𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇 𝑫𝒖𝒂𝒑𝒖𝒍𝒖𝒉𝑳𝒊𝒎𝒂

23.8K 1.9K 156
                                    

𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐄𝐀𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇

dia bukan setan,bukan malaikat
Tapi dia hanya seorang lelaki

____



Mundar-mandir ku diruang tamu. Mak Timah pun sudah tahu tentang Abigail. Sekarang mak Timah ada di atas,sementara kami menunggu Hyde datang. Dia tak nak mendengar penjelasan didalam talian bila ku beritahu tentang Abigail. Dia mahu bertemu aku langsung.

Jari ku main-main,dengan linangan air mataku berderaian lagi. Apa yang jadi pada Abigail? Siapa yang bawa dia pergi? Kesal. Ya..itu satu perasaan yang menebal dalam jiwa sekarang. Aku kesal bila terpaksa mengikut kehendak Nazrin sehingga Abigail hilang.

Berderaian lagi air mataku bila bermacam perkara bermain di fikiran.

" ya Allah..aku tak tau apa nak buat. Tolonglah lindungi Abigail ya Allah. " doaku untuk menenangkan hati yang kacau bilau. Namun tenang masih belum ku rasa,apa lagi saat bunyi garang kereta milik Hyde sudah kedengaran memasuki garaj.

Seketika selepas itu,pemiliknya tiba dimuka pintu. Wajahnya yang kerisauan itu jadi penyapa.

" what do you mean you don't know?" Seperti di gam,mulut ku tak bergerak. Suaraku tak terluah. Dada yang menusuk ke dalam semakin ku tahan. Air mata pun semakin membasahi pipi.

" Iris?! Mana Abigail? Why did you tell me she's not with you?" Meninggi sudah suara Hyde padaku yang membisu. Usaha untuk bersuara masih ku cuba. Namun esakan yang terluah. Ketakutanku bercampur. Tentang keadaan Abigail,pada Hyde..

Aku cuai.

Air mata ku biar berlinang. " s—saya tak tau.." pendek jawabku.

" macam mana pula awak tak tau,Iris? Awak pergi taman dengan dia kan? " soalnya lagi,mendesak untuk aku memberi jawapan. Nak cakap apa pun aku tak tahu. Memang aku tak tau Abigail dimana.

" saya tak tau awak...saya memang tak tau dia kat mana. I'm sorry! " tuturku kesal dalam tangis. Nampak Hyde meramas rambutnya kasar tapi satu yang ku sedar tentang dia. Dia tak cepat cemas. Masih kelihatan tenang walaupun tegang wajahnya. Baru nak bercakap lagi,deringan phone miliknya mencelah. Laju saja dijawab.

" helo mummy?"

Lagilah dadaku berdegup laju,pasti auntie nak berjumpa dengan cucunya.

" ha'ah,Hyde ada kat luar sekarang. Mummy call ofis? Ya..memang Hyde keluar. —ohh..okaylah. I'll be there. "

Anak matanya ku perhatikan,saat panahan dingin Hyde turut diberi. Lalu talian dimatikan. Nampak dadanya seperti menghembuskan nafas berat,dan berlalu.

" awak,Abigail macam mana?" Soalku padanya. Takkan nak biar?

" hurry up!"

Abigail dirumah auntie ke?


※ ※ ※


" ya auntie..betul. Scarlet nampak dia tinggalkan Abigail sendiri,and dia pergi dengan seorang lelaki. "

Bersemangat Scarlet membuka cerita tentang hal tadi. Niat nak menyakitkan hati Iris ternyata membuahkan hasil,malahan ianya jadi satu peluang. Abigail di dalam stroller itu hanya sekadar memain mainan khasnya. Janet sekadar tersenyum. Kembali focus pada cerita Scarlet.

" betul ke kamu ni Scarlet?"

Nampak lagi mahu meyakinkan! Scarlet siap kedepan. " betul auntie. Scarlet nampak dengan mata kepala sendiri ni ha. "

𝐓𝐡𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 | 𝐒𝐚𝐭𝐮Where stories live. Discover now