Terketar-ketar tangan Yoohee memegang pisau halus di tangan kirinya. Air mata gadis itu dilihat tidak putus-putus mengalir.

"Chanwoo curang.. tapi masih taknak mengaku.."

Pisau tersebut dibenamkan ke dalam kulit yang paling hampir dengan pelipat lengannya lalu ditoreh menjadi satu garisan.

"Dia dah tak sayangkan aku."

Satu lagi garisan torehan dibuatagak jauh daripada torehan pertama. Pandangan Yoohee menjadi kabur dengan air mata yang kini memenuhi tubir matanya.

"Aku ni cuma menyusahkan Chanwoo.."

Semakin banyak torehan di lengan kanan Yoohee. Rasa perit tetap ditahan. Darah kian mengalir dari lengannya lalu mengotori baju dan cadar katil itu.

"Tak ada gunanya aku hidup kalau dia lebih sayangkan syaitan tu!"

Yoohee merapatkan pisau tadi ke tengkuknya. Belum sempat bilah pisau itu mengenai permukaan kulitnya , Chanwoo menerjah masuk ke dalam bilik tersebut. Pisau di tangan Yoohee direntap kasar lalu tubuhnya ditolak sehingga terbaring ke atas permukaan katil.

"What the fuck do you think you're doing , Yoohee?!"

Yoohee menangis dalam diam. Wajahnya pucat , serentak dengan badannya yang semakin lemah. Yoohee tidak pernah menyesali apa yang baru sahaja dia lakukan tadi. Dia lega.

"Awak dah bosan dengan saya , kan Chanwoo?"

Yoohee tersenyum pahit.

"Kenapa awak cakap macam ni? I still love you , Yoohee."

Terketar-ketar bibir Yoohee menahan rasa sakit yang semakin menjadi-jadi pada lengan kanannya.

"Liar.."

"I love you! Don't you get that?!"

Turun naik dada Chanwoo cuba meyakinkan Yoohee. Tiada satu pun maksud tersirat yang disembunyikan di sebalik kata-katanya itu. Dia benar-benar mencintai Yoohee.

"Saya dah call doktor. Bertahan , ya?"

Chanwoo membelai ubun-ubun kepala Yoohee. Bibirnya dicium lembut. Yoohee dapat rasakan keikhlasan di hati Chanwoo. Namun begitu , dia masih tidak yakin.

"Chanwoo , I'm pregnant.."

Lemah suara Yoohee pada saat itu. Mata Chanwoo membulatterkejut dengan kenyataan Yoohee.

"Anak awak , Chanwoo. Awak lelaki pertama yang sentuh saya ingat lagi tak?"

Chanwoo langsung terdiam.

"Tapi awak pun tahu yang saya kena uruskan syarikat appa saya di New York tak lama lagi."

Lelaki itu kemudiannya mengeluh. Sejujurnya , dia gembira mendengar berita tersebut walaupun agak terkejut pada mulanya. Namun , bagaimana pula penerimaan keluarganya tentang kandungan Yoohee nanti?

Tidakkah mereka akan membantah hubungan Chanwoo dan Yoohee yang baru setahun jagung itu? Lagipun , Chanwoo bakal memegang tanggungjawab besar sebagai CEO Jung Marketing.

Pandangan Yoohee jatuhternyata kecewa apabila mengingati kembali kata-kata Chanwoo kepadanya sebelum ini.

"Let me think about it first , okay? Saya janji akan bertanggungjawab."

Sekali lagi , Yoohee terlalu berharap dengan janji yang dibuat oleh Chanwoo.

---


Walking Dead [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now