---

Yoohee membelek-belek helaian buku tebal yang akan dijadikannya sebagai buku rujukan bagi tugasan cuti hujung minggu nanti.

Biarpun dia kini berada di bawah jagaan salah satu keluarga korporat yang semakin mendapat nama , Yoohee tidak sesekali melupakan asal usulnya.

Bagaimana senang pun Yoohee dengan kemewahan yang dia miliki sekarang , Yoohee tetap dengan keputusannya untuk berjaya di atas usahanya sendiri.

Kira-kira dua minggu lagi , Yoohee perlu menghantar tugasannya dengan lengkap. Jadi , dia perlu memulakan perancangannya dari awal lagi.

"Yoohee.."

Hampir tercampak buku di tangan Yoohee apabila dia ditegur dengan suara yang amat dikenalinya. Mujurlah dia tidak menjerit.

Yoohee menoleh ke arah Chanwoo yang sedang tersenyum mengusik di sebalik rak buku di hadapannya.

"Yoohee , mari berbual dalam bilik tu.."

Chanwoo menundingkan jarinya pada pintu bilik simpanan buku yang berada di salah satu sudut perpustakaan tersebut.

"Tapi bukan ke tu bilik larangan pelajar?"

Yoohee mengerutkan dahinya. Chanwoo tersenyum lagi. Tangan Yoohee ditarik menghampiri bilik itu.

"Jangan risau. Pandai-pandailah mereka tutup mulut."

Chanwoo menarik Yoohee ke dalam bilik tersebut lalu pintu yang berada di belakangnya dikunci. Bilik yang pada awalnya gelap gelita kini diterangi cahaya lampu.

Hampir melopong Yoohee melihat keadaan di sekelilingnya. Bilik yang disangka berhabuk dan dipenuhi dengan buku-buku lama itu sebenarnya tidaklah teruk seperti yang disangka.

Malahan , bilik tersebut amat mendamaikan dengan haruman aromaterapi. Susunan perabot di dalam biliknya lebih kepada konsep santai dan sesuai dijadikan sebagai bilik istirahat.

"Suka?"

Yoohee mengangguk. Mata Chanwoo kemudiannya perlahan-lahan turun pada paha Yoohee.

Diperhatikan sahaja paha gadis itu yang mampu menggoda nafsu syahwatnya. Di minda lelaki itu mula merancang bagaimana untuk mendapatkan tubuh Yoohee yang amat diidamkan olehnya pada malam ini juga.

"Yoohee , awak ada tugasan nak disiapkan , betul tak? Apa kata kalau malam ni awak tidur di rumah saya je? Saya boleh tolong awak."

Tanpa perlu meyakinkan Yoohee , gadis itu hanya mengangguk.

---

Walking Dead [ MalayFic18+ ]Read this story for FREE!