Flashback 08

950 86 27
                                    

---

"Apa kurangnya I , Chanwoo? I pun boleh puaskan you. Malah , lebih baik dari apa yang perempuan tu boleh buat. You sendiri kata yang layanan I tak pernah mengecewakan you. Dan sekarang apa pula?"

Chanwoo bangun dari tempatnya lalu beralih pula ke balkoni bilik tersebut. Soojin masih lagi di tempat yang sama , langsung tidak berganjak dari situ.

"Ya , Soojin. I mengaku yang layanan you mampu memenuhi kehendak nafsu I. Tapi ingat , you bukan sesiapa bagi I. Dan I pun bukan sesiapa dalam hidup you. Kita cuma 'friends with benefits'."

Soojin mengetap bibirnya geram. Setelah Chanwoo semakin rapat dengan gadis yang dianggapnya sebagai penghalang itu , Soojin merasakan dirinya semakin terabai.

"Lagipun , bila I tiduri you , I tak rasa apa-apa. Tapi bila I tidur dengan Yoohee , I tak rasa macam tengah mempergunakan dia semata-mata untuk kepuasan nafsu I. We are making love."

Soojin seperti terpukul dengan kenyataan Chanwoo. Suasana semakin tegang.

"Tapi I cintakan you , Chanwoo."

Chanwoo menghampiri tubuh Soojin lalu memegang kedua-dua belah bahunya.

"I tak boleh cintakan you sebagaimana you rasa sekarang. Lupakan I dan carilah lelaki yang betul-betul sayangkan you. I'm sorry , Soojin. Tapi , sampai sini saja perjanjian kita."

Chanwoo melangkah pergi , meninggalkan Soojin yang mula memendam amarah pada Yoohee.

---

"Yoohee.."

Gadis empunya nama tersebut menoleh serentak bersama rakannya yang berada di sebelah. Mata kedua-dua gadis itu kemudiannya jatuh pada beberapa tangkai bunga ros merah yang telah dibaluti plastik lut sinar di tangan Chanwoo.

"Yoohee. Aku pergi dululah."

Ga In berbisik perlahan di telinga Yoohee sebelum berlalu pergi meninggalkan Yoohee dan Chanwoo berdua-duaan. Bunga ros pemberian Chanwoo kini bertukar tangan. Yoohee tersenyum.

"Awak ni.. ada-ada jelah."

Chanwoo memegang pipi Yoohee lalu perlahan-lahan merapatinya. Sebelum sempat bibir gadis itu dicium , Yoohee terlebih dahulu menolak dada Chanwoo menjauhinya.

"Nanti ada yang nampak kita di sinilah , Chanwoo."

Yoohee menyuarakan rasa bimbangnya. Chanwoo hanya tersenyum.

"Mereka takkan berani buka mulut. Jangan risau."

Chanwoo membelai manja pipi Yoohee.

"Kalau awak perlukan privacy , saya tahu tempatnya. Mari.."

Chanwoo membawa Yoohee ke bilik penyimpanan buku. Kedua-dua mereka saling bercumbuan hangat sejurus selepas pintu bilik tersebut ditutup rapat.

Gadis itu dirangkul ke atas meja tanpa meleraikan ciuman mereka. Skirt yang dipakai Yoohee disingkap lelaki itu. Chanwoo duduk melutut di hadapannya lalu menarik turun pakaian dalam Yoohee.

---



Walking Dead [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now