46

1.7K 70 9
                                    

Kana Nishino - If (ost Naruto Shippuden)

.........

Assalamualaikum semua, semoga khabar anda semua baik-baik.Silakan baca, douzo kudasai~ 🙏🙏

........

"Aduh!" Khazanah mengerang kesakitan apabila terhiris pisau pada jarinya.Jari manis kanannya ditenung lama.Bawang putih dan terung dijauhkan daripada tangan.Lagi sakit apabila bersentuhan dengan bahan masak.

"Ya, Allah..." keluh Khazanah sendiri dan segera membasuh jarinya di singki.Sedikit
khawatir dengan apa yang baru sahaja menimpanya tadi.Tidak pernah dia mengalami hal yang begini.Dia selalu cekap dalam memotong sayur, buah atau apa sahaja yang ingin dipotongnya.

'Humairah...'

Nama itu bergema di kotak fikirannya.Wajah tembam dan comel itu terbayang-bayang oleh Khazanah terhadap anak perempuannya yang seorang itu.Nalurinya juga merasakan sesuatu perkara yang tidak baik bakal berlaku pada Humairah.Dadanya diurut dengan istighfar kepada Allah SWT yang maha berkuasa.

"Ibu pasti Humairah okay di sana.Jaga diri sayang.Aishiteru ne..." gumam Khazanah sendiri sambil melihat darahnya mengalir di dalam lubang singki.Lantas, kepala Khazanah tertoleh memandang telefonnya di atas meja makan.

Kening bertaut geram.

.........

BRAKKK!!!!

Saridah dan Balqis ikutan terperanjat apabila bunyi sesuatu yang terjatuh kedengaran jelas di sudut ruangan di mana Ikhwan hanya mengeluh sesaat.

"Biar Balqis pergi tengok kak." Kata Balqis.
Dengan pantas, dia menghampiri ruang tamu lalu Balqis membulatkan mata.Saridah yang baru sampai juga hanya tergamam.

Buku rujukan SPM kegemaran Ikhwan yang dihadiahi oleh Humairah telah terjatuh berselerak sana-sini.Tidak tahu bagaimana ia terjadi.Ikhwan berpeluh merenung buku-buku itu.Dia sayang pada buku-buku yang berharga dan terdapat banyak kenangannya bersama Humairah dengan buku ini.

Balqis menggelabah.
"Biar saya tolong Ikhwan! Saya..." ujar Balqis dengan rasa simpatinya.Itu membuatkan Ikhwan bertambah terkejut apabila melihat Balqis mula melangkah kaki mendekatinya.

"Tak, jangan datang sini! Bahaya!!!"

PTAKK...

SPLASHH....

Balqis sepenuhnya menutup mulut.Tidak tahu pula bahawa ada gelas yang berisikan air susu coklat kegemaran Ikhwan berada dekat dengan kakinya.Balqis menggelabah lagi.Kenapa Ikhwan letak air dekat sini?! Marah Balqis dalam hatinya.

"Ikhwan maaf! Saya tak sengaja." Ikhwan hanya mengeluh panjang.Semua buku rujukan yang diberikan oleb Humairah basah terkena air susu coklat kegemarannya.

"Sudahlah Ikhwan, nanti kakak keringkan buku tu.Lagipun...cuma air je kan?" Saridah membelai pundak adiknya yang sedang kecewa melihat keadaan buku-buku ini.

"Hadiah daripada Humairah...semuanya dah tak berguna lagi.Ikhwan...dapat rasakan sesuatu perkara bahaya yang bakal menimpa dia kak Ida." Beritahu Ikhwan.Dan itu spontan membuatkan Balqis tergamam dari dalam hatinya.

"Eh, apa?" Tanya Saridah semula kerana pertanyaan itu tidak dapat didengari oleh Saridah dengan jelas.Namun, Ikhwan lebih memilih untuk merenung buku rujukannya yang basah terkena air itu.Semuanya hancur dan kelihatan buruk.Semua salahnya juga.

Suamiku Adalah Playboy ✔Where stories live. Discover now