𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇 𝑫𝒖𝒂

39K 1.9K 384
                                    

𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐄𝐀𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇

Dia bukan setan,bukan malaikat,
Malahan dia hanya seorang lelaki.

_____

IRIS NAHAIRA

Ku lirik dia lagi di sebelahku, tak berkata sepatah apa pun. Perasaan terhakis yang ku rasakan menelan nafsu untuk berbicara dengannya.

" nak makan mana,sayang? Hotel? Restaurant? "

Baru dia bersuara.

" tak nak. Saya tak lapar. "

Mendengar jawapanku, boleh ku lihat dia menoleh. Berkerut dahi Tengku Nazrin mendengar jawapan itu, apa lagi bila suaraku mendatar.

" kenapa ni, sayang?"

Ku tahan air mata yang bergenang. Kenapa Nazrin sekadar berlagak selamba? Sedangkan semua ini mendera aku! Wajah ku palingkan.

" apa yang awak tak nampak? Apa yang masih tak jelas pada awak,naz? Awak tak nampak ke awak dah tipu saya, tipu seluruh dunia yang saya mengandung?!"

Tawanya kedengaran,menunjukkan betapa dia tak terkesan. Aku tak faham..

"La kan betul awak mengandung sayang..."

" tapi ni bukan anak awak!! Stop it, Nazrin! "

" awak yang stop it!!! " suaranya menjerit itu langsung menenggelamkan diriku. Tak pernah dia begini..Nazrin sendiri turut menggeleng kepala.

" sayang...just anggap ni anak saya. Okay? Perkara ni simple je, awak yang terlebih fikir. Aryan dah cukup baik hamilkan awak, so rumah tangga kita selamat, tak ada yang cakap bukan-bukan. "

Gelengan lembutku menjawab. Aku tak kenal lelaki depan ni.

" saya tak nak pergi rumah Aryan lagi. " tegasku.

Dia menoleh. " awak tu hamil, kena ada yang jaga! "

" tapi kenapa Aryan?! Awak boleh carikan maid ke apa ke, Nazrin! "

" maid tak guna! Hanya Aryan sesuai untuk jaga awak, manalah tau dia boleh bagi anak kedua lagi ,nanti?"

Akhirnya tumpah juga air mataku mendengar ayatnya itu. Pertekakan itu langsung tak berpihak padaku. Suami sendiri pun tak berpihak. Lambat ku palingkan badan ke depan, yang kemudian pandangan ku lemparkan ke luar.

Tiba-tiba, phonenya berbunyi.

" helo? "

Aku sekadar jadi pendengar saja. Dia mengusap kepalaku pun aku tak peduli.

" ya ma, dia okay.."

" okay esok Naz datang rumah eh? Insya allah,ye...Naz akan jaga Iris. "

Kelopak mata ku pejam serentak taliannya dimatikan. Perjalanan masih berterusan.

Kenapa kau buat aku macam ni kalau kau sayang aku, Nazrin?



※ ※ ※


Keesokkannya...

TENGKU NAZRIN

RUMAH PARENTS TENGKU

𝐒𝐄𝐏𝐄𝐑𝐓𝐈 yang ku katakan, memang aku membawa Iris datang. Mama yang minta dia berjumpa Iris. Nampaknya berjalan lancarlah kan tentang berita hamil tu? Tersengih sendiri saja ku mengenang pertuduhan semua itu gugur.

" mama...Assalamualaikum!" Mama di depan ini ku peluk. Iris sekali dipeluk selepas aku.

" akhirnya, mama boleh merasa cucu..anak dari Naz sendiri. "

Ku perhatikan Iris sudah membuat muka, ku siku lembut lengannya untuk menyuruhnya tak nampak mencurigakan.

" alhamdulillah ma. Kan sayang? Mama happy bila ada cucu, itu yang penting..semua orang happy. " kataku pada isteri molekku itu. Dia hanya diam, aduhh tak pandai berlakon ke apa. Ku cuba saja menahan hati yang panas.

" Iris nak makan tak? Mama dah ada masak tu..jom? Naz..jom. papa pun dah kat meja. "



PAPA tersenyum memandang aku. Tak pernah macam ni. Ini senyumannya yang paling panjang dan tenang. Jarinya di-tap perlahan di tangan kerusi.

" kenapa ni pa?"

"Papa happy bila dengar dua berita baik, Naz dapat proclamation kat business affair dan Naz boleh bagi pewaris. Itu yang papa tunggu selama ni. "

Tersenyum saja ku mendengar. Jarang sekali dapat pujian dari dia.

Iris dengan mama masih berada di dalam dapur. Berbicara hal perempuan, itu yang malas nak campur. Lagi-lagi pasal kehamilan, bukan masalah aku nak fikir sama. Bukan anak aku pun, kan?

" papa memang happy lah bila Naz ada anak?"

Papa menyilangkan kaki. " mestilah happy. Itu yang papa tunggu selama ni. Naz kahwin dengan arwah Rose dulu pun tak ada zuriat, sekarang baru ada. Pewaris yang papa nak sekarang, kalau boleh papa nak Naz punya anak ramai. " kemudian ayatnya terputus. Dililau istana kediamannya ini.

" -harta papa tu..banyak. Takkan habis tujuh keturunan. Kalau papa serahkan pada Naz, takkan berkurang. Sebab tu, papa nak Naz ada anak. Harta-harta papa, akan papa bahagikan pada anak Naz. Kalau Naz ada anak lagi, papa berikan lagi harta pada dia. Sebab tu papa janji, anak Naz lahir..papa akan serahkan beberapa pada dia. Kalau dia besar, baru dia berhak ke atas harta tu. Itu janji papa. "

Bulat mataku mendengar.

" ehh tak apa lah pa...nanti- "

" no..tak ada bantahan. Papa yang memang berniat macam ni. Sebagai cucu pertama papa, Naz. "

Aku hanya mengiyakan.

Aduh, anak ni mesti aku jaga betul-betul..dialah umpama tiket aku menang loteri nanti. Aryan! Dia pun aku patut jaga. Untuk menanamkan benih pada Iris. Banyak anak...banyak harta.

Tersenyum sinis dan sudah nampak jelas dikanta mataku bagaimana aku nanti mandi duit, kaya raya..aduhai. Tak tercapai dek akal nak bergelomang dengan duit.

Semua itu takkan ada kalau tak ada anak ni. Dia adalah segalanya.




IRIS NAHAIRA

SEKALI lagi aku disuruh turun ke tempat ini. Aryan menjemput ku di situ lalu kereta Nazrin segera meninggalkan kami.

" menyusahkan aku lah korang berdua ni. Betul-betul menyusahkan aku! " kepalaku ditunjal dan kemudian aku hanya dibiarkan sendiri.

Perlahan saja ku menuju ke dalam dan bila sampai disana, belum sempat ku menapak ternyata tubuhku ditarik dari luar.

Terpaling ku kepada seseorang,perempuan.

" siapa kau ni betina?! Siapa?!" Menjerit-jerit dia kepadaku, sampaikan Aryan sendiri muncul kelibat. Nampak dia tak menjangka juga perkara ini.

" apa ni? Haifa! "

Tudung yang bersarung dikepalaku mula ditarik oleh perempuan bernama Haifa itu. Ku tahan tangannya dari melepaskan  tudungku.

" lepaskan saya! "

" siapa perempuan ni?! Aryan! Sampai hati you buat macam ni! Siapa dia ni?!!"

Aryan melepaskan tangannya dari aku, tapi bukan aku yang ditarik masuk ke dalam. Malahan perempuan itu ditarik, lalu aku ditendang halus oleh Aryan. Ditolaknya kepalaku ke belakang, menyebabkan aku menjauh dari muka pintu.

" I'll explain! "

Lalu dipandang aku, "dan kau perempuan, duduk kat luar ni dulu!! "

Serentak itu pintu dihempaskan depan mukaku. Tanpa belas kasihan. Rebah punggungku di depan muka pintu. Aku tak tau aku harus ke mana.

𝐓𝐡𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 | 𝐒𝐚𝐭𝐮Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang