Bila Nak Ikhlas?

26 3 3
                                    

Ikhlas, ada sesiapa yang tahu apa maksud ikhlas itu? Rela hati?? Mungkin tetapi manusia akhir zaman ini susah melembutkan hatinya untuk ikhlas. Selalu sahaja ada bayaran, upah, belanja dan sebagainya. Tapi betul ke kita sudah tahu apa makna Ikhlas?

Assalamu'alaikum w.b.t kepada awak awak semua yang comel comel hari ini. In Sha Allah dalam Syurga nanti pun kita ketemu bersama, Aamiin. Hmm, cer bagi pendapat anda apa itu ikhlas? Mungkin kebanyakan awak semua akan cakap untuk Allah, melakukan sesuatu tanpa paksaan dan sebagainya. Jadi sila komen, jangan malu malu. Soalan saya tidak mempunyai sistem KBAT. Ikhlas nak senang faham ialah melakukan sesuatu itu niatnya kerana Allah dan untuk mendapatkan pahala.

Tak riya' ke nanti?

Mengharapkan mendapatkan pahala dan redha Allah itu tidak pernah riya'. Yang salahnya apabila melakukan sesuatu perkara untuk manusia. Contoh, kita beri derma RM 50 untuk dilihat dan dikenali sebagai seorang yang pemurah itulah riya'. Saya nak bercerita ni, satu alkisah yang bermanfaat untuk semua.

Satu hari ni Miss Biru keluar jalan jalan pergi shopping di sebuah mall yang besar. Ramai gelandangan yang dia lihat berkeliaran di sekitar mall itu. Miss Biru tergerak hatinya untuk menderma duit. Tapi dia takut nak derma sebab nanti takut riya'. Dia takut kalau ada manusia yang mengungkit kebaikan itu. Jadi, dia tidak menderma akhirnya. Lalu, Miss Biru tinggalkan mall besar itu dengan barangan yang dibeli seperti penukul kayu, paku dan pisau Rambo. Agaknya apakah agenda Miss Biru dengan peralatan itu? Itu semua tidak penting. Yang penting ialah, intipati cerita itu. Seperti yang kita tahu Miss Biru takut riya' dan langsung tidak menderma. Tetapi tanpa tidak sedar itulah RIYA' yang sebenar. Sesuatu perkara yang dilakukan atas niat kerana MANUSIA bukan ALLAH! Haha, kesian Miss Biru tu, tak sedar dia sudah lepaskan peluang untuk berbuat baik.

Penutup kata, jika ada perasaan seperti mahu menunjuk itu hadir ketika kita hendak berbuat baik, JANGAN LAYAN perasaan itu. Simple as that, saya seru awak awak semua untuk melakukan sesuatu perkara kerana Allah. In Sha Allah, dapat pahala. Tidak kisah jika sesuatu perkara yang dilakukan itu minum air, turun tangga or whatever yang baik. Jadi janganlah kita ragu ragu dalam melakukan kebaikan, hanya perlu yakin apa yang kita buat itu adalah kerana Allah.

-Rapperz-

Dakwah Si Rapperz 😉Where stories live. Discover now