𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇 𝑫𝒖𝒂𝒑𝒖𝒍𝒖𝒉𝑫𝒖𝒂

25.1K 2K 147
                                    

𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐄𝐀𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇

dia bukan setan,bukan malaikat
Tapi dia hanya seorang lelaki

____


" ..fi hifzillah?"

Ku biarkan saja messagenya itu tanpa balasan. Laju saja ku buat kerja yang masih belum selesai.

Tiba-tiba teringatku tentang kata-kata Iris sebentar tadi.

" sekurangnya,awak boleh berdoa kerana awak masih ada auntie..kakak awak. Kan?"

" tapi itu bukan saya. Pegangan awak dan saya tak sama.  "

" yes,I know. Tapi,tak bermakna pegangan awak tak menitik beratkan untuk berdoa,kan?"

Memang aku dulu,Charles Hyde yang sangat warak dalam agama Kristian. Setiap sabtu atau ahad,pasti pergi mensucikan diri di mana-mana gereja bersama mummy. DIA adalah segala-galanya bagi Charles Hyde yang dulu.

Mereka menjanjikan bahawa Tuhan itu mendengar setiap doa,dan tak dicurigai lagi pasti akan dikabulkan. Kerana itu,aku sentiasa berdoa.


6 TAHUN LEPAS..

   Aku menyatukan kedua tapak tangan dan diletakkan didepan mulutku. Sambil ku tunduk menghadap Tuhan didepan. Gereja pada saat itu kosong,jadi kepercayaan ku pasti Tuhan mendengar hanya satu doa disini. Doa yang ku buat.

" wahai Tuhan,jangan tarik nyawa dia. Bagi dia hidup separuh dari hidup kau. Aku sayang dia. "

Itu saja yang ku ucapkan setiap hari selama hampir tiga bulan. Ku buka kelopak mata dan tepat memandang Dia.

Aku percaya Dia. Sebab itu ku lukiskan tatu salib dipergelangan tangan tanda kepercayaan padanya. Kerana tangan ini tempat ku berdoa.


Nafasku bagaikan terhenti.

Kenapa dia pergi selepas bertarung selama tiga bulan? Kenapa selepas aku berdoa selama ni,Tuhan tak memberikannya hidup semula?!

𝐓𝐡𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 | 𝐒𝐚𝐭𝐮Where stories live. Discover now