Perkenalan

62 9 1
                                    

Assalamu'alaikum w.b.t kepada awak awak semua yang membaca ketika ini. Ehem, sebelum saya start bercerita, biar saya perkenalkan diri saya dulu. Barulah nampak professional walaupun saya ni memang tak layak berbicara sebegini. Jika di sekolah mungkin ditindas dan diendah, mungkin di sini saya boleh ubah pendirian seseorang. Baiklah, saya sebenarnya pelajar tingkatan 2 pada tahun 2017 di sekolah harian biasa. Saya rakan dakwah dan pembimbing rakan sebaya. Satu personaliti saya yang awak awak semua patut tahu ialah, saya cakap laju sangat sampai orang tak faham. Saya langsung tak perasan dengan tabiat saya bercakap laju ni sampailah kawan kawan saya tegur. Saya masih praktikkan bercakap secara perlahan. Doakan saya ya😊! Saya diberi gelaran Rapperz sejak saya berada di tingkatan 1 lagi.

Pada mulanya saya marah dan tidak suka langsung tapi lama kelamaan saya dah terbiasa dan terima. Lagipun, nama panggilan Rapperz tu tidak menghina. Selagi saya rasa tidak dihina, saya tak akan meletus kemarahan. Tujuan saya menulis buku Dakwah Si Rapperz ni sebab saya tergerak hati untuk melakukannya. Saya tidak mahu mengaku iman saya berada di tahap yang sangat lemah dengan mencegah kemungkaran menggunakan hati tetapi saya ingin mencegah kemungkaran dengan tangan saya yang menyeru awak awak semua untuk amar makruf nahi mungkar. Maksud pegangan ini adalah, mengamalkan perkara baik dan mencegah perkara mungkar. Andai kata saya cuma amar makruf, saya rasa saya sangat sombong. Kenapa? Sebab saya tidak menarik tangan saudara saudara saya ke jalan yang benar. Perkara wajib yang kita tidak ketahui ialah umat Islam WAJIB BERDAKWAH .

Saya baru sedar dengan hal ini pada tahun 2016 selepas baca buku terbitan Tarbiah Sentap. Tajuk buku itu cukup menyedarkan saya tentang sifat manusia iaitu kita TIDAK SEMPURNA . Buku Aku Bukan Malaikat: Tetapi Bukan Alasan Untuk Aku Terus Berbuat Dosa. Betapa saya sentap dan menangis sedih sedar saya sedang berada dalam keadaan mungkar. Saya ambil serius buku itu yang telah menggerakkan hati saya dengan izin Allah. Jadi, terciptalah Dakwah Si Rapperz. Haha, saya akan ambil beberapa peristiwa yang berkait dalam kehidupan seharian saya dan bermuhasabah sama sama.

-Rapperz 🌟-

Dakwah Si Rapperz 😉Where stories live. Discover now