3 4

37.9K 3.9K 450
                                    

Sweater berwarna maroon yang dipakai seharian akhirnya aku tanggalkan, meninggalkan baju t-shirt hitam kosong di badan.

Rina sudah pun terlelap diatas katil. Aku yang lama tidur diatas pesawat langsung tidak rasa mengantuk. Tidak tahu apa yang mahu dibuat, aku mengambil keputusan untuk melihat bahagian belakang bilik.

Slide door yang besar aku tolak sehingga terbuka luas. Serta-merta, angin meluru ke arah aku. Mata aku dihidangkan dengan pemandangan membiru laut yang tenang. Terdapat jakuzi dan kolam individu disini. Kolam pula hanya dipisahkan dengan sekeping kaca tebal daripada bercampur dengan air laut. Di bahagian kanan aku, adalah bahagian belakang bilik Ed dan Thaqid manakala disebelah kiri pula adalah bahagian belakang bilik abang pramugara yang datang bersama kami tadi. Kalau tiba-tiba rasa nak datang melawat, memang boleh lompat je dari sini.

Pramugara yang berada dalam awal 20-an itu turut keluar dari bilik, memakai t-shirt putih kosong berlengan pendek. Dia tersenyum mesra apabila sedar akan kehadiran aku. Rambut hitam tebalnya beralun apabila ditiup angin. Fuh hensem nak mati. Nasib baik status abang-abang. Kalau tak dah lama aku terkam ni.

Okay gurau.

"Dah mandi?" Dia cuba memulakan perbualan.

"Still smells good so nope." Aku tersenyum tanpa malu. Dia tertawa kecil mendengar jawapan aku.

"Highschooler?"

"Yeap. Seventeen. How bout you?"

"Not that much different. Nineteen."

"Seriouslah? You looks like 24 kot."

"Itu pujian ke? Hahahahah."

"So umur kita beza dua tahun ni. Nak kena panggil abang ke?"

"Ah tak payah. Panggil aku-kau je. Aku Rashdan. But people call me Adan." Dia memperkenalkan dirinya.

"Aishah. Boleh panggil aku Shah."

"Aishah~ jangan ragu-ragu dengan-"

"Oh please not that song again."

"Apa? Sedap what hahahahahah." Adan meneruskan nyanyian lagu projector band itu.

"So, kau berapa lama dah jadi steward ni?" Segera aku mencari soalan agar Adan berhenti menyanyi lagi yang semakin lama semakin muak didengar.

"Baru dua bulan memandangkan kelayakan umur mimimun is nineteen." Nyatanya.

"Nak jadi pramugara susah tak?"

"Tak susah mana pun. Yang penting BM, BI dengan Math kau kredit time SPM. English paling penting. Communicating skills tu. Kalau dari segi fizikal, tak boleh ada parut yang ketara, teknik sosial kau bagus, reti senyum apa semua. Oh dan tinggi minimum untuk lelaki 170cm." Terang Adan panjang lebar. 170cm ye? Kalau Nazmi try ni mesti kena reject mentah-mentah walaupun syarikat penerbangan bapak sendiri.

"Tinggi kau berapa? 170.5?"

"176cm."

"Damn. Tingginya." Selama ni aku fikir Ariyan adalah orang paling tinggi kat Malaysia ni. Atau mungkin, aku yang pendek?

LanetsWhere stories live. Discover now