Flashback 12

782 84 7
                                    

---

Panas benar hati Yoojung apabila mengingati semula isi perbualan di antara Chanwoo dan Yoohee tempoh hari.

Mereka bukan setakat pasangan kekasih. Malah , sudahpun membuat hubungan badan! Tambahan pula , Yoohee kini mengandungkan benih Chanwoo.

Yang paling menjelikkan Yoojung adalah apabila kedua-dua mereka kelihatan begitu intim ketika bersama-sama.

Hanya semata-mata niat jahatnya untuk menghancurkan Yoohee , Yoojung mula merangka strateginya satu-persatu.

"Letakkan benda ni dalam makanan Yoohee."

Pembantu rumah itu kelihatan teragak-agak untuk menerima botol kecil di tangan Yoojung.

"Apa ni cik puan?"

"Kau nak tinggal lama dalam rumah ni , kan? Buat sahaja apa yang aku suruh. Kalau tidak , kau tahulah apa yang akan aku buat pada kau dan keluarga kau nanti."

Ugutan Yoojung mula menakut-nakutkan pembantu rumah itu. Jika dia membantah , dia bukan sahaja akan kehilangan kerja. Bahkan juga keluarganya yang amat memerlukan duit pada ketika ini.

Pembantu rumah itu terpaksa bersubahat sama. Ketika wanita itu sedang menyediakan makanan tengah hari untuk Yoohee , dia sempat meletakkan isi kandungan botol tersebut ke dalam bubur Yoohee.

Mangkuk berisi makanan itu kemudiannya dibawa ke bilik Yoohee.

"Terima kasih ya.."

Yoohee sempat tersenyum kepada pembantu rumah tersebut. Jauh di sudut hati wanita itu , hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa berdosanya dia kerana telah bersubahat dengan Yoojung.

Pembantu rumah tersebut kemudiannya segera meninggalkan bilik. Ketika Yoohee hampir menghabiskan bubur itu , mangkuk di tangannya jatuh.

Perutnya berasa sakit yang amat sangat. Sehingga menggigil badan gadis itu. Air matanya jatuh mencurah-curah.

"Tolong!"

Yoohee semakin cemas apabila melihat darah di celahan pahanya.

Kemudian , segala-galanya gelap gelita.

---

Walking Dead [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now