Chapter 36

1.2K 129 30
                                    

---

12.31 a.m.

Serpihan kaca dari lampu gantung yang mengenai bahagian belakang tubuh Yoojung mengundang kesakitan yang sememangnya tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.

Yoojung menggagahkan sebelah tangannya untuk menggerakkan tubuh yang kesakitan. Juga lengan kirinya yang telah ditusuk dengan mata garpu.
Tubuh Yoojung diseret menghampiri Yunhyeong dengan bantuan kedua-dua belah kaki dan tangan kanannya. Yunhyeong masih kaku.

Melihat susuk tubuh seseorang yang amat dikenalinya muncul di sebalik ruangan gelap pada sudut dapur itu , Yunhyeong sehinggakan tidak mampu untuk berkata-kata. Dan ia berada betul-betul di belakang Yoojung.

Yunhyeong semakin mengundur ke belakang. Sambil menangis , Yoojung mendepakan tangannya ke hadapan ㅡ mengharapkan bantuan daripada lelaki itu.

Sekali lagi Yoojung ditarik. Dan kali ini , dia ditarik jauh ke dalam ruangan gelap di sudut dapur tersebut. Yunhyeong berlari keluar dari dapur. Dia perlu mencari tempat yang cukup selamat untuknya bersembunyi buat sementara.

Yunhyeong naik ke atas bumbung rumah agam tersebut. Satu-satunya pintu yang membawa Yunhyeong ke situ ditahan dengan segala barang yang ada. Biarpun masih tidak cukupi untuk menghalang Yoohee , sekurang-kurangnya dia ada sedikit masa untuk mencari jalan penyelesaian.

Bunyi dentuman kuat yang datang dari pintu itu semakin mencemaskan Yunhyeong. Kedua-dua belah telinganya ditutup rapi dengan tapak tangan. Matanya juga dipejam serapat yang mungkin.

Ketukan sudah tidak kedengaran lagi selepas dia berhenti menutup telinga. Matanya dibuka perlahan-lahan. Seluruh tubuh Yunhyeong menggigil ketakutan apabila melihat Yoohee yang sudah berada di hadapan pintu tersebut.

Perabot yang Yunhyeong letakkan pada pintu itu dilihat langsung tidak berusik. Yoohee semakin menghampiri.

"Yoohee... ini saya.."

Yunhyeong semakin mengundur. Dan jika dia terus melakukan yang sedemikian , dia akan jatuh dari tingkat teratas rumah agam tersebut.

"Pengkhianat.. mati.."

Yoohee menjulang tinggi pisau di tangannya. Kesan darah pada pisau itu tentunya milik Yoojung.

"Chagiya.. hentikanlah semua ni."

Yoohee menurunkan tangan yang masih memegang erat pisau tersebut. Terpancar kesedihan di wajahnya tatkala mendengar suara itu.

Roh Chanwoo kembali menggunakan tubuh Yunhyeong sebagai perantaraan. Tanpa sedikit pun rasa takut , Yunhyeong memajukan langkah menghampirinya.

"Saya rindukan awak , Yoohee."

Mata gadis itu kian berkaca tatkala mendengar suara Chanwoo sekali lagi. Yunhyeong memegang pipi Yoohee yang kesejukan.

"Jangan cederakan Yunhyeong. Dia tak bersalah. Lihat? Dia benarkan saya guna badan dia untuk bercakap dengan awak , sayang.."

Yunhyeong tersenyum lagi.

"Lupakanlah dendam awak tu. Cukuplah awak dah bunuh saya seorang."

Air mata Yoohee jatuh dari tubir matanya. Mengingati bagaimana syaitan di dalam dirinya membunuh Chanwoo , dia cukup serba salah. Yunhyeong menggenggam tangan Yoohee lalu memejamkan mata. Gadis itu turut melakukan perkara yang sama.

Sambil memberikan bayangan yang sebenar pada malam kejadian , Chanwoo turut menerangkan segalanya.

"Malam tu , saya duduk di tepi kolam renang dan mula berfikir panjang. Saya tengah berfikir tentang perancangan keluarga kita nanti. Awak , saya , dan anak-anak kita. Memandangkan kita dah terlanjur , dan awak pun mengandungkan anak saya pada waktu tu , saya dah buat keputusan untuk lamar awak bila kita berjumpa pagi keesokkan harinya. Tapi tak sangka pula ajal saya dah sampai."

Yunhyeong tersenyum kelat.

"Saya ingat bila awak lemaskan saya dalam kolam renang tu , saya akan terus mati. Tapi tak. Saya masih hidup lagi. Melalui apa yang saya dengar dari mulut doktor tu sendiri , dia kata saya dah tak ada peluang untuk sedar semula. Katanya lagi , saya jadi macam tu sebab oksigen tak sampai pada otak waktu saya lemas pada hari kejadian. Memandangkan saya memang tak akan sedar walau dibedah macam mana sekalipun , mereka buat keputusan untuk kebumikan saya. Hidup-hidup."

Yunhyeong kembali membuka matanya. Entah bagaimana , Yoojung telah berada dekat dengan tubuh Yoohee bersama pisau dapur di tangannya. Mengetahui bahawa Yoojung bakal menikam adiknya sendiri , Yunhyeong memeluk erat tubuh Yoohee sebelum memusingkan badannya ㅡ menggantikan tempat Yoohee.

Akibatnya pisau tersebut menusuk ke bahagian belakang pinggang Yunhyeong. Yoojung kembali menarik keluar pisau tersebut setelah menyedari bahawa dia telahpun menikam Yunhyeong.

Pisau tersebut jatuh ke lantai. Yoojung menggigil ketakutan sebelum melarikan diri. Tubuh Yunhyeong perlahan-lahan dibaringkan. Kepalanya dialas dengan paha Yoohee.

"Chanwoo..."

Yoohee sama sekali tidak mempedulikan badan Yunhyeong yang telah tercedera.

"Awak kena berterima kasih pada Yunhyeong sebab dia yang selamatkan nyawa awak. Tanpa bantuan dia , saya takkan dapat peluk awak macam apa yang saya buat tadi."

"Kenapa awak tak biarkan saja Yoojung tikam saya? Saya nak ikut awak. Tolong jangan tinggalkan saya lagi , Chanwoo."

"Yoohee , saya taknak awak disakiti lagi. Tolonglah. Lepaskan saya pergi? Saya juga perlukan ketenangan."

Dengan berat hati , Yoohee mengangguk.

"Terima kasih. I love you , Yoohee.."

Mata Yunhyeong akhirnya terpejam ㅡ menandakan bahawa roh Chanwoo telah meninggalkan jasad Yunhyeong buat selama-lamanya. Yoohee memeluk tubuh Yunhyeong biarpun dia tahu bahawa roh Chanwoo telah dibawa pergi oleh angin malam.

"I love you too.."

---

Ya , ya.. Nani tahu chap ni mengarut HAHAHA.

So korang dah tahu kan kenapa roh Chanwoo tak tenang?

So , next chap dan chap-chap yang seterusnya will be flashback sebelum Yoohee sakit. Nani akan gunakan italic words sebagai flashback. And lepas tu , akan ada one chap for short sequel. So tunggu , ya? (*´▽`)ノノ

Walking Dead [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now