BAB 3: Parking Kereta

44.6K 2K 128
                                    

"GOOD morning, Cik Aira," sapa salah seorang staf.

"Morning too, beautiful." Lydia tersenyum lucu.

"Apalah Cik Aira ni pagi-pagi lagi dah puji orang."

"Salah ke Cik Lydia saya puji awak pagi-pagi macam ni? Dah memang betul awak cantik."

Lydia ingin membuka mulut tetapi Aira mengerak jari telunjuk ke kiri dan ke kanan.

"Don't deny it. You're beautiful on your own way no wonder someone adore you," sambung Aira bersama sengihan.

Lydia sudah merah muka kerana diusik Aira. Bukan Aira tidak tahu yang rakan sekerjanya tengah dilamun cinta dengan jejaka sesyarikat tetapi Aira tidak tahu siapa lelaki itu. Kena siasat ni. Dia meninggalkan Lydia sebab kalau dia duduk di situ lebih lama tak pasal-pasal kulitnya yang gebu naik merah dicubit Lydia. Dia berjalan menuju ke biliknya.

Setiap kali terserempak dengan staf, setiap kali itulah dia disapa oleh staf, dia akan membalasnya dan memberikan senyuman yang manis kepada mereka. Kadang-kadang Aira akan bergurau dengan mereka. Sikap mesra alam inilah yang membuatkan ramai yang suka dan menyenangi apabila berkerja dengan Aira. Apa yang penting dia tidak sombong.

"Good morning, Miss Aira," sapa Elisya dengan mesra.

"Assalamualaikum." Aira pula memberi salam kepada Elisya.

"Waalaikummussalam warahmatullah hiwabarakatuh," balas Elisya dengan panjang lebar.

"Amboi, siap dengan wajibal ghunnah dan mad asli jawab."

"Dah Cik yang perli saya."

"Yang awak terjah masuk dengan gemoning tu kenapa?"

"Habis kau takpe?" Serta-merta berubah panggilan formal mereka tadi. Pening kepala Aira dengan Elisya yang sama muda dengannya itu. Nasib baiklah mereka berdua ni satu kepala dan boleh dibuat geng.

"Hari ni macam mana?" tanya Aira.

"Hari ini kau ada meeting sebelum lunch," jawab Elisya.

"That's it?" tanya Aira untuk memastikan jadualnya hari ini.

"Yes. Lupa nak cakap bos nak jumpa kau sekarang." Aira berkerut dahi.

"Awalnya bos datang hari ni."

"Biasa la bos katakan masuk tengah hari esok pun takpe nikan company bapak dia. The only heir pulak tu."

Aira menangguk setuju dengan kata-kata Elisya.

"Takpelah Aira, aku pergi buat kerja dulu." Elisya keluar dari bilik Aira.

Angin monsoon tropika ke yang melanda bos kesayangan aku ni? Tiba-tiba je datang awal office atau dah insaf? Nasib baik aku datang tepat pukul sembilan pagi. Alhamdulillah, bos kesayangan aku ni dah sedar diri, ucap Aira bersyukur dengan perubahan sikap majikannya.

Aira berselisihan dengan Jay, seorang arkitek yang baru keluar dari bilik CEO. "Did I miss meeting?" tanya Aira bimbang kerana takut terlepas meeting.

"We just do a little discussion."

Aira menarik nafas lega. "Lega I rasa sebab I ingatkan dah ponteng meeting tadi. It's okay la I pun nak jumpa bos."

"You better be careful, Aira," pesan Jay ikhlas.

"I dah lali macamlah you tak tahu."

"I know tapi saja nak ingatkan je."

Prince on White Horse (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now