Dont Judge A Book By Its Cover

25 3 0
                                    

Hari ini Aishah berjalan jalan di MPH untuk mencari buku baharu. Sememangnya Aishah dikenali sebagai hantu buku. Jadi pergilah Aishah mengelilingi rak rak buku di MPH. Aishah ketawa melihat suatu fenomena yang berlaku. Di hadapannya berderet deret novel yang mempunyai tajuk tajuk klise. Melihat betapa ramai orang membeli sebuah novel itu membuatkan Aishah ingin melihat sinopsis cerita tersebut. Aishah meredah manusia yang membanjiri kawasan itu. Buku yang direbut oleh gadis gadis yang tidak berfikiran waras dicapai. Tajuk buku itu direnung lama oleh Aishah sehinggalah dia memutuskan untuk membeli buku itu.

Sampai sahaja di rumah kondominium, beg plastik buku itu diletak di tepi. "Tunangku Tidak Tampan, terbitan Rusydee Artz", bibir Aishah menutur. Aishah mengambil masa dua hari untuk menghabiskan bacaan buku itu. Ya, Aishah mengaku tajuk buku itu agak klise tetapi, jalan ceritanya bukanlah seperti novel cinta yang biasa. Plot yang berlaku amat mengesankan hati Aishah. Cerita itu ialah tentang seorang remaja brutal yang berubah menjadi lelaki yang mengutamakan Agama. Daripada seorang yang bermasalah sangat sangat kepada seorang yang banyak berfikir. Seorang lelaki yang hanya mengejar syurga.

Mungkin bagi orang lain buku itu tidak cukup tragis tetapi, buku Tunangku Tidak Tampan itu membuat Aishah bermuhasabah. Kisah itu membuatkan Aishah menyoal dirinya, adakah dia juga berfikiran tipikal seperti orang orang di dalam cerita itu? Tidak memberi peluang untuk seseorang yang mendapat hidayah untuk berubah?? Menganggap manusia yang jahat akan kekal jahat dan manusia yang warak itu diangung? Buku itu telah membuka hati Aishah untuk bersangka baik terhadap semua. Dia tidak menyangka hidayah datang daripada buku bertajuk klise itu.

🌟

Assalamu'alaikum w.b.t kepada awak awak semua yang saya doakan sihat sejahtera hati ini. Topik kita dalam bahasa inggeris pula dah la panjang, tak mengapa biar saya ringkaskan. Bersangka baik, kena ke bersangka baik? Kalau bersangka buruk tak boleh ke? Aduh, susah rasanya nak terangkan bagi jelas kenapa kita kena bersangka baik. Ok, biar saya bagi formula pada awak awak supaya senang faham.

Bersangka baik= Berfikiran positif= Husnuzon

Bersangka buruk + Berfikiran negatif= Dapat dosa

Bersangka buruk + sebarkan= Dapat dosa

Bersyak wasangka + ada bukti= no dosa

Faham tak? Allah sebenarnya dah larang untuk kita bersangka buruk, sebab perkara ini akan menyebabkan fenomena nila setitik rosak susu sebelanga. Daripada syak wasangka yang buruk mendatangkan mengumpat, memfitnah dan memutuskan silaturrahim! Jadi, peka dengan keadaan sekeliling. Kalau ada rasa syak wasangka, jangan terus buat spekulasi dan persepsi, siasat dahulu. Nanti tak pasal pasal dapat dosa free of charge, GST di akhirat. Betapa berat dosa bersangka buruk.

Berbalik kepada formula yang saya beri tadi, bersangka baik sama dengan berfikiran positif. Tentu mind set kita terpengaruh dengan pemikiran minda. Sebab, berdasarkan apa yang senior sekolah saya kat sekolah saya, fikir baik, buat baik dan you akan dapat baik in the future. Haha, dan saya nak ingatkan supaya jangan nak ejek orang atau bash orang tanpa evidence. Jangan pandang sesuatu dengan sebelah mata, but cuba perhatikan sesuatu itu dengan mata hati. Everyone has something that is important in their life. Walaupun sesuatu perkara itu nampak langsung tak bernilai pada mata kita.

Hormat pendapat orang dan maruah orang. Dengan cara ini, silaturrahim sesama Islam terjaga, tiada persengketaan. Jangan pernah judge a book by its cover, lagi lagi bila kita tak baca dahulu sinopsis buku tu. Saya seru awak semua untuk bersangka baik sesama sendiri dan terutama, bersangka baik terhadap Allah dan takdirnya.

❄Keep cool❄
And
😉Think Positive😉

- Rapperz -

Dakwah Si Rapperz 😉Where stories live. Discover now