"Ibu duduk la dulu. Kita doakan yang baik-baik untuk ayah" kata aku sambil memegang tangan ibu. aku mengesat air mata ibu. aku tak mampu melihat orang yang aku sayang jatuhkan air matanya. Tiba-tiba seorang lelaki berkulit putih menghampiri kami.

"Maafkan ibu ya. Sebab susahkan kamu hari ni. Tadi ibu suruh temankan Aisyah, ni suruh datang hospital pula malam-malam"kata ibu sambil mengesat air mata.

"tak apa la.Saya tak kisah pun asalkan semua okay"

Kata lelaki itu. Setelah aku mengangkat muka aku yang dari tadi tunduk baru aku sedar dia adalah Haqiem. Dia panggil ibu aku ibu? Mereka dah lama kenal ke? Kenapa ibu suruh dia datang sini? Urgh banyaknya soalan yang timbul. Baiknya dia sanggup datang demi keluarga aku.
Terharu .

*krek*
Doktor Syafiq membuka pintu bilik ayah. Lalu bertanya

"Siapa isteri Encik Ibrahim?"tanya Doktor Syafiq

Laju sahaja ibu menjawab.

"Saya isteri Encik Ibrahim. Macam mana dengan keadaan dia?"Ibu betul-betul risau dengan kesihatan ayah.

"Mari ikut saya ke bilik rawatan"kata Doktor Syafiq  sambil menunjukkan tempat arah tujunya.

"Baiklah doktor, Aisyah balik dengan Haqiem dulu. Ibu tidur sini"Ibu menyuruh aku untuk pulang ke rumah.

"Tapi Aisyah nak__"macam biasa la aku selalu tak sempat habiskan kata. Kerana Haqiem menyampuk.

"Takpa. Esok saya bawa awak datang sini. Promise" kata Haqiem,sambil mendekatkan dirinya dengan aku. Aku hanya menganggukkan kepala. Air mata aku tak henti mengalir.

Dari dalam hospital sehingga la masuk kedalam kereta,air mata aku tidak henti mengalir. Aku asyik fikirkan tentang ayah.

"Lap air mata, then tidur, rehatkan mata awak tu"Haqiem memberi aku tiga helai tisu. Tidak lama lepastu aku terlelap.

[Haqiem Aiman]
Aku tak sanggup tengok kau bersedih macam ni. (Baik aku bagi dia rehatkan mata dia)

"Lap air mata tu, then tidur, rehatkan mata awak tu" aku memberi Aisyah tiga helai tisu. comelnya lahai!
Aisyah, takkanla kau tak ingat langsung aku ni siapa? Gambar-gambar kita bersama masih ada dalam bilik aku. Aku gembira kita berjumpa lagi sekarang. Aku tahu kau perempuan yang kuat. Kau kena kuat hadapi ujian ini. Aku harap kau ingat aku ni siapa. Alah aku la yang pernah main kahwin-kahwin ngan kau masa kecil. Ha tu aku la wei! Makin lawa
aku tengok kau sekarang. Kalau dulu gigi pon takda.Hahah. Aku nak kau ingat yang kau pernah jadi isteri aku masa kecil. Dan aku nak kau jadi  Mrs Haqiem Aiman one day. Aminn.

"Aisyah wakeup.kita kat hutan ni!"Dah lama aku tak sakat dia. Tiba-tiba muncul idea untuk sakat gadis comel itu.

"Kau bawa aku masuk hutan? Kau gila ke!" Hahah dia ni marah pon comel. Geram aku dengan pipi gebu dia tu.

"Nampak sangat tak tengok sekeliling dulu. Kita kat depan rumah awak la. Ha dah pergi masuk air liur dah banyak kat pipi tu" kata aku sambil menunjuk pipinya itu. Padahal tak ada air liur pun. Padan muka siapa suruh comel sangat.

[Aisyah Adriana]
"Aisyah wakeup! Kita kat hutan ni!" Kata-kata Haqiem itu membuatkan aku terkejut. Dia gila ke bawa aku pergi hutan?

"Kau bawa aku masuk hutan? Kau gila ke?!"tanpa melihat sekeliling aku terus memarahinya.

"Nampak sangat awak tak tengok sekeliling dulu. Kita kat depan rumah awak la.ha dah pergi masuk,air liur dah banyak kat pipi tu"kata Haqiem sambil menahan ketawa.

Aku menutup muka aku. Malunya tidur sampai keluar air liur. Eei!

"HAHAHAHAH.
Gelak sakan nampak.

"mana ada air liur pon. Tak payah nak tutup sangat. Teddy bear yang saya bagi tu sebagai peneman awak. Dan sebagai pengganti saya bila saya takda nanti. Ala macam orang cakap tu jauh dimata dekat dihati.heheh okay la good night my dear Aisyah Adriana"kata Haqiem sambil menundukkan badannya dan senyum nakal.

"Tak payah nak dear sangat la. By the way thankyou bagi hadiah tu. Comel sangat" melihat mukanya itu membuat aku happy.

Terima kasih lagi sekali Haqiem Aiman.

kau,aku punya !Where stories live. Discover now