𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇 𝑫𝒖𝒂𝒑𝒖𝒍𝒖𝒉𝑺𝒆𝒎𝒃𝒊𝒍𝒂𝒏

27.8K 2K 195
                                    

𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐄𝐀𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇

dia bukan setan,bukan malaikat
Tapi dia hanya seorang lelaki

____

CHARLES HYDE

AKU bertemu dengan mama Nazrin,kerana dia yang menelefon dan meminta untuk aku bersemuka. Dengar kata,dia ingin tahu sesuatu.

Rumah Nazrin yang pernah jadi tempat pada mulanya aku menjumpai Iris itu ku jejakkan kembali. Disini tempat sementara mamanya,manakala rumah mereka masih dibawah kawalan akibat perkara semalam. Mungkin dia tahu aku yang datang,kelihatan kelibat mamanya didepan. Matanya yang sembam itu menunjukkan lukanya masih belum membaik,sedihnya belum surut. Memang pun,dia hilang dua orang sekali.

" terima kasih Hyde sudi datang and jumpa dengan mak cik. "

Aku sekadar mengukirkan senyuman sambil duduk serentak bersamanya.

" sama-sama. Lagipun mak cik yang call saya,buat apa tak nak,kan?"

" ya..mak cik nak jumpa Hyde ni,nak tanya..macam mana Hyde boleh tahu bakal ada perkara tu jadi. "

Wajahnya yang memandang itu sangat -sangat menyentuh. Aku tahu,pasti berat untuknya.

" sebenarnya mak cik,saya kenal seseorang yang mengenali Nazrin dan Aryan. Saya cuma nak tolong bersihkan nama,tanpa orang yang saya kenal tu tahu. Saya pergi upah orang,untuk cari dimana Aryan. Saya tahu dia yang berkomplot dengan anak mak cik sebab diorang bawa perempuan tu ke hotel milik saya. Perempuan tu pun sekarang memang ada dengan saya. "

" tapi hal lain yang terjadi,bila saya dapat tahu,Aryan sebenarnya suruh Natasha berlakon untuk memutar permainan anak mak cik,maksudnya dua-dua ada agenda sendiri untuk mendapatkan harta tu,dan saya tahu dari informer,Aryan memang plan nak rompak semalam. "

Mama Nazrin sekadar menggeleng kepalanya. Dadanya diusap lembut. " memang mak cik tak sangka...semuanya berlaku macam ni. Mak cik dah kehilangan dua duanya sekali. " tangisnya jelas menyerang. Diam saja ku disebelahnya.

" kalau saya nak ikut hati saya,saya takkan datang malam tu bersama polis. Tapi,bagi saya cukuplah mereka terlepas sekali. Sebab tu saya halang mereka. "

Nampak linangan air mata mama Nazrin bercucuran. Disekanya laju sambil tersenyum. " mak cik tak tahu macam mana nak cakap..nak balas jasa baik kamu. Yang penting,mak cik akan selalu doa,semoga Allah merahmati kamu. "

Sepatutnya aku gembira,tapi aku ternyata mendengarnya merasakan sebak yang amat dalam. Entah,aku tak tahu kenapa,aku tak tahu bagaimana boleh. Nak saja ku katakan yang aku bukan islam,tapi niat yang ku pasang ku batalkan. Biarlah ianya tak disuarakan.

" ya. Terima kasih mak cik. "

" tanpa seseorang,saya mungkin takkan buat semua tu mak cik. Maksud saya,hanya untuk menolong membersihkan nama dia,mungkin Natasha dan Aryan sudah terlepas dan kepergian Nazrin serta suami puan pasti tak ada keadilan. "

Terdiam mama Nazrin seketika. Tahu dia sedang memikirkan kata-kataku. "Siapa tu?"

Aku tersenyum padanya.

" Iris Nahaira. "

" ya allah.." ditekup mulutnya saat esakan terluah mendengar nama Iris. Tahu dia sudah rasa bersalah.
Aku dipandang. "Tolong bawa mak cik jumpa dia. Mak cik bersalah pada dia. Mak cik selama ni bangga pada Natasha hanya untuk buat Iris cemburu..tapi,ternyata mak cik salah. Mak cik nak jumpa dengan dia.."

𝐓𝐡𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 | 𝐒𝐚𝐭𝐮Where stories live. Discover now