𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇 𝑫𝒖𝒂𝒑𝒖𝒍𝒖𝒉𝑬𝒎𝒑𝒂𝒕

24.2K 1.8K 241
                                    

𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐄𝐀𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇

dia bukan setan,bukan malaikat
Tapi dia hanya seorang lelaki

____



CHARLES HYDE

" tangan dia melecur tadi. " kata mama dan pandanganku jatuh pada pergelangan tangan Iris. Ada kesan merah sedikit tapi tak ada luka teruk. Abigail disofa,terlelap selepas puas bermain dengan aku.

"I tak sengaja tadi tau Hyde. Sorry.." aku diam saja,malas nak bersuara. Lagi Scarlet menyambung.

" marah lah tu. Sorry lah Hyde.."

" apa yang marah? Saya tak cakap apa-apa pun. " yang betul. Diam bukan beerti marah,kan? Lagipun,bukan aku mangsa lecur tu. Jadi buat apa minta maaf pada aku? Langsung tak faham Scarlet ni. Aku tau dia hanya sekadar berusaha,tapi untuk apa pun tak pasti.

" ni,Scarlet. Before makan,auntie nak bagitau sedikit. " mummy sudah mula bersuara. Nampak Scarlet tersenyum lebar.

" apa dia auntie? Alah,berdebar pula. "

" sebenarnya,makan malam ni sempena kita mengalu-alukan kehadiran Iris dalam keluarga ni. Tu yang Auntie gigih buat dinner ni. Iris sayang,thank you sebab sudi jadi mama kedua buat Abigail. Abigail dijaga sempurna sangat. "

Ku toleh pada Iris yang tersenyum malu. " ya..terima kasih juga auntie sudi terima Iris. "

" ohh jomlah makan. Tak apa Iris,semua makanan ni boleh dimakan oleh kamu. Kami pun macam orang melayu tau,makan sambal belacan pun juga. " ujar mummy dengan tawa.

Semuanya senyum,kecuali aku perasan satu benda. Senyuman Scarlet— mati.




DI KERETA aku dan Iris sekadar menyembunyikan suara. Sesekali ku lihat pergelangan tangannya namun masih ku diamkan saja.

" Scarlet memang macam tu ke?"soal Iris mengejut. Masih ku pandang depan,tapi soalannya ku jawab.

" kenapa pula?"

Iris menoleh. " awak tau kan dia sindir saya macam mana tadi? "

" sindir?"

" ya. Sindir,saya boleh rasa dia sindir saya tadi. Pasal jaga Abigail,pasal tinggal dengan awak. Dia cakap tentang saya. "

Boleh ku dengar,suaranya sedikit terkesan akibat itu. Rapuh sangat jiwa Iris ni. Itu pun nak menangis?

"Well,kalau awak rasa dia sindir,anggap je la macam tu. Dia tu bukan suka sangat nak buat masalah,tapi awak cubalah dengar,anggap ayat tu sebagai ayat biasa,bukan sindiran. "

Kemudian Iris sekadar menyembunyikan suaranya. Bukanlah bermaksud nak menyebelahi Scarlet atau Iris,langsung tak berdiri pada keduanya. Tapi apa yang ku cakap,hanya untuk mengajar Iris,cuba bersikap santai. Jangan terlalu terkesan dengan kata-kata orang. Benda tak betul,jadi kenapa perlu ambik hati?

Aku menegur dia,kerana aku nak. Aku tak menegur Scarlet,sebab itu aku diam. Buat apa menegur yang kita malas nak tegur? Jadi hal kat sini,walaupun aku menegur Iris..sekurangnya perhatianku masih ada disitu.

Itu cara aku sebenarnya.




IRIS NAHAIRA

KU ketap bibir.

𝐓𝐡𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 | 𝐒𝐚𝐭𝐮Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon