𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇 𝑺𝒂𝒕𝒖

51.4K 2.2K 177
                                    

𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐄𝐀𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇

Dia bukan setan,bukan malaikat,
Malahan dia hanya seorang lelaki.

____

" aku terima nikahnya Iris Nahaira binti Muhammad Radhi dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit tunai."

Ku pandang lelaki yang sudah ku berikan seluruh cintaku padanya. Meskipun dia bertitle duda,tapi semua itu tak menghalang. Aku terima dia kerana kebaikannya. Kerana keikhlasan yang dia buktikan. Semua orang disana sangat mensyukuri majlis itu berjalan lancar.

Jari bersimpul,dahi bersandar dahi dan wajah seinci dekat. Bibir keduanya melebarkan senyuman. Raja sehari katakan.

" I sayang you, Iris. "

Oh bahagianya!

" I sayang you lagi-lagi,Naz..thank you sebab sudi pilih I jadi isteri you. "

Dia menarik kepalanya. Wajahnya tak sesenyum tadi, ada yang aku tersilap kata ke?

"Kenapa ni? I ada salah cakap ke? I minta maaf,Naz..sayang i— "

Kata-kataku terputus,sebaik jarinya menekan dibibirku. " tak. Tak ada yang salah. Cuma,ada sesuatu yang tak betul. "

Hairan," er..apa dia?"

Diselaknya rambutku,menampakkan telingaku sedikit. Dijarakkan wajahnya kesitu.

Satu kalimah berbisik.

" bukan you yang sepatutnya berterima kasih, tapi I. Thank you sebab terima I seadanya I. "

Terasa pipiku panas. Mula merah padam wajahku saat dia mendaratkan bibir dipipi.

" Nah! "

Tersentak ku kerananya. Aryan yang diberikan amanah untuk menjaga ku ini langsung tak berlembut. Ku jarakkan sedikit jurang antara kami. Tuala yang dibaling padaku, tapi terjatuh ke lantai itu ku kutip. Anganku tadi serta-merta terhenti.

𝐓𝐡𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 | 𝐒𝐚𝐭𝐮Where stories live. Discover now