3 3

39.6K 3.9K 469
                                    

Sebaik sahaja kaki aku melangkah turun dari pesawat, bayu laut menyapa wajahku lembut. Aku terpaksa memegang rambut aku setiap masa memandangkan angin tidak berhenti bertiup.

Aku memerhatikan kawasan pendaratan. Di bahagian kanan, lautan biru terbentang luas. Air yang tenang kelihatan berkelip-kelip akibat daripada biasan cahaya matahari. Selebihnya, kawasan ini cuma diliputi dengan hutan tebal.

Berdasarkan jenis warna hijau pokok-pokok tersebut, ditambah dengan cahaya matahari yang amat menyilaukan namun langsung tidak terasa bahangnya, aku dapat buat konklusi yang pulau ni tidak terletak di asia. Kalau bukan di Asia, di mana?

Entah jangan tanya aku. Sebelum kacau Ariyan dalam pesawat tadi, aku sebenarnya dah tidur dua jam. Jadi aku memang tak tahu arah mana yang kitorang lalu. Kalau aku perhatikan tingkap sepanjang masa sekalipun, aku tetap takkan tahu. Masa PT3 aku gagal Geografi kut.

"Sekejap lagi sepatutnya akan ada kereta sampai untuk pick-up kita." Nyata Nazmi sambil mata ralit memandang skrin iPhone di tangan.

"Limousine ke abang Nazmi?" Mata Rina membulat teruja. Aku yakin si Rina ni dah beberapa kali naik limo Nazmi.

"Not today dear. Kat sini diorang pick-up pakai bmw je."

Korang dengar tak apa yang aku dengar? Sudah semestinya tak, sebab korang membaca. Aku tahu tu. Tapi apa-apa pun aku baru dengar si Nazmi ni cakap BMW je. JE.

Jangan persoalkan kenapa aku terkejut. Bersekolah di sekolah swasta tak buatkan aku sebagai orang kaya. Sedangkan kereta mini cooper Abang Airil pun papa bayar ansur-ansur. Apa korang fikir orang kaya semua benda cash ke? Ini Malaysia. Kebanyakkan orang kaya cuma nampak kaya. Walhal realitinya diorang memikul sejumlah hutang yang besar.

"Bmw r3?" Thaqid nampak berminat.

"Nope. i8."

Maka, berkumpullah lima orang Lanets, membentuk bulatan kecil dan bercakap mengenai kereta. Tinggallah aku, Rina, Uncle Leng dan si pramugara membuang masa dengan menikmati pemandangan alam semula jadi.

"Kak Aishah nak mandi pantai tak?" Rina yang sedang duduk diatas bagasinya tiba-tiba menyoal aku.

"Kalau rajin akak turunlah. Kenapa tanya?" Sedaya upaya, aku cuba mengawal muka untuk tidak cringe apabila membahasakan diri sebagai akak.

"Saja tanya." Dia tersenyum kemudian kembali mencampakkan pandangan ke arah laut. Rambut paras bahu Rina yang ditiup angin dibiarkan begitu sahaja, terikat namun tak bertali. Kerana apa? Kerana rambutnya diikat dengan getah, bukan tali.

Ok aku patut berhenti merepek.

Poket aku bergetar beberapa kali. Eh tak. Maksud aku, telefon bimbit aku bergetar. Aku mengeluarkan Lenovo dari dalam poket.

Mesej dari Aidil rupanya.




Aidil youdil wedil
online

woi

dah sampai belum
Turkey?

alang tanya

tak jadi pergi Turkey.

kena tipu dengan
agensi pelancongan
kitorang.

kau biar betul?

HAHAHAHAHAH

nooblah sia*

senyaplah

dah tu kau nak balik
rumah ke nak datang
cameron?

LanetsWhere stories live. Discover now