6

6.5K 177 3
                                    

"Sarah.I nak You siapkan kerja ni sekarang.
Petang ni You tak payah hantar, sebab I ada kerja lain.You hantar je esok pagi dan letak kat atas meja I." Perintah Huzairi dengan kedinginannya yang melanda.Sarah yang mengambil fail-fail kerja di atas meja, risau melihat Huzairi yang berlainan moodnya.

"You.Kenapa dengan You ni? You nampak macam tak sihat je. Nak pergi klinik tak? Jom, I hantarkan." tawar Sarah dengan belas kasihannya.

"No.Don't worry about me.I'm okay.And now you can do your work." Huzairi pantas menolak kebaikan dari Sarah.Sarah pula di dalam hati mendengus.Dia mengambil fail dengan kerutan dahi yang berlipat.Kasut tumit tingginya mula berbunyi apabila dia berlalu pergi dari office milik teman lelaki permainannya.

Sarah bukan sekadar menghentakkan kaki, dia juga sempat menghempas pintu office itu.
Dia berhenti di berjalan.

'Okey konon! Okey ke...kau nak girlfriend lain tolong hantarkan kau ke klinik! Hish...dasar playboy yang manja.Tapi handsome~' Sarah tersenyum lalu menolehkan wajahnya melihat Huzairi yang sedang membaca surat khabar.
Tampan sekali wajahnya apabila sedang membaca dengan teliti.

Manakala, Datuk Syafie yang baru menyapa pekerja bawahannya, terserempak pula dengan sarah.Satu kebetulan yang Datuk Syafie tidak inginkan.

"Sarah? Awak tak pergi buat kerja lagi ke? Asyik nak tengok anak saya je.Ini makan gaji buta ke apa?" Tanya Datuk Syafie menyindir.
Sarah yang terperanjat, lekas-lekas beredar dengan senyuman paksa menghiasi wajahnya.

'Bapak anak sama je!' Rutuk Sarah dalam hati.
.
.
Mata Huzairi terpejam rapat.Tiba-tiba kepalanya terasa pusing secara rawak.Kotak fikirannya pula berputar-putar seperti gasing.
Kenapalah dia harus menjadi sakit pula hari ni? Sedangkan pagi tadi, dia hanya baik-baik sahaja.Mungkin Huzairi terlalu stress akibat tabiatnya yang suka meminum minuman keras.

Setiap hari sabtu dan ahad, dia kan ke kelab malam.Pergi pula, pukul sebelas dan balik pula, pukul lima atau enam pagi.Perangainya memang begini.Jahat dan tidak berperikemanusiaan.Selalu sahaja bertukar-tukar pasangan.Berfoya-foya dan meniduri mereka.

Wajahnya yang sempurna dicipta oleh Allah itu, amat senang terpikat jika sesiapa sahaja yang melihat.Tetapi jika Humairah, tolonglah.Dia tidak akan cuba naksir dan terpikat dengan lelaki itu.Kerana dia tidak berminat dengan namanya cinta.

Adakalanya Huzairi berasa hairan.Umurnya sudah menginjak ke 27 tahun.Dia sudah semakin dewasa dan sudah boleh mendirikan rumahtangga.Tetapi apa yang Huzairi ingin tahu, mengapa ibu dan ayahnya tidak mencarikannya calon isteri? Atau mengapa mereka tidak menannya ia tentang soal pernikahan?

"Hmm...nak tunggu kamu kahwin, sampai tualah mummy jadinya sebab tengok kamu dengan perempuan-perempuan sekeliling pinggang kamu tu." Teringat Huzairi akan kata-kata yang pernah dilontarkan oleh Datin Razifah.

"Airi kalau nak cari calon, cari yang rajin solat, rajin mengaji dan dia mestilah pandai mengurus rumahtangga." Kata-kata Datuk Syafie pula terngiang-ngiang di gegendang telinga.

Boleh ke aku kahwin? Tanya hati Huzairi dengan pelbagai isi-isi tersirat disebalik riak wajah.Dan boleh ke orang macam aku ni nak bertaubat? Sekali-lagi hati Huzairi bertanya.
Mengingat kembali kisah silamnya yang lampau.

Humairah.Tiba-tiba wajah comel itu terbayang di dalam fikirannya.Apabila mengingat kejadian pagi tadi, hati Huzairi kembali panas dan terasa sakit hati.Dia amat membenci gadis itu.Gadis yang selalu melawan kata-katanya.Gadis yang selalu bersikap baik padanya.Akan tetapi, bencikah gadis itu dengan dirinya?

Huzairi akui, semestinya gadis itu akan membenci lelaki yang menurutnya, kaki perempuan, kaki minum dan kaki kelab malam.Dan orang itu ialah Huzairi.Dialah orangnya.

Suamiku Adalah Playboy ✔Where stories live. Discover now