Forever Alone

22 3 0
                                    

Semalam, Encik Biru ditindas oleh rakan rakannya di sekolah. Adakah benar dia ini seorang yang tidak disukai untuk didampingi? Dia diejek forever alone dan dikatakan pelik lagi jelik. Sudah lah dirinya ini tidak pandai dalam erti lain ialah, bodoh. Siapa sahaja yang mahu rapat dengan seseorang yang jelik dan bodoh? Pasti orang gila pun tidak mahu. Beberapa bulan kemudian dia telah meyakinkan ayahnya agar membuat pembedahab muka. Berubah seratus peratus daripada seseorang yang muka macam kaki, badan macam tayar Monster Truck kepada sado dan muka seperti bidadara dari kayangan. Selepas dirinya ditunjuk pada orang sekeliling, dia diterima ke dalam komuniti masyarakat, malah komuniti Umpat Sehati Sejiwa dan UnHusnuZone.

Lalu dia hidup dengan penuh kekufuran sehingga dia jadi mayat. Tamat. . .

🌟

Assalamu'alaikum w.b.t. pada comey comey saya yang membaca tu. Apa khabar semua? Topik kita hari ini ialah trend zaman sekarang. Forever alone yang bermaksud keseorangan selamanya. Saya pun tidak pasti kenapa boleh wujudnya trend sebegini. Saya tak akan bagi apa apa formula atau hadis atau ayat, saya just nak ulas perkara ni aje.

Kalau betul kau rasa forever alone tanpa ada manusia yang mahu berdamping dengan kau, tak bermakna kau forever alone. Kau rasa sunyi selama ini kerana kau BUTA! Kau tidak pernah perlihatkan kasih sayang yang Allah beri pada kau. Walau kau ubah segalanya tentang diri kau untuk diterima masyarakat, kau rugi jika kau tidak sedar kehadiran Dia. Dia yang setia mendengar luahan dan rintihan hati di kala, manusia lain memalingkan diri mereka daripada kau. Dia yang sangat sayangkan kau, mengurniakan pelbagai rezeki kepada kau. Dari segi sihat tubuh badan, silaturrahim ahli keluarga, hubungan antara masyarakat, kelapangan masa, ketenangan hati, minda yang cerdas, menetap di Malaysia yang telah merdeka dan kau sambunglah sendiri kebaikan yang Dia pernah kurniakan pada kau. Dia yang memiliki kasih sayang lebih daripada seorang ibu. Dia yang selalu berada dekat dengan kau, ibarat nadi di leher. Dia lebih penting daripada nyawa kau, jika kau benar cintakannya.

Bukankah saya sudah pun menyatakan bahawa manusia itu sungguh buta hati. Mereka ego pertahankan yang salah sehingga tidak nampak cahaya hidayah. Bukalah mata hati dan lihatlah kekuasaan Dia, lihatlah betapa salah perkataan forever alone itu. Lihatlah betapa rapatnya Allah dengan kita. Betapa kira tidak sedar kehadiran Dia, betapa kita mengharapkan perhatian manusia. Bermuhasabah lah wahai sahabat. Lakukan sebelum terlambat.

-Rapperz-

Dakwah Si Rapperz 😉Where stories live. Discover now