Bunyi sudip berlaga-laga dengan periuk didengari dari dapur.Asyraf tertanya-tanya siapakah yang berada di dapur tesebut.Terlalu sibuk melayan kerenah Hafizi dan Hafiqi yang sudah melahap pastri di dalam peti ais. Kek keju yang dimasak oleh Asyraf bersama Chef Yamato memang sedap rasanya.

"Sedap tak kek tu? Nak tou-san tambah lagi?" Soal Asyraf kepada Hafizi dan Hafiqi.
Tangan Asyraf pula masih tidak berhenti ingin membersihkan mulut anak-anaknya.
Ayah yang baik.😂

"Nak lagi tou-san!" Minta Hafiqi.

"Oishi desu!!! (Sedap!!!)" seru Hafiqi lantang.
Membuatkan Asyraf tertawa kecil dan Hafizi kesal menatap adiknya.Asyraf mengangguk.

Pastrinya memang banyak.Asyraf tidak suka jika membuat pastri dalam sekerat jalan.
Jikalau sudah buat, sambunglah sampai ke titik penamatnya yang sempurna.Disebabkan itulah, dia telah menyimpan banyak makanan di dalam peti sejuk.Namun, wajah pucat Humairah dipandang.Cukup lama.

"Tou-san! Bila kakak ni nak sedar?" Tanya Hafizi simpati.

"Entah, asyik tidur je.Tak penat ke?" Hafiqi mencebik memandang Humairah dari jauh.

"Sayang! Tak baik cakap macam tu.Kaa-san dengar ni!" laung Zafirah dari dapur.Dia kembali mengacau bubur ayam yang dimasaknya sekarang.Kebetulan didengari oleh Asyraf, bibirnya diketapkan lembut.

"Bukan ke You benci dia?"

Zafirah tersentak.Dia membalikkan badan.
Langsung saja dia terkejut melihat alis Asyraf yang bertaut sedih.

"Jangan salah faham.I masih benci dia.
I masak bubur ni pun sebab dia sakit dan tak sarapan lagi.Tapi tak bermakna yang I dah terima dia." Cebik Zafirah kembali menaburkan secubit garam ke dalam masakannya.Lalu sayur bawang dipotong perlahan.

Asyraf menggeleng.

"Tapi I tengok gaya You, You risau pada dia.
You memang dah tak benci dia kan?"

Pertanyaan yang menyebalkan! Zafirah menunduk.Wajahnya yang natural tanpa solekan kosmetik berubah kepada khawatir.
Tiba-tiba Zafirah tersenyum kecil.

"I sedar yang I ni siapa.I belagak, riak dan sombong.Sekarang ni rasanya dah tak ada guna lagi nak benci-membenci orang.
I'll change myself, Asyraf." balas Zafirah kepada suaminya yang sudah tidak terkata-kata.

"Tapi kalau betul pun dia cinta pertama You, I dah tak boleh nak buat apa lagi."

"You betul.Sekarang I jujur, yang I memang dah jatuh cinta."

"Pada dia?"

"Ne." Jawab Asyraf.Membuatkan hati Zafirah tertusuk-tusuk dengan palang besi.Sakitnya hati ini.Memang dari awal melihat Humairah, hatinya sakit.Sangat sakit! Namun, Zafirah mengurungkan niat untuk menangis.Tiada gunanya dia menangis di sini.

"Hontou ni?"

Asyraf mendekati Zafirah.Wajah putih mulus kelihatan matang itu diangkat setinggi yang mungkin.Asyraf menggeleng.

"I tak tahu.Bila kami bertemu, jantung I berdengup kencang.Tiba-tiba dengupan itu berlaku.Melihat dia ketawa, senyum dan gembira."

"Asyraf..." rintih Zafirah yang mahu menangis kerana sakit hati mendengarnya.
Asyraf tahu, pasti ini yang akan terjadi kepada Zafirah.Dia pun dapat merasakan perasaan Zafirah bagaimana.

"Jangan menangis.I tahu ni sangat menyakitkan hati You.I minta maaf, I tak boleh lupakan wajah dia dan bayangan dia.
I mencintai dia...mencintai Humairah."

"Hiks...hiks..." akhirnya air mata Zafirah mengalir laju.Zafirah membalikkan badan lalu menutup api dapur.Badannya terhincut-hincut menangis apabila Asyraf merangkulnya dari belakang.

Suamiku Adalah Playboy ✔Where stories live. Discover now