75

8.6K 1.2K 269
                                    

"Shah tenang Shah. Tarik nafas, tahan," Ariyan mengipas muka aku menggunakan buku nota di tangannya. Pelajar-pelajar yang melepak di kafeteria sebelum kelas bermula pandang kami sekilas.

"Lagipun bukan salah kau. Kalau Percy kena culik, salah Thaqid lah. Sebab dia yang tinggalkan Percy. Kau tolong jaga tak berbayar pulak tu." Sambung Ariyan.

"Weh Ari, suruh Shah hembus. Dari tadi tahan nafas, mati jugak anak orang." Ed menegur.

"Eh! Hembus Shah hembus!" Ariyan panik.

Aku awalnya nak tahan nafas sampai pengsan tapi aku bukanlah juara renang sukan olimpik jadi aku turuti kata Ariyan.

Nafas berat dilepaskan. "Kita nak bincang dengan Thaqid hari ni tentang attitude dia kan?"

Lee, Ariyan, Ed dan Nazmi mengangguk serentak.

"Cancel plan tu.  Hari ni kita kena utamakan proses beli kucing yang sebijik macam Percy!"

"Aku tak rasa itu sesuatu yang bijak." Celah Lee. "Untuk seseorang yang melekat dengan kucing sendiri 24 jam, aku rasa Thaqid akan perasan right away."

"Dah tu? Apa yang patut aku buat sekarang? Terjun bangunan?"

"Aku tau spot bungee jumping yang best- aduh!" Nazmi gosok kepala lepas kena tonyoh dengan Ed.

"Get serious Nami."

"Aku rasa dia serious tadi.."

Kami semua kemudiannya terdiam sejenak, masing-masing cuba memikirkan jalan penyelesaian.

"Oh ya Shah." Ed akhirnya bersuara. "Aku rasa tak perlu tanya benda ni sebab benda ni sesuatu yang ada di tempat terang lagikan bersuluh. Tapi, cuma nak pastikan je. Sebab kau mana boleh dipercayai sangat." kata Ed bersahaja seraya memusingkan badan untuk menghadap aku.

"Apa dia?" Fokus semua kini pada Edhan.

"Kat rumah kau... ada CCTV tak?"

Bang!

"Oh kucing kau anjing!" telatah makcik kafeteria kuat sebaik sahaja aku hempas tangan pada meja.

"RUMAH AKU ADA CCTV!" Bagaikan sherlock holmes yang akhirnya teringat kat mana dia letak kunci motor bapak dia, sel-sel otak aku berhubung pantas. Aku memalingkan badan ke arah Ed dan laju merentap kolar dia.

"KAU ADA BAWAK LAPTOP TAK?" soal aku dengan nada sekuat mikrofon yamaha.

"Ada tapi kelas kau lagi lima minit kan?"

"Tak kira tak kira! Ini soal hidup dan mati. Apalah sangat lambat masuk kelas nak dibandingkan dengan kena hiris jadi human chop oleh Thaqid."

Nak dipendekkan cerita, kami ramai ramai kini bersila di bahagian luar kelas 5 Violet, mengerumuni laptop Edhan.

Memandangkan CCTV rumah aku boleh diakses menerusi internet, Ed tolong aku muat turun apk net yang digunakan jenama CCTV tersebut. Jadi, aku boleh log masuk dan akses data menerusi laptop Ed.

'login denied'

"Lah kata boleh log in?" Nazmi complaint penuh hampa.

"Manalah aku tau kat rumah boleh je!" Aku kusutkan rambut sendiri. Bila rasa tak puas, aku serabutkan sekali rambut Lee. Dia cuma tersenyum dan berserah dengan wajah zero thoughts nya.

"Shah.. CCTV kat rumah kau siapa yang pasang?" tanya Ariyan setelah lama berdiam.

"Pakcik Jakpar tak silap nama tukang tu."

"Eh bukan."

"Aik? Bukan pulak? Tahulah aku. CCTV rumah aku, Ari. Bukan rumah kau."

"Tak tak maksud aku, siapa yang berurusan dengan tukang pasang tu?"

LanetsWhere stories live. Discover now