Jefferson. Memang dah agak dah citarasa lelaki yang bernama Haiqal d'Andrew. Buat apa nak heran orang kaya. Baju kemeja yang tergantung dibelek. Rasa macam nak beli untuk abah tapi... Abah aku pakai kemeja nak pergi ke mana? Nampak mak mesti mak ingat abah dah buat tebiat. Kalau beli untuk Akif... Tak boleh. Budak tu payah. Kalau aku belikan, kata old-fashion la, tak up-to-date la. Lebih baik tak payah beli.

"Lambat lagi ke? Saya dah lapar ni."

"Kejaplah. Aku nak pilih."

"Biar saya yang pilih." Aira mengambil baju t-shirt yang berwarna biru, merah, hijau, ungu, oren dan sehelai baju kemeja yang berwarna hitam. Semua baju itu diserahkan kepada Haiqal.

"Apasal kau tak pilih sampai 12 belas warna macam pelangi je?"

"Warna pink cantik jugak," cadang Aira.

"Pink? Stop! Kau ni menghancurkan imej aku ajelah."

Aira sengih. Macam tahu-tahu je aku nak menjatuhkan imejnya sebagai seorang lelaki yang bergaya. Setelah membuat pembayaran, mereka menuju ke food court. Arifah dan Rania sudah menunggu mereka. Tempat di tepi tingkap menjadi pilihan kerana dapat melihat kesibukan jalan raya di Kota Bharu.

"Kau tak nak makan, Nia?" tanya Aira.

"Tak nak aku dah kenyang. Kau belikan aku air jelah," balas Rania.

"Sizzling kuew teow dua. Satu nak telur satu tak nak telur," pesan Aira.

"Ada lagi cik?"

"Awak nak makan apa?" tanya Aira kepada Haiqal yang dari tadi mengekorinya.

"Samalah."

"Tambah satu lagi ye." Setelah siap memesan makanan dan minuman, mereka menuju ke kaunter pembayaran sebelum mengambil makanan.

"Kau boleh duduk dulu."

"Kenapa pulak?"

"Duit kau tak laku." Aira akur sebab dia tak nak bergaduh tentang perkara yang kecik macam ni. Kalau mereka bergaduh sudah tentu mereka yang mendapat malu kerana bergaduh ditempat terbuka macam ni. Lagipun orang nak belanja, terima jelah.

"Dah siap bayar?" tanya Arifah.

"Dia cakap duit aku tak laku."
Arjfah mengambil duit ditangan Aira lalu membelek duit yang bernot RM10.

"Apasal kau tenung duit tu macam nak tembus?"

"Aku nak tengok sama ada duit ni palsu ke tak. Orilah, muka Tun tak berubah pun."

"Apalah kau ni ada orang nak belanja itu pun tak faham." Menggeleng Rania dengan kelakuan kawannya. Macam-macam...

Mereka menikmati sarapan pagi dengan sizzling. Boleh di panggil sarapan pagi ke biarpun jam dah masuk pukul 11 pagi. Asal bunyi pagi tu tetap sarapan pagi. Iya tak? Semasa menikmati makanan, Haiqal meletakkan dua ketul ayam kepada Aira. Aira memandang pelik kepada Haiqal. Baik semacam je lanun ni.

"Makanlah," kata Haiqal mengerti pandangan gadis itu.

Aira sengih. Macam tahu-tahu je yang aku ni suka makan ayam. Dulu snake plate dia yang tak habis, kau habiskan.

Arifah dan Rania berhenti menyuap dan minum air apabila melihat drama sepuluh saat di depan mata mereka. Selepas tamat, mereka menyambung. Something fishy between them.

"I wonder what kind of relationship between both of you. Its seems like in love may be," ujar Rania.

Kata-kata itu membuatkan Aira tersedak. Minuman dicapai. Lega.

"Haha, pandai kau melawak."

"Aku tak melawak, okey? We just curious and craving want to know. Apa salah ke?"

"Absolutely, yes. He just somebody I know."

What? Just somebody I know? Habis tu yang selamatkan kau sampai tiga kali tu siapa? Hantu raya aku? Nak saja Haiqal melontarkan soalan tersebut tapi dia pendamkan saja. Takut pahala yang dia buat ditarik.

"Ni Arifah dan Rania. Kawan saya sejak sekolah menengah lagi." Aira memperkenalkan kawan-kawannya kepada Haiqal.

"I'm Haiqal."

"Macam mana awak kenal Aira?" tanya Fatin.

"Aku kenal dia masa syarikat yang aku kerja dan syarikat dia ada kerjasama dalam satu projek masa tulah aku kenal dia," balas Aira sebelum Haiqal membuka mulutnya. Orang lain yang ditanya, orang lain yang tolong jawab.

"Dah lama awak kenal Aira?"

"Sa..."

"Tak lama pun, kami kenal gitu-gitu je," celah Aira lagi.

"So, what are you doing here?"

"I'm lost." Kali ni Haiqal yang membalas pertanyaan kawan Aira.

"Macam mana awak boleh sesat kat sini?"

"Saya ada hal di Terengganu saya over drive sebab excited nak tengok tempat orang. Tak sedarlah masuk sempadan negeri Kelantan," beritahu Haiqal. Senyuman sinis dihadiahkan kepada Aira. Menyampuk lagi tahulah aku nak buat macam mana.

Prince on White Horse (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now