"Woi Nas! Apa kau buat dekat atas tu? Cepat la." jerit Ayna dari tangga banglo itu. Ish..lambat la aku hari ni. Kalau lambat kantoi pula aku pergi dengan Pak Adi. Motor pulak buat hal!
"kejap.." kata Nasrul dari tingkat 3 sambil tercari-cari buku sekolahnya yang hilang. Mana buku aku ni?! Yang kak tu pun satu, tolong la aku cari. Ni tak..memekak je kerja. Nasib baik mama dengan papa takde, kalau tak habis aku kena ceramah sebab letak buku merata.
Ayna memandang jam tangan yang dipakainya. Kalau la aku boleh bawa kereta aku..mesti sekarang ni aku dah terpacak depan kelas...
Tiba-tiba terdengar bunyi seseorang menuruni tangga..Nasrul turun dengan tersenyum riang
"yang kau tersengih-sengih macam kambing pahal" tanya Ayna sambil mengangkat sebelah keningnya. Dah lambat tersengih-sengih. Dia tak tau ke disebabkan dia, aku lewat hari ni.
"Suka hati aku la. Aku tak kacau kau pun kan. Buku aku yang hilang semalam, dah jumpa." Kata Nasrul dengan riak wajah yang sangat gembira. Nasib baik ada dekat meja ruang tamu tingkat 3. Kau ni pun satu Nas..yang kau pergi tinggal buku tu atas meja tu buat apa.
"pagi ni baru kau nak cari? Asal tak cari tahun depan je?" marah Ayna sambil menarik tangan adiknya ke pintu depan.
___________________________
kringgg....
Rehat..
"Baiklah, sampai sini sahaja pelajaran kita untuk hari ini..Jangan lupa siapkan kerja yang saya beri.. saya nak tengok esok!" arah guru itu tegas membuatkan pelajar mengeluh.
Ayna mengemas barang2 nya sebelum keluar rehat. Dia berlari anak ke meja rakan2 baiknya.. siapa lagi kalau bukan dua orang rakan baiknya.. Qila dengan Wani
Siapa je yang tak kenal, Raja Aqilah Azyra a.k.a Qila dan Engku Azwani Dayana a.k.a Wani dengan Ayna ni. Manusia2 yang sentiasa menjadi cover untuk majalah2 terkini...tapi bila dekat luar je lah diorang terkenal. Dekat sekolah, diorang hanya dikenali sebagai orang biasa. Sebab diorang nak cuba jadi orang biasa yang hidup sederhana.
"Lepak jom" kata Ayna pendek. Ayna, Qila dan Wani menuju ke tempat lepak mereka.
"wei, aku nak bagitau something ni." kata Ayna. Qila dan Wani terus mengangkat sebelah kening. Macam lain je bunyi..
"Apa? Ada laki minta couple ke apa?" kata Qila sambil mengangkat keningnya
"Sial lah kau. Kau ingat aku jenis pompuan yang macam tu ke? Papa ada kerja untuk kita. Dia nak.." tidak sempat Ayna menghabiskan ayatnya, lantas dipotong oleh Wani
"Cari jodoh untuk kau? Kalau bab tu aku on." Potong Wani sambil membuat thumb up. Dah lama tak jadi tukang cari jodoh.
Ayna menolak badan kawannya itu, nasib tak jatuh.
"Kepala otak kau. Macam takde benda lain nak fikir. Aku ni muda lagi, tak payah nak cakap bab2 kahwin ni. Nak dengar ke tak ni?!" Marah Ayna. Dia ingat aku ni kemaruk sangat nak kahwin ke apa.
"Nak la. Tengok, kau punya pasal la, cik tengku kita.." Tiba2 Wani dan Ayna serentak menutup mulut Qila.
Tengku? Yes, Ayna adalah kerabat diraja. Nama penuh Ayna ialah Tengku Ayna Alisya Bt Tengku Azrul. Tapi, Ayna taknak orang tahu yang dia kerabat tengku. Apa yang orang tahu, nama penuh Ayna hanyalah Ayna Alisya. Sama macam Qila dengan Wani. Nak low profil katanya.
"Diam la kau setan! Aku sepak kau patah riuk jap lagi!" Marah Ayna lalu terus menjeling Qila.
"Sorry2.. Lupa." jawab Qila perlahan sambil tersengih namun masih dapat didengari oleh dua orang rakannya.
YOU ARE READING
Jodoh Aku Ke? √
Romance"Wei, tiga ekor kambing dah masuklah. Patut bau busuk semacam"- Syafiq "Aku rasa hidung kau ada sampahlah. Sebabtu semua orang kau kata busuk"- Ayna Tidak lengkap sesebuah sekolah jika tiada pergaduhan. Setiap hari bergaduh mulut, setiap hari berlaw...
