BAB 9: Haiqal d'Andrew

32.9K 1.7K 37
                                    

HARI ini Jay dan Aira akan mula bekerja di bawah bumbung Hd'A Shipping atas sebab untuk menyiapkan kertas kerja dan replika bangunan untuk mendapatkan Project Mega. Sebenarnya boleh sahaja mereka menyiapkan di tempat mereka bekerja, apabila bos mereka yang mengeluarkan arahan seperti ini terpaksalah mereka ikut. Aira pula rasa nak ketuk saja bosnya yang bagi arahan macam ni. Siapa lagi yang suka bagi arahan pelik-pelik kalau bukan Rafiq. Pasti ada sesuatu yang difikirkan oleh Rafiq.

Dia rasa tak selesa bekerja di syarikat orang lebih-lebih lagi dia akan selalu berjumpa dengan Haiqal iaitu orang yang dia tak nak jumpa hari-hari. Maka, bermula hari ini terpaksalah dia mengadap wajah kacak milik Haiqal. Terpaksalah dia kena menguatkan imannya kalau tak nak tersangkut dengan Superman tiruan mata biru tu.

Mereka akan dibantu oleh seorang engineer yang bernama Zamani dan engineer assistant iaitu Lee. Mereka sangat selesa bekerjasama dengan Zamani dan Lee untuk pertama kali yang bersikap profesional. Walaupun mereka berempat berlainan bidang, tetapi pekerjaan mereka tak jauh beza. Arkitek dan engineer kedua-duanya memerlukan daya kreativiti untuk melukis pelan.

"Lee, what did you think about this?" tanya Aira bagi meminta pendapat. Walaupun dia seorang Project Manager, dia tetap akan meminta pendapat orang lain. Dengan cara itu, dia boleh memperbaki dan meningkatkan mutu kerjanya. Dan dia tidak malu untuk bertanya kerana malu bertanya sesat jalan. Iya tak?

"A very brilliant idea. As Project Manager, you tahu apa yang terbaik untuk mendapatkan projek mega ni. I dengar Silver Holding selalu dapat projek yang memberi keuntungan yang besar lebih-lebih lagi bila you yang lead dalam projek tu," kata Lee. Inikan dunia bisnes siapa yang tak kenal dengan Silver Holding yang selalu dapat projek yang besar. Dan merupakan saingan hebat kepada syarikat lain.

Aira sengih. Tak tahu hendak bereaksi macam mana. Tapi dia anggap itu rezeki kerana berjaya mendapatkan porojek-projek itu semua. Jay juga apa kurangnya seorang arkitek yang hebat kerana kalau bukan lukisan Jay mereka juga tak mungkin dapat projek-projek tu.

Aira menggerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan apabila terasa lenguh kerana asyik mengadap laptop dari tadi. Dia bangun dan mendekati Jay, Zamani dan Lee yang asyik berbincang mengenai pelan projek mega. Dia mengitari ruang bilik yang mereka gunakan untuk menyiapkan kerja. Macam bilik mesyuarat kerana terdapat meja sederhana panjang yang berada ditengah-tengah bilik itu. Rekaannya tampak mewah. Mungkin ini bilik untuk menerima tetamu yang istimewa mungkin, teka Aira.

Dia terpandang susunan gambar yang tak jauh dari tempat dia berdiri. Tumpuannya sudah beralih ke arah gambar itu bagai menariknya untuk melihat dengan lebih dekat lagi. Bingkai gambar yang berada dia atas rak diambil. Gambar Haiqal yang memakai seragam yang berwarna putih dan bertopi putih yang berlatarbelakangkan sebuah kapal yang sangat besar dan nampak mewah.

Wow! Hensemnya dia pakai baju seragam ni. Macam tentera laut. Tapi kenapa pelik sangat baju seragam dia tak macam tentera laut Malaysia pun? Dia beralih gambar yang lain pula. Aira cuba membaca tanda nama yang tertera dibaju Haiqal yang berada dalam gambar. C.A.P.T I.R d' And...drew? Aira berfikir sejenak. Kapten Ir. d'Andrew! Siapa pula ni? Kenapa muka dia mirip macam Superman tiruan tu? Atau Superman tiruan tu ada kembar? Kalau kembar takkan sorang nama orang putih, sorang lagi nama orang Melayu. Or else orang yang sama? Tak mustahil sebab tengok saja mata biru Haiqal pasti lelaki tu orang kacukan. Kenapa pelik sangat identiti mamat mata biru ni?

Kapten tu apa pula kaitannya? 'Ir' tu aku tahu singkatan dari Insinyor iaitu gelaran untuk jurutera bertauliah. Kalau tengok latarbelakang gambar ni boleh jadi dia jadi kapten kapal tu. Tak boleh jadi macam ni misteri kena selesai jugak hari ni. Pelbagai soalan yang timbul di fikiran Aira dan perasaan ingin tahu tentang identiti lelaki yang bernama Haiqal mesti dirungkai hari ini juga. Ini keputusan muktamad. Mission started!

Prince on White Horse (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now