7 4

7.1K 1K 241
                                    

"Oi."

"Apa?" soal aku pada Aidil, si abang tak berguna, yang menarik kerusi di hadapan dan duduk. Dia cuba merembat sekeping roti di dalam pinggan aku namun aku cepat-cepat jilat tangan dia.

"Siot pengotor!"

"Werk masin gila tangan kau mat, ini tangan ke air laut?!" Aku laju berlari ke sinki dan basuh lidah. Habis je samak lidah, bila aku pusing balik ke meja makan, roti yang aku pertahankan tadi dah hilang. 

"Kurang ajar." 

"Anyway Shah," Aidil cuba tukar topik dengan mulut yang penuh roti. "Kau nak pergi sekolah pukul berapa ni?"

"Lambat sikit tak apa. Kelas pagi cikgu tak ada. Pukul 10 baru ada kelas."

"Oh oklah kalau macam tu. Speedmart pukul 10 baru bukak. Bolehlah aku singgah terus lepas hantar kau. Nak beli koko krunch."

"Aik? Koko krunch ada lagilah."

"Hah? Kat mana?"

"Almari kabinet atas oven, belakang botol kicap."

"Nice!" Aidil laju bangun dan capai mangkuk dari rak pengering, sedia untuk makan koko krunch. Aku cepat-cepat lari ke ruang tamu. Harap dia tak perasan itu sebenarnya makanan kucing dan bukannya bijirin coklat gandum.

Kenapa ada makanan kucing walaupun kitorang tak ada bela kucing? Sebab itu makanan yang Thaqid tinggalkan untuk Percy.

Sejak dia bergaduh dengan Thaqif dekat rumah aku hari tu, dia balik semula hotel dia dan mintak tolong aku jaga Percy buat sementara waktu. Biasa petang-petang dia akan datang main dengan kucing dia. Yalah, dekat hotel tak boleh bawak masuk kucing. Manusia berperangai anjing lepaslah.

Lee ada pujuk jugak. "Qid, check outlah hotel tu. Kembar kau dah give up. Balik dah budaknya."

"Not yet."

Ed kata biar je Thaqid buat apa dia nak. 18 tahun dah. "Dia tahulah apa yang dia buat. Thaqid kot."

Tapi, entahlah. Walaupun 18 tahun tu garis yang memisahkan antara remaja dengan dewasa, aku masih rasa dia terlalu muda untuk hadap semua masalah sorang-sorang. Konsep '18 tahun dah dewasa' ni agak tak masuk akal bagi aku. Bayangkan, hari ni kau 17 tahun, baru dapat result spm. Esok birthday, terus boleh kahwin, boleh amik anak angkat, boleh kena hukum gantung, eh peliklah.

Dah dua minggu jugak Thaqid menetap dekat hotel tu. Banyak betul duit. Mesti hasil servis haram Lanets dulu. Apa-apa jelah. Cerita ni pun dah bukan-bukan. Enjoy je la.

* * * * *

"Belajar elok-elok Shah." Kata Aidil sebaik saja aku buka pintu kereta.

"Kau dah kenapa? Tak pernah-pernah doakan yang baik-baik untuk aku. Biasanya cakap 'semoga terpijak air oren time pakai stokin Shah'."

"Oh. Aku rasa aku dah tak lama dah ni. Sakit gila perut lepas makan koko krunch pagi tadi."

"Memanglah. Itu makanan kucing. Kamu tu ba-"

"****! PATUTLAH BAU PELIK TADI! KAU BERDIRI DEPAN KERETA SHAH! AKU LANGGAR KAU JAP! TAK GUNA PUNYA-"

Pap! Aku tutup pintu kereta lalu tenggelamlah bunyi radio buruk tadi. Tenanglah Aidil. Orang jahat susah mati. Setakat makan makanan kucing no hal lah.

"Ecah!" suara Ed kedengaran dari belakang. Tapi aku buat-buat tak dengar dan terus berjalan masuk pagar sekolah. Punyalah hensem nama aku, ecah juga dia guna.

LanetsWhere stories live. Discover now