BAB 23: Lamaran di Shopping Mall

32K 1.7K 146
                                    

SETIAP hujung minggu Aira akan pergi ke rumah keluarganya untuk belajar memasak. Dia ditemani oleh Syaqila kadang-kadang Arina pun ikut sekali. Seperti jangkaannya Datin Noriah sangat sukakan Syaqila dan berjaya juga misinya itu.

Apabila kelas memasak bermula selalunya Syaqila yang akan berada di dapur manakala Aira selalu beralasan untuk menyiram pokok bunga, bagi ikan makan, sapu sampah dan macam-macam lagi alasannya. Kalau Arina ada sekali lagi senang, dia nak goyang kaki kerana kerja memasak semua Arina dan Syaqila yang buat. Sejak Syaqila datang rumah, Rafiq pula semakin rajin masuk dapur nak menolong  padahal nak  mengintai anak dara orang.

Minggu ni Arina tidak dapat mengikutinya kerana bercuti di Paris. Lepas je berputus dengan pegawai bank itu lalu Arina mengajak keluarganya bercuti di Paris. Senang betul jadi anak orang kaya, frust je bercuti kat luar negara.

“Aira!” panggil Datin Noriah.

“Ya, ma!” sahut Aira.

Aira mebasuh tangannya lalu meninggalkan Rafiq dan Syaqila yang sedang mengupas bawang. Dia menuju ke ruang tamu.

“Ada apa ma?” tanya Aira.

“Biarkan dorang buat kerja. Kita lepak kat sini.”

Aira mengangguk faham. Dia, Datin Noriah dan Mak Teh menjengukkan kepala ke dapur untuk mengintai Syaqila dan Rafiq. Dari tadi mereka meneropong tetapi Syaqila dan Rafiq tenang melakukan kerja tanpa banyak cakap. Mereka mula naik bosan mengintip pasangan tersebut.

“Kata playboy tapi tak mengurat pun,” bisik Aira perlahan.

“Anak aku ni dah tak tahu nak mengurat perempuan ke?” kata Datin Noriah perlahan.

“Ber’jurus’ pulak Rafiq tak mengurat anak orang,” ujar Mak Teh juga perlahan.

Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk tidak meneruskan intipan dan bersantai di taman mini.

“Mereka ada lagi?” tanya Rafiq.

“Dah tak ada dah,” jawab Syaqila.

Rafiq lega. Bukan dia tak tahu yang Aira, mama dan Mak Teh sibuk mengintai mereka sebab itulah dia hanya berdiam diri.

“Kenapa awak panggil saya Cik Parking Kereta masa kita jumpa kat shopping mall hari tu?” tanya Syaqila yang sudah lama ingin bertanya soalan itu kepada Rafiq.

“Kan kita pernah jumpa kat parking kereta. Kenapa?”

“Tak ada apa-apa cuma muka saya ni macam parking kereta ke?”

“Adalah sikit,” usik Rafiq.

“Awak!” marah Syaqila.

“Saya bergurau jelah. Awak ni cantik sangat saya tak tahu nak bagi nama apa.”  Syaqila tersenyum.

NAH, ambik ni. Woo hoo! Padan muka kau. Eh? Kau tak mapus lagi ye. Tidak mengapa kau rasalah cili berapi jiran aku sebelah rumah. Haha... Mati jugak kau gergasi. Eh, lanun pun ada jugak? Kau ni buat aku teringatkan lanun mata biru. Nah ambik kau. Hahaha..”

“I’m friend with the monster that’s under my bed…” Telefon Aira berdering.

Kacau betullah. Nak fokus pun tak boleh. Aira menekan ikon pause. Telefon dicapai. Tertera ‘Private Number’. Aira berkerut dahi. Siapa pulak ni?

“Assalamualaikum. Anda sekarang sedang menganggu fokus saya. Awak nak tahu tak yang saya sikit lagi nak menang dalam game Zombie vs Plant dalam survival. So, kalau nak cari Jenab, Jenah atau Jemah dorang tak ada. Ini bukan kaunter pertanyaan. Harap maaf dan assalamualaikum.”

Prince on White Horse (Bakal Terbit)Where stories live. Discover now