Penat 0.2

25 3 4
                                    

Assalamu'alaikum w.b.t kepada awak awak semua yang saya sayang selalu. Sebelum ini saya ada tulis luahan hati tentang penat dalam bentuk puisi, saya nak luahkan rasa sakit di hati kerana saya tidak dapat menjaga sepenuhnya kelemahan saya pada mata umum. Untuk para guru saya ni seorang yang ceria sentiasa tetapi saya kerap memikirkan perkara berat tanpa saya sedari. Saya nak beritahu awak awak semua yang saya ini tidak sempurna, saya melakukan kesalahan dan saya futur. Saya tidak pernah rasa kuat untuk hadapi perjalanan dakwah ini kalau tiada pertolongan yang Allah beri melalui rakan rakan saya.

Saya nak bercerita betapa saya tidak suka duduk di kelas pertama. Saya selalu dibebani dengan tanggungjawab untuk cemerlang dalam akademik, dipandang tinggi oleh rakan, dikatakan pandai padahal bodoh tahap kritikal dan saya tak suka mengaku saya ini berasal dari kelas itu. Saya ada masalah, ayah suruh jadi guru, nenek suruh jadi doktor tapi, saya tengah buntu sekarang ini. Saya rasa macam tak ada masa depan yang cerah dan berjaya. Saya tak rasa saya mahu jadi guru atau doktor. Saya mahu jadi penceramah motivasi, tak pun memiliki kerjaya dari cabang psikologi. Tekanan akademik membuatkan saya tak keruan tetapi hadirnya seorang sahabat itu berjaya menetapkan hati saya. Kata dia, dunia ni kalau nak selamat, yakin pada Allah, yakin pada takdir. Bismillah jalan je, In Sha Allah, apa apa kesusahan Allah tolong. Dari saat itulah saya gembira sangat, sebab buat apa nak kecoh, walau aku berusaha dan takdir kata aku jadi tukang sapu apa salahnya?

Satu lagi as saya dah beritahu awak semua yang saya ni seorang rakan dakwah, saya ditimpa bash yang agak sensitif. Begini, satu hari Donut menerima satu mesej daripada seorang budak tingkatan satu. Mesejnya, budak tu suruh kirim salam dekat kawan sekelas saya. Tapi, budak tu naik minyak pula mesej Donut. Dia kata kenapa selalu pukul dan marah crush dia tu? Lepastu, Donut diajak ke dalam sebuah chat di mana Donut saksikan mereka memperlekehkan rakan dakwah dan Donut. Banyak juga moment di WeChat yang berkaitan rakan dakwah, contohnya tak jaga pandangan pergi pukul budak lelaki. Pada pendapat saya, budak budak tu langsung tak kenal saya, Donut dan kawan sekelas saya. Majoriti satu kelas saya tu memang rapat dan sudah kenal dari sekolah rendah lagi, semua perangai buruk baik kami tahu. Dan hujah saya tentang tidak menjaga pandangan ialah, tak, kami hanya berbicara dengan lelaki bila DIPERLUKAN sahaja. Dalam kelas pun kami asing , berchit chat dengan sama jantina sahaja. Lainlah jika ada pembentangan, barulah kami berkomunikasi dengan lelaki. Jadi, sebenarnya siapakah kau untuk mengadili aku dan rakan rakan?? Kami semua ibarat satu keluarga sejak tingkatan satu lagi. Berhenti menyebar fitnah sebegini, ini kerana kamu sendiri ialah ummat Islam. Ingat! Kita ini logo Islam dan jagalah aib dan maruah masing masing. Jangan diperlihatkan kekurangan diri kepada musuh, tetapi perlihatkan kepada Allah. Saya kekal sabar, biarlah persepsi orang begitu. Jujur saya katakan, salah saya kerana rapat dengan rakan sekelas yang lain jantina. Datangnya seorang sahabat yang saya kenal tidak lama. Dia berkata, jangan hiraukan pandangan orang, yang penting Allah tahu itu tak benar. Saya pun angguk angguk aje menerima nasihat dia. Lagi pun, kehendak manusia, sampai bila pun tak pernah puas.

Penat saya yang ketiga ialah, tugas saya sebagai rakan dakwah di sekolah. Bukan nak kata saya malas, but iman seorang manusia itu ada pasang surutnya. Sukar sekali mahu menyuruh mereka percepatkan langkahan mereka untuk menghadap Allah. Tidakkah mereka takut bertemu ajal maut sebelum menunaikan solat? Persepsi dan tabiat manusia mengambil masa untuk berubah, cukup setakat mereka solat sudah cukup bagus. Tetapi apa yang saya sungguh takut dengan tugas rakan dakwah ia melibatkan dosa dan pahala. Andai kata saya tak suruh mereka solat, tidak menjalankan tugas saya untuk memimpin mereka ke jalan yang lurus, tidak menegur kesalahan mereka, maka dosa akan jatuh pada saya kerana saya tidak amanah dalam menjalankan tugas saya.

Walaupun penat dengan semua ini, memang janji Allah, Dia tidak akan membebani hambanya dengan sesuatu yang mereka tidak mampu. Alhamdulillah saya masih mampu teruskan dan syukur sangat sangat dengan hadirnya pertolongan Allah melalui kawan kawan saya. In Sha Allah, jika benar berlaku saya nak sangat berjumpa dengannya di Syurga kelak. Syurga kita semua, Aamiin.

Chill out
And
Pray for strength
😉

-Rapperz-

Dakwah Si Rapperz 😉Where stories live. Discover now