semakin jauh dengan Ariel.Mimyana tetap meneruskanlangkahnya tanpa berpaling.
"Kenapa cakap macam tu dekat Mimyana,taukan dia tingal sorg2 ja sekarang ni" bebel ibu Ariel sempat juga dia menolak tubuh Ariel supaya Ariel mencari Mimyana.Ariel terpaksa akur dengan kata2 ibunya kerana jauh disudut hatinya dia rasa bertanggungjawab.
Daripada jauh dapat dilihat Mimyana yang sedang termenung smbil duduk di buaian.Ariel terus mendekati serta-merta menggenggam tangan Mimyana.
"Jom balik Mimyana mama aku risau" kata Ariel lalu menarik tangan mimyana.Tersentak dengan perbuatan Ariel,mimyana cuba meloloskan tangannya daripada genggaman laki itu tetapi gagal.
"Biarlah,mak kau yang risau bukan kau!lepas ah sebelum aku berubah, baik kau lepas aku" Kata mimyana.Ariel memandang tepat mata Mimyana lalu berkata "aku taulah sekarang kau tak berubah ,kau jangan pergi jauh-jauh nanti hilang,susah nak cari kau pula".Mimyana terdiam dan hanya mengikut Ariel.
9 tahun kemudian...
Selama 17 tahun di alam persekolahan,hari itu merupakan hari yang menentukan haluan hidup a.k.a masa hadapan pelajar ting 5.Di dalam dewan,kelihatan ramai pelajar yang bermacam-macam reaksi selepas mengambil keputusan SPM.
YOU ARE READING
Mimyana
Romance"Haha,macam tu ke kau nak mengurat perempuan?"Kata Mimyana sambil bangun dari kerusi hendak menuju ke kelas.Kakinya terhenti secara tiba-tiba apabila terasa lengannya dipegang. "Apa maksud kau?Kau kata aku tak reti mengurat?" Tubuh Mimyana kelihatan...
