BAB 20: Accidently in His Hug!

31.4K 1.6K 46
                                    

"NUR Aira binti Ahmad!!!"

Aira yang sedang tidur terkejut mendengar jeritan oleh kawannya. Kacau betullah orang nak tidur pun tak senang. Tak sempat aku nak jumpa 'prince on white horse' kempunan lagi aku nak jumpa putera raja tu. Boleh dikatakan minggu ni dia balik lewat dan tidur pun lewat kerana menyiapkan kerja yang bertimbun-timbun setelah dia kembali bekerja di Silver Holding. Selesai je menunaikan solat Subuh tadi dia terus menyambung tidur untuk menggantikan waktu tidurnya yang dibazirkan.

Abah pun satu kenapalah letak nama Aira je senang orang nak ingat. Letaklah nama Puteri Anneliese Cathrine Isabella Rose Evelyn ke biar terbelit lidah dorang nak sebut nama aku. Apalah aku menyalahkan abah pulak. Sepatutnya aku bersyukur abah letak nama Aira nampak lembut je bila panggil. Masalahnya tak selembut orangnya. Cuba bayangkan si lanun mata biru panggil aku macam tu. Mahu pengsan aku tak bangun-bangun.

"Nur Aira binti Ahmad." Namanya dijerit lagi oleh Arina.

"Yelah, aku turunlah ni," jerit Aira.
Dia mengikat rambutnya yang serabai kemudian membasuh muka dan memberus gigi. Setelah selesai dia menuruni tangga dan menuju ke ruang tamu.

"Apahal kau jerit-jerit pada pagi yang indah ni?"

"Haah la kan? Seminit tadi baru je azan Subuh. Tok bilal pun baru nak angkat takbir."

Aira mencebik. Ayat baru untuk memerli orang la tu. Padahal lima tambah lima je dengan aku. "Kenapa kau kejutkan aku dari tempat beradu aku?"

"Ada parcel untuk kau." Kotak yang bersaiz sederhana itu berada di atas meja.

"Pasal kotak kau menjerit sampai nak keluar anak tekak?" Aira menilik kotak hitam. Siapa yang bagi ye? Seingat aku hari lahir aku lambat lagi.

"Ira, cepatlah buka kotak tu," gesa Syaqila.

Macam dia pula yang punya je. Aira membuka kotak tersebut.

"Wow!" Perkataan pertama yang terkeluar dari mereka bertiga apabila melihat isi kotak hitam tersebut.

Arina mengambil dan mengacu-acukan pada badannya. Sepasang gaun labuh yang berwarna merah. Di bahagian dada ada taburan labuci yang sangat kemas jahitannya manakala di pergelangan tangan pula terdapat batu permata seperti berlian. Kesimpulannya, gaun labuh tersebut sangat cantik dan memukau mata kepada sesiapa saja yang memakainya. Tetapi...

"Ira, cuba kau pakai," suruh Arina.

"Tak naklah aku. Potongan gaun ni mengikut bentuk badan walaupun ni gaya muslimah," bantah Aira.

"Kalau kau tak nak, aku nak." Arina naik ke biliknya untuk mencuba gaun labuh yang berwarna merah manakala Aira tertanya-tanya siapa yang menghantar gaun tersebut. Syaqila terjumpa kad yang berada di dalam kotak tersebut.

Red is the colour of heart, Red is the colour of love.
T.I.I

T.I.I? Siapa pula ni? Tak pernah dengar pun nama orang T.I.I. Atau silap hantar? Syaqila juga tertanya-tanya siapa T.I.I. Kotak yang berisi gaun tadi diambil dan ditilik dengan teliti kalau-kalau dia mendapat klu.

"Quarters Holding!" seru Aira apabila ternampak logo syarikat.

"Quarters Holding? Itu buka syarikat yang terkenal kan? Tak silap aku pemilik syarikat itu nama Tan Sri Tengku Kamil. Betul tak?" Pertanyaan Syaqila dibalas dengan anggukan.

"Tapi sekarang syarikat itu diuruskan oleh anaknya, Tengku Izz Ilham."

Syaqila terkejut apabila mendengar Aira menyebut nama lelaki yang cuba mengapa-apakan sahabatnya dua tahun dulu. Ini kali pertama dia dengar Aira menyebut nama lelaki itu selepas kejadian dua tahun berlaku.

Prince on White Horse (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now