Bab 42 - Next Plan

Start bij het begin
                                    

Dahulu, kehidupan Ryan seperti menara KLCC . Sentiasa ditemani. Sentiasa setia mengharungi cabaran kehidupan bersama. Terkenang memori bersama Eryn. Memori yang indah.

Kini, hidupnya bagai menara Kuala Lumpur yang perlu berdiri sendiri tanpa teman. Dia perlu mengharungi cabaran hidupnya sendiri. Sungguh dia rindu Eryn. Gadis yang 'happy-go-lucky'. Gadis yang membuat dia tersenyum.

Menyesal. Rindu. Semua terasa saat ini. Jika dia tidak tinggalkan Eryn. Semua ini pasti takkan berlaku. Rindu lawak Eryn. Rindu Eryn. Sejujurnya, dia benci dirinya. Semua memori terputar. Lebih-lebih lagi sewaktu dia mengusik Eryn. Dia teringin untuk melihat, memeluk Eryn.

"Ryannnn!!!!" Jeritan gedik itu sudah memberi hint kepada Ryan bahawa siapa yang jerit. Lamunan Ryan terhenti. Tiba-tiba, Ryan dipeluk dari belakang. Ryan terkejut lalu menepis.

"You nak apa ni ha?" Soal Ryan malas la nak layan perempuan gedik yang tak cukup kain ni. Dahlah nama panjang!

"I nak you sayang!" Jawab Khayla lalu  memeluk lengan sasa Ryan.

"Hei, you tak faham bahasa ke? I tak sukakan you. My love only for my wife. I cakap bahasa melayu tau. You nak I cakap dalam bahasa apa?" Ryan memarahi Khayla lalu melepaskan pegangan Khayla.

"Bahasa cinta kita lah you."

"Boleh pergi mampos la dengan bahasa cinta you tu. You pergi sekarang! Or you nak I report kat Farish?" Ryan mengangkat sebelah keningnya dengan senyuman sinis.

"Cubalah. Kalau berani. By the way, I dengar you belasah abang I. You fikir dia akan dengar cakap you? Eh come on la, I kenal abang I tu." Khayla sudah galak ketawakan Ryan dengan tawanya yang gedik.

"No, you tak kenal siapa Farish. Yang you kenal Aiman, Danial, Haziq, anak-anak dato', tan sri dengan tengku adalah!" Khayla memberi pandangan sinis.

"Habis tu? You anak apa? Anak kutip tepi jalan? Sama dengan Eryn tu?" Ryan menahan rasa marah. Tanpa menunggu sesaat, Ryan terus menampar Khayla. Ryan mengambil telefonnya dan mendail nombor seseorang.

"You dayus! Memang patut pun Eryn mati daripada dapat lelaki sedayus you ni!" Ryan meletakkan panggilan dan memasukkan phone ke dalam poket seluar.

"Hei! Lantaklah kau nak panggil aku dayus ke apa. Nak kutuk macam-macam. Tapi kau jangan berani nak kutuk isteri aku."

"Woi, sedarlah! Isteri kau dah mampos!"

"Farisha!" Ryan dan Khayla menoleh ke arah pemilik suara.

"Cukup! Abang dah dengar semua!" Farish berjalan mendekati Khayla dan Ryan.

"A-ab-abang.."

"Cukup dengan lakonan yang Farisha buat. Tak percaya adik abang ni good actress. Tergamak Farisha tipu abang, mummy, daddy. Abang rasa diri abang telah diperbodohkan." Farish membuat muka kesal.

"Abang, let me explain. This is not like what you see. It's..."

"Enough! Balik sekarang!" Farish memarahi Khayla.

"Abang...."Khayla cuba memujuk Farish.

"I said go!" Jerkah Farish membuatkan Khayla lari.

"Bro. Sorry lah pasal adik aku tu. Aku tak tahu pula dia still obseskan kau. Dia kata kat mak ayah kitorang di dah move on la, apala." Ryan dan Farish memandang semula pemandangan yang ada di depan mata.

"Hm... Takpelah. Aku pun mintak maaf pasal haritu gaduh ngan kau." Farish hanya mengangguk dengan kata-kata Ryan.

"Weyh, ni sakit lagi ke?" Farish memegang benjol lebam akibat ditumbuknya di dahi Ryan lalu menekannya dengan kuat.

"Woi, sakitlah!" Muka Ryan sudah mula berkerut. Farish menarik tangannya.

"Itu sebab kau tampar adik aku tadi. Ye kot pun marah, jangan tampar kuat-kuat. AKu yang kena jawab nanti." Ryan hanya tersenyum.

"Entahla. Aku tak fikir pulak."

"Ian. Next plan kau apa? Takkan kau nak duduk termenung je."

"Entahlah. Kau rasa aku perlu cari pengganti ke untuk gantikan Eryn?"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Choose YES or NO untuk statement last tu. Naik sekolah ni, author periksa akhir tahun pulakk.... Wish me luck guys... In shaa allah sebelum naik sekolah jugak saya akan update satu or dua bab. Tapi kalau tak update, mohon maaf ya!

Vote! ~_~

Comment ! "-"

Suamiku Mr. RomanticWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu