62

1.4K 90 6
                                    

Iphone Alif dipegang olehku dengan erat.
Tidak semenanya aku berjaya melarikan iphone Alif yang penting digunakan untuk menjalankan rancangan jahatnya padaku.
Apa sebenarnya salahku pada Sarah dan Alif? Ya, memang selama ini aku bersalah pada mereka.Tetapi aku sudah meminta maaf.

Mengapa mereka sangat ego terhadapku? Tidakkah mereka tahu bahawa aku amat merindui Huzairi dan Hakim.Adakah mereka tahu bahawa aku memang mencintai lelaki yang sama rupanya? Aku kembali merenung gambar Huzairi di layar skrin iphone ini.
Aku hampir terisak.

"Sayang, saya rindukan awak.Saya nak baring atas dada awak.Saya nak cium dan belai rambut awak yang wangi tu.Hmmm...senang cerita macam ni Huzairi."
aku memejamkan mata dan menarik nafas sedalam yang mungkin.

"Saya rindukan awak.My handsome husband." Aku tersenyum manis.Aku teringin sebenarnya mahu mendengar suara Huzairi yang memanggilku...

"My lovely cute wife..."

Mataku terkedip beberapa kali.Aku mendongak mahu melihat siapa yang menyuarakan perkataan yang ingin sangat aku dengari.Namun apabila pandangan bertemu, aku tercengang.

"Cik...cikgu dan Cik Zafirah?" Berombak turun dadaku melihat mereka.Seolah-olah apa yang terjadi sekarang ini, adalah mimpi bagiku.
Aku telah melihat wajah Hakim.Hakim yang semestinya suka pada Humairah satu lagi iaitu Sarah

Aku menyedihkan wajah.Menunduk dan mula berdiri.Angin bertiupan meniup rambutku yang panjang beralun.Aku merapatkan sweater coklatku.Suasana di kafe pastri ini masih lagi riuh-rendah.

"Maafkan saya.Saya minta diri." Aku ingin pergi.Tiba-tiba sahaja Hakim menarik lenganku dan dia berjaya membuatku menatapnya was-was.

"Encik, gomen ne.Encik dah salah orang.
Saya bukan orang yang encik kenal." Aku meneguk ludah apabila dia mula memerhatikan wajahku.Wajahku menjadi tempatnya mengusap.Usapan yang boleh menjadikan aku tidak selesa.

"Humairah, jangan berpura-pura tak kenal kami.Kami dah tahu semuanya.Tentang rancangan jahat Sarah pada awak.Dan kami, nak awak kembali semula.Tolonglah fikirkan baik-baik.Kesian Hakim asyik teringatkan tentang awak siang malam." Zafirah maju ke hadapan.Ini membuatkan aku teruja apabila melihatnya memakai tudung seperti tudung Neelofa.Sangat cantik.Sedangkan aku?

"Hakim? Dia ni Hakim? Maksudnya..." aku ingin menangis.

Aku menunduk dengan kening yang sedih.
"Saya...saya...tak tahu.Saya tak tahu cik Zafirah, cik...cikgu." Tergagap aku menjawab.
Aku membiarkan sahaja tangan Hakim membelai kepala dan wajahku.Adakah Zafirah tidak cemburu dengan perlakuan Hakim terhadapku?

"Humairah sayang...saya dah ingat semuanya.Tentang memori kita dan tentang persaan kita.Saya sentiasa fikirkan keadaan awak.Dan...anak Huzairi dalam perut awak."
Aku menautkan kening.Dengan tenaga yang ada, aku menjatuhkan tangan Hakim yang memegang wajahku.

"Cik Zafirah, Cikgu Asyraf...maksud saya...abang Hakim, maafkan saya.Saya rasa saya tak layak untuk kembali dalam hidup cik Zafirah dan abang Hakim.Abang, Mairah ni bukan apa yang abang fikirkan.
Mairah ni perempuan murahan.Sama macam abang Airi cakapkan." Hakim tidak bersuara.
Dia lebih memilih untuk merenung sahaja wajah Humairah yang dia rindui.

Zafirah bingung.Dia menarik tubuhku dan dia suruh aku duduk di atas kerusi.Aku hanya menurut sahaja.Dan tiba-tiba Zafirah memeluk diriku.Sangat erat.

"Inilah Humairah yang saya kenal.Seorang yang periang, ceria dan peramah.Suka berbuat baik.Semua orang sukakan awak Mairah.Awak comel dan itulah kelebihan yang Allah SWT beri pada awak.Sampaikan Hakim dan Huzairi jatuh cinta pada awak sejak awak lahir dari perut ibu awak.
Dan berita gembiranya...ibu bapa awak ada di sini! Dia datang untuk menjenguk awak dengan Huzairi." Jelas Zafirah panjang lebar.
Aku terkedu.

Suamiku Adalah Playboy ✔Where stories live. Discover now