Bab 26🍃

5.8K 746 5
                                    

"Kau tak rasa aku nampak terburu-buru ke?" Gelengan Hoseok menyebabkan Taehyung menarik nafas panjang dan berat. Kepalanya tergeleng lemah.

"Aku betul-betul nakkan dia. Aku cintakan dia damn much. Aku nak kembalikan dia semula macam dulu." Kata Taehyung. Wajah diraup berkali-kali. Entah kenapa, hatinya meronta hebat mahukan Jaeri menjadi separuh dari hidupnya. Lebih-lebih lagi apabila dia mendapat tahu bahawa Jin, sedang menaruh harapan terhadap Jaeri juga. Lagilah dia tidak senang duduk.

"Then tunggu apa lagi? Ikat dia, Tae. Ikat sampai tak boleh buka." Kata Hoseok. Taehyung melepaskan nafas panjang dan penat.

"Aku cuba."

"Jangan cuba. Habis kau. Serius. Bila-bila masa cousin dia boleh kahwin dengan dia. Anytime." Kata Hoseok lagi. Taehyung mula panas punggung. Gelisah dia dibuatnya.

"Habis macam mana sekarang?"

"Jumpalah ibu Jaeri."

"Sejak bila aku tahu rumah Jaeri?"

Hoseok tergelak. Dia mengeluarkan telefon bimbit dan membelek sekejap. Kemudian, dihalakan skrin di hadapan wajah Taehyung.

"Tu alamat rumah Jaeri. Aku bagi ni, kau jangan bagitahu Jaeri pula." Pesan Hoseok. Taehyung mengangguk.

"Forward kat aku. Aku nak pergi sekarang."

"Sekarang?"

"Yes."

Hoseok menggeleng kecil. Nekad betul rakan baiknya ini.

🌹loveurself🌹

[COMPLETED] Cold-Hearted Bride 냉담한 신부 (Taehyung BTS)Where stories live. Discover now