2 - Malu

7.6K 246 12
                                    

Gulp

Aku telan air liur kesat.

Perlahan-lahan aku pusing ke belakang.

Suami aku bersadar dipintu sambil menyilang tangan kedada.

Tidak lupa dengan muka ketatnya.

"Kenapa tipu? " soalnya dengan dingin.

Dahi aku mula mengeluarkan benih-benih ternih.

Aku tunduk pandang lantai.

Jujur aku cakap, aku takut dengan suami aku! Lagi-lagi bila dia tayang muka ketatnya.

Seram sejuk jer!

"Kenapa diam? "

"Sa-saya min-minta maaf, saya tak patut tipu awak" ujar ku takut.

"Haih" dia mengeluh berat.

"Iman takut dengan abang? " soalnya lembut.

Wait! Iman? First time orang panggil aku iman, selalunya orang panggil aku Zara tak pun Dina

Tapi iman okey apa? Cute je bunyinya.

"Haih, mengelamun pulak dia. Iman, abang tanya ni" suara naufal mengejutkan aku dari lamunan.

"Ta-takut" ujarku bersama anggukkan.

Naufal membuka langkah mendekatiku. Tangannya dia bawa ke atas kepalaku.

Dia usap lembut.

"Kenapa takut dengan abang? Abang bukannya makan iman pun kan?"

'Memang awak tak makan saya tapi muka awak tu menunjukkan macam awak nak makan saya! Cubalah senyum sikit ni tak asyik tunjuk muka ketat je! Cubalah tunjuk muka manis sikit!' bebel aku dalam hati.

Aku mengangkat bahu pura-pura tidak tahu.

"Iman-iman, lain kali kalau abang tanya apa-apa jujur jer tak perlu berbohong, okey? "

Aku angguk perlahan lalu membuka kain telekung.

Aku bangun lalu menyangkut kain sembahayang bersama sejadah di tempat yang disediakan.

Aku perasan yang Naufal tenung aku semacam.

"Ke-kenapa awak tenung saya macam tu? Saya nampak hodoh ke tanpa makeup? " soalku polos.

Tiba-tiba dia tersenyum bersama tawa kecil.

Jap nak fangirl kejap.

Arghh ma hatteu!!

Awaiq manis sangat senyuman dia!!

K stop ber'fangirl, tapi tak salah kan fangirl dekat suami sendiri? Eh eh

"Tiada apa-apa, kenapa? Awak tak suka ka abang tenung awak? "

Eh dia tanya kita balik pulak!

"Mana ada, saja tanya" aku perasan yang mata Naufal nampak kuyu saja.

Penat mungkin? Kesian pulak aku tengok laki aku ni, haih

Aku mampir ke arahnya lalu tangan kanannya aku capai lalu ak genggam erat.

Dia sedikit terkejut dengan tindakan berani aku yang mendadak secara tiba-tiba.

Aku sendiri pun keliru dari mana datangnya keberanian aku. Heh heh.

Aku tarik tangan dia ke pintu bilik solat.

Baru beberapa langkah, naufal mengeraskan tubuhnya dan secara automatik kaki aku berhenti.

Aku toleh ke arahnya sambil mengerutkan dahi.

Terkebil-kebil Naufal pandang aku.

Mahu sahaja aku ketawa terbahak-bahak melihat reaksi wajahnya.

Ok, aku faham. Naufal mesti pelik dan keliru.

Heh heh, comel pulak laki aku ni.

"Kenapa awak berhenti? " eleh sudah tahu lagi ditanya.

Naufal hanya diam kaku.

Erk, laki aku dah kenapa?

"Awak? Awak okey tak ni? Awak mesti penat kan? " soalku prihatin.

Walau kami kahwin tanpa cinta tapi dia tetap suami aku, jadi aku harus prihatin pada dia.

"Awak! Saya tanya ni! Naufal!! " jerit aku.

Eh dia ni, aku cakap dengan dia boleh pulak mengelamun.

Dia sedikit tersentak panggilan aku.

"Ye? A-awak panggil abang ke? " soalnya dengan sedikit gagap.

"Eh taklah saya panggil kerusi belakang awak tu" jawab aku polos sambil menundingkan jari ke arah kerusi.

Naufal toleh ke arah yang aku tunjuk lalu dia menganggukkan kepalanya.

"Ouh, baru abang tahu kerusi tu ade telinga ya? " eh dia ni.

"Ish apelah awak ni, saya panggil awak lah!" marahku. Aku mencebik bibir.

"Kenapa awak panggil saya? " soal naufal bersama senyuman.

Eh dia senyumlah!!!

"Saya tanya, awak penat ke? Sebab mata awak nampak kuyu sangat. "

"Penat lah jugak, tapi takpa abang boleh tahan lagi" jawabnya cuba untuk menyedapkan hati aku.

Tiba-tiba mata naufal jatuh ke bawah.

Dan aku baru sedar!

Ak masih genggam tangan dia!!

Dengan gelabah aku lepaskan gengaman itu lalu meloloskan diri.

Ya, tuhan! Malunya aku!

-TBC-

Suamiku (COMPLETE/EDIT)Where stories live. Discover now