Sebab Keluarga.

1.2K 88 8
                                    

Part 1

Saya berdiri menghadap mesin photocopy. Sambil menunggu kertas-kertas tu siap di copy , saya pun menghayal merenung masa hadapan.

Menyesal juga bah saya tidak sambung belajar dulu. Tawaran banyak sampai tapi satu pun saya tidak berkenan. Or maybe saya lebih pentingkan keluarga dari diri saya sendiri. Kalau lah bukan disebabkan Ayah , saya tidak ada di tempat ini sekarang. Saya tidak akan berjawatan sebagai kerani di syarikat ni. Tapi ini lah takdir. Siapa dapat halang. Hm.

"Uih. Jauh kau menghayal ni Annisa"

Tekejut saya sampai pen yang saya pegang-pegang terpelanting jauh. Ini perempuan ni ah.

"Ee sis Bella bah. Terkejut saya"

Punya buruk saya rasa ni muka saya bila terkejut 😂
Sengih-sengih sis Bella ni. Nasib lah kau lebih tua dari saya sis.

"Hehe siapa suruh kena panggil-panggil tidak mendengar. Apa juga yang kau fikir ni?"

"Hm. Merenung nasib"

Saya susun-susun tu kertas A4 yang sudah siap. Sis Bella pegang bahu saya.

"Sudah-sudah lah tu Anis. Be strong ok? Sis tau kau kuat"

Nasib kau lah Hezelnut. Sikit sikit gabra tidak tentu tentu pasal.

Tengah hari tu saya lunch sendirian. Lepas habis lunch saya jalan limpas satu kedai bunga. Aipppp. Reverse balik. Undur undur undur. Saya pi tengok tu kertas yang kena lekat di pintu kaca kedai bunga tu.

KERJA KOSONG DI KUALA LUMPUR.
18-30 tahun.
Kerani.
Gaji boleh runding.
ASAP.
Whatsapp 01421755** untuk keterangan lanjut.

Ceh. Asap asap kunun. Hm. Nampak menarik ni. Ok lah. Save nombor dia dulu. Mana lah tau rezeki kan. Lepas save tu nombor terus berjalan lenggang masuk office balik.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Siap makan malam terus saya masuk bilik. Kebiasaan saya akan makan petang selalu dan akan elak makan selepas jam 8 malam. Dulu sebelum uncle Jack ada , lepas makan ja mesti kami lepaking di ruang tamu. Sejak uncle Jack ada semua kami buat hal sendiri sendiri. Tiada lagi gurau senda. Atau lebih tepat 'suram' ni rumah.

Online facebook. Buka instagram. Balik-balik nampak post si Pricilla saja. 

Erghhh. Boring!

Saya pi scroll contact list.

'Kerja'

Mau whatsapp kah tidak ni ah? Malu-malu bah gia si kawan ni 😂

Type... delete... type... delete...

Gosh. Sampai bila lah ni mau begini.

Mau cakap hai kah ni ah? Eh. Macam mana mau mula? Takkan mau berhai hai? Amaaaa..

Me : selamat petang cik. Saya ada nampak iklan pasal kerja kerani tu. Masih ada?

Eh. Macam terlampau formal lah pula. Ahhh peduli. Yang penting saya dapat tanya.

5 minit...... 10 minit...... 30 minit.......

Tiada balasan tapi sudah blue tick. Memang boleh buat begaduh bah ni bluetick 😑 keluar ja lah dari whatsapp.

Saya turun dari katil terus check barang-barang saya. Ni bilik ni mesti mau kena check hari-hari. Tau tau lah di rumah ni banyak pencuri. Tengok bawah katil. Eh..

Crazy L.O.V.E (COMPLETE)Where stories live. Discover now